Sunday, December 27, 2009

Aku dan DIA..


Bismillahirrahmanirrahim...

Tatkala dinihari..
Sedang insan2 lain masih lena diulit mimpi indah..
Aku duduk termenung sendirian,
Fikiranku sudah jauh melayang..
Memikirkan dosa2 yang aku lakukan secara sedar mahupun tidak..


Ya Allah, aku khilaf dalam percaturan hidupku..
Aku mengharap cinta makhluk ciptaanMu sendiri,
daripada menagih CintaMu..
Apa yang aku dapat melaluinya??
Kekecewaan dan hidupku tidak tenang..
Walaupun hakikatnya aku bahagia ketika bersamanya..
Tapi hatiku gersang!!
Lemahnya diriku ini,
Baru sahaja Engkau mengujiku dengan seorang lelaki/wanita,
Aku sudah rebah, jatuh tersungkur..
Mudahnya aku mengingatinya, Daripada mengingatiMu..
Aku terhibur dengan bicara dan celotehnya,

Berbanding ayat-ayat cinta yang Engkau berikan sebagai petunjuk sepanjang zaman..



Mengapa aku sukar untuk melupai akan segala2nya??
Meninggalkan maksiat hati yang sekian lama beraja dihatiku??
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah....


Air mata semakin laju menuruni pipiku..
Kain solat putih yang selalu aku gunakan untuk membaluti tubuhku,
Tatkala aku mahu berjumpa Kekasih hatiku..
Menyebabkan aku terfikir tentang KEMATIAN..
yang entahkan bila bakal menjemputku..
Kain yang berwarna putih jualah yang akan menutup tubuhku tatkala tubuhku kaku tidak bergerak..
Adakah hari ini, esok, lusa atau sebentar sahaja lagi aku bakal dijemput menghadap Ilahi?
Aku tidak tahu, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala2nya..
Hatiku berdebar2..
Laju sekali...
Ya Rahim, masihkah ada keampunan untukku??


Ya Allah..
Peliharalah aku, jagalah aku..
Jagalah hatiku, agar tak berpaling dariMu..


Ya Rahman...
Aku mahu dekat denganMu..
Aku menagih cintaMu..
Aku menagih kasih sayangMu..
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
Aku ingin sentiasa dekat denganMu..
Datanglah padaku Duhai Kekasih hatiku...


Amin Ya Rabbal Aalamin..








~Andai terdapat persamaan pada karya sesiapa sahaja, ia adalah secara kebetulan.. Wallahua'lam..=).

Friday, December 25, 2009

Munajat Cinta??

Bismillahirrahmanirrahim....

Apesal plak ngan entry kali ni?? adakah diri ini terpengaruh ngan citer indonesia yang terbaru ni??
erm, mungkin kot.. (xpatut2..) ana cuma tertarik ngan jalan ceritanya saje, jalan ceritanya lebih kurang same ngan filem ayat2 cinta... mengenai pengorbanan seorang perempuan.. mungkin ana kurang sesuai/ ngak pantas berbicara mengenai soal rumah tangga memandangkan umur ana yang baru nak mencecah 20 tahun.. (tahun dpn masuk la 20).. almaklum la, bknnya tahu sangat bab2 ni..


Dengan alunan lagu "takkan berpaling dariMu" musik yang slow je, dapat membuat penonton menyelami lakonan yang dilakonkan untuk bahagian2 yg tertentu.. (termasuk org tgh nulis nih)..

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasaMu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

T’rima kasihku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
S’lalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari-Mu

(sajer je, nak panjangkan post)


Brapa ramai wanita diluar sana yang sanggup berkongsi kasih dengan hati yang benar2 rela?? walaupun mereka rela, bohong andai kata mereka mengatakan mereka tidak cemburu walau sekelumit pun..sekarang banyak penceraian yang berlaku, dan itu amat2 lah disukai oleh musuh utama, syaiton... sebab tu la, sebelum melalui alam perkahwinan kena siapkan diri dengan segala ilmu.. (cakap macam dah ader pengalaman.. huhu)..




(Baitul muslim idaman qalbu...)

Ok la, xnak ulas panjang2 bab nih, takut mengarut plak jadinya... mengenai soal ini, ana takut untuk berbicara mengenainya.. kegusaran bertandang dilubuk hati... (takut dan bimbang sbb pe ye? em, segala2nya) biarlah Allah yang menentukan segala2nya.. ape yang diperlukan saat ini, hanyalah CINTA ALLAH....

Cintakan bunga, bungakan layu,
Cintakan manusia, manusia akan pergi dan sangat mengecewakan..
Cintakan Allah, tdk mengecewakan dan selama2nya bahagia............


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ana ingin kongsikan ape yang ana baca dalam majalah ANIS..( oleh:Abu Saif)

TATKALA MENITI USIA BERSAMA...

Keindahan rumah tangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah SAW dan isteri baginda dalam menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.

"Assalamualaikum", sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

"Waalaikumsalam. Abang tolong petik susi kipas tu", jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang..

"Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang ina minum petang tadi. Banyak kafein"' adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

"Ayang ade nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak atas almari ini", jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai dijari. Tatkala itu, bicarabya panjanag2. Selang seminit ada sahaj gurau senda yang meecah tawa. Itu seni berbual pada musim bulan madu.

Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi2nya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir2 baru yang menambah warna hubungan suami isteri. Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku diantara suami isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat2 harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata2 hariannya kepada pasangan??

Arahan?
Suruhan?
Larangan?
Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara pada minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ailah 'arahan' biarpun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

"Amboi, cerianya muka abang. Ada berita baikkah?" si isteri memperlihatkan kepekaannya 'membaca' suami.

"Oh, tiada apa-apa. Projek abang sudah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang", balas si suami. Bijak mewujudkan 'berita baik' walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri.

"Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau dalam tidur," tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua2nya. Si suami biarpun sudah 10 tahun berumah tangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum2 berdiri dibawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.

DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini :

"Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan.. Rasa bengkak tangan ni dibuatnya," kata isteri sambil menunjukkan tangannya.

Suami hanya menjeling hujung mata.

" Jadi minggu depan you balik kerja lewatlah ya?" tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

"Agaknya,"balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.
Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua2nya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing2 gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.

TELADAN NABAWI

Pernah pada suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh 'Abbas al-'Aqad di dalam ' Abqariah al siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh Aisyah rha. Syair berkenaan dipelajari oleh Aisyah daripada bapanya, Abu Bakar al-Siddiq r.a.

"Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah SAW memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda SAW mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu Aisyah datang dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah2 teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah bertanya, " Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?"

Aisyah menjawab, "Diriku merenung wajahmu , dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku.. Sekiranya Abu Kabir al- Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak akan syairnya."

Baginda bertanya lagi," Apakah yang dia katakan?"

Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

"Tidak berbekas padanya (kebudak2an) susuan ibu atau sakit yang melarat,
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri2,
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar."

Baginda Rasulullah SAW tatkala mendengar syair itu terlepas apa yang ada di tangan baginda (kerana teruja), bangun lalu mencium dahi Aisyah dan berkata," Kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!"( Boleh rujuk Rahmat-ul-lil-Aalameen)

Catatan itu begitu indah menggambarkan keintiman hubungan antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana Aisyah menggunakan kuasa kata2 syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!!

Keindahan rumah tangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah SAW dan isteri baginda dalam menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.


~Post ini, lebih ditujukan kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan bakal memasuki alam ini.. Andai hubungan sesama pasangan baik, alhamdulillah.. Jika tidak, fikir2kanlah.. Mungkin ade kekurangan atau kesilapan dimana2, islam itu indah segala yang berlaku dlm rumah tangga boleh dibawa berbincang, andai sesama mereka ade sifat tolak ansur dan memaafkan kesilapan pasangan.. =).. Wallahua'lam..






Tuesday, December 22, 2009

Permata Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maal Hijrah..

Dah lame rasenya xpostkan sesuatu yang berfaedah dlm blog ni, entah kenapa semangat seolah2 melayang mencari punca, jari tak kuat untuk menekan papan kekunci, akal seakan2 hilang idea untuk menulis.. puncanya? ana sendiri pun xtahu.. hari sabtu baru2 ni, ana baru balik kem anak soleh kat basung, kuala berang(sebagai fasi).. adik2 lingkungan umur 10-12 taun yg menyertai.. mcm2 kerenah dan ragam ade.. teringat zaman kecik2..

macam2 soalan ditanya, "ustazah2, bakpe Allah cipta itu,ini.. macam2 yang baik, yg mengarut sumer ade.. biasalah budak2 memang nak tahu banyak perkara.. termasuk la pertanyaan ini, ustazah, dah kawin ke??.. tergelak ana dan sahabat ana dgr soalan 2...



(Semasa praktikal solat)

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.. pepatah yang sering didengari.. program2 seperti kem anak soleh dan sebagainya adalah salah satu jalan untuk mentarbiyah anak2.. Ibu bapa sangat2 memainkan peranan penting dalam mendidik anak2 kerana mereka lebih kerap menghabiskan masa bersama2.. Tapi, ade juga ibu bapa yang hanya melepas tangan dengan menyerahkan anak mereka kepada pengasuh atau guru2 disekolah untuk mendidik anak2 mereka.. bagi mereka mendidik adalah tugas seorang guru, mereka pula sibuk mencari rezeki, sehingga anak2 mereka terabai.. Bila dipanggil kesekolah setelah menerima laporan disiplin anak2, mula lah menyalahkan guru.. Anak2 sekarang juga semakin pintar, hebat melakonkan watak baik dihadapan ibubapa, bila dipanggil pihak sekolah, habis2an membela anak/cucu kesayangan mereka.. sayang berpada2.. Memiliki zuriat yang soleh dan solehah impian setiap ibu bapa, namun kesabaran dalam mendidik anak2 amatlah besar..

Bila anak adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalan2 mereka kecuali 3 perkara..
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Doa anak yang soleh



Ade x ibu bapa x sayang anak? em, kalu tak takkan ade yang sanggup buang bayikan? dalam lubang tandas pun nak sumbat.. mana hilangnya sifat kemanusiaan diorang?? yang buang anak ni sebenarnya, yang berzina.. bile dah kembung perut, berani la tanggung.. anak yang dikandung xberdosa, yang berdosa ibu bapanya.. si lelaki pun jenis yang suke ambil kesempatan, yg perempuan pantang dipujuk, dirayu.. percaya.. serahkan segala2nya... demi cinta kita.. anak2 kurniaan yang berharga daripada Allah, kenapa sia2kannya?? sedangkan ada orang yang siang malam berdoa dikurniakan zuriat..





Ana pun xsanggup nak tengok.. tegar bangat memperlakukan anak2 yang xberdosa ni macam ni..




Nauzubilahiminzalik.. Wallahua'lam.. peringatan bersama..

Wednesday, December 9, 2009

10 JENIS SEMBAHYANG YANG TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T




Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai orang yang menunaikan solat, bagaimana kualitinya kita tak mampu menilainya.. namun ramai juga yang meninggalkan seruan Allah itu.. Ade yang solat kerana itu satu tuntutan, ade yang solat kerana disuruh, ade yang ikut orang, ade yang tgk situasi.. yang benar2 ikhlas kerana Allah?? tepuk dada tanyalah iman kita sendiri... Bukan mudah untuk memperolehi solat yang khusyuk, tp berapa ramai yang berusaha untuk khusyuk dlm solat?



" Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : sesiapa yang memelihara solatnya maka solat itu maka solat itu petunjukdan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."





Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: " 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T ialah :
  1. Orang lelaki yang solat sendiri tanpa membaca sesuatu
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tapi tidak mengeluarkan zakat
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat)
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya
  5. Anak lelaki yang lari daripada rumah tanpa izin ibu bapanya
  6. Orang perempuan yang suaminya marah/ menegur kepadanya lalu dia memberontak
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat
  9. Orang yang suka makan riba
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perkara keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambah kemungkaran Allah S.W.T dan jauh dari Allah S.W.T..




~Kita berada dikumpulan yang mana? Jom checklist diri kita... Untuk Peringatan bersama..

Wallahua'lam.

Bahaya KAHWIN DENGAN PROGRAMMER


Sekadar bacaan ringan.. sekadar untuk menampakkan susunan gigi yang cantik milik anda yg membacanya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------



Sahabat-sahabat sekalian sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu fikir semasak2nya dulu sblm anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yg mengadu pd doktor/motivator mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..

Suami : (setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in".

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli..

Suami : Erromeous syntax. Abort?

Isteri : Ish, abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa... abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? mana dia?

Suami : Variable not found

Isteri : Abang memang xleh harap la... meh la kad kredit abang biar saya pergi belikan sekali shopping barang dapur skali..

Suami : Sharing violation. Access denied...

Isteri : Abang ni x sayang saya ke? abang lebih sayangkan komputer abang dari saya.. saya xtahan la kalau macam ni selalu..

Suami : Too many parameters..

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya.. harap muke je hensem..

Suami : Data type mismatch...

Isteri : Abang nih, memang betul2 xguna la...

Suami : It's by Default.

Isteri : Macammana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use......... Try later..

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya dsisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus...







~ Ade ke berlaku lam rumah tangga camni?? kalau ade, serabut kpala duk pikirkan.. hehe.
Satu lagi kasar la bahasa isteri die.. xpatut2.. Papepun, terimalah kekurangan pasangan dengan hati yang terbuka, kalau mcm kat atas, xtau la.. Wallahua'lam.

Wednesday, December 2, 2009

Hadirnya Tangisan itu....


Bismillahirrahmanirahim..

Air mata.... ia hadir kala kesedihan, kegembiraan, dan seribu satu perasaan.. Jernih, namun hanya insan yang mengeluarkannya mengetahui ape yang tersirat dalam hati.. Insan yang sering dikaitkan dengan air mata adalah wanita.. Kerana apa? kerana wanita lebih cenderung mempunyai jiwa yang halus.. Akan tetapi, bukan semua wanita yang mampu menitiskannya.. ada yang menahannya kerana hadirnya ego dalam jiwa mereka.. Namun, tangis wanita bukanlah menunjukkan kelemahan mereka, bahkan sumber kekuatan dan senjata yang berbisa.. Kerana sendu rayunya bisa menyelamatkan nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun.. Ingatlah, walau sekeras mana pun hati seorang wanita, apabila dilentur, leburlah ia... hadirlah air mata itu.. Ade yang mengatakan kita lebih mudah menitiskan air mata terhadap orang yang kita sayang.. So far, rumaisa rasa betul la benda ni... terutama ibu bapa kita... Walakin(akan tetapi), berapa ramaikah orang yang menitiskan air matanya kerana Perciptanya Yang Maha Satu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirnya ia benar2 terasa kelainannya....

Kringgggg...Kringgg..

Aqilah menekan punat stop pada handset miliknya.. automatik aqilah bangkit daripada lenanya walaupun matanya masih terasa mengantuk..

Kakinya melangkah ke tandas untuk bersihkan diri dan berwudhuk.. Kedinginan semakin terasa tatkala air mengenai kulitnya, air terasa begitu sejuk memandangkan sekarang musim hujan..

Aqilah mencapai sejadah lalu membentangkannya, lalu dia mengenakan telekung sembahyangnya.. Aqilah memulakan qiamulail dengan solat sunat tahajjud 2rakaat, diikuti solat sunat taubat dan solat sunat hajat..


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dulunya, aqilah bukanlah seorang yang gemar bangun malam, boleh dikatakan dia seorang gadis yang liar.. Suka melepak, pakai pakaian yang tidak senonoh..


Suatu hari, Allah telah menentukan dia mengenali seorang insan yang banyak membantunya untuk berubah. Hatinya benar2 terpaut pada lembut bicaranya, perilakunya dan segala2nya.. Hatinya tiba2 berubah menjadi lembut.. Melaluinya lah aqilah mengenali dan mempelajari cara baca Alquran, solat, dan sebagainya termasuk amalan qiamulail ini..

Kini, airmata sering menjadi temannya kala dinihari.. diwaktu orang lain enak dibuai mimpi.. Aqilah sedar akan kesilapan lalu dan menyesali atas segala2nya.. Dia memohon petunjuk dan pertolongan Allah S.W.T....


Allah alwayz wif u.. La Tahzan.. Menangislah pada Allah, mengadulah padaNya, sesungguhnya Dia Maha Mendengar...


-----------------------------------------------------------------------------------------------


" Sebenarnya kehidupan itu ialah permainan, senda gurauan, perhiasan, bermegah2 diantara kamu dan memperbanyakkan harta kekayaan dan anak pinak."

(surah al-hadid:20)

~Kita hidup didunia ini adalah pinjaman sementara, mengapa perlu sombong? dunia adalah tempat permainan bagi mereka yang sentiasa lalai, dan menganggap dunia adalah segala2nya bagi mereka, bagi mereka umur masih terlalu muda untuk bertaubat, belum sampai seru dan sebagainya... ajal maut adalah ketentuan Allah.. adakah kita tahu bilakah menjelmanya waktu kematian kita? mungkin esok, mungkin lusa atau beberapa minit lagi kita bakal dijemput menghadap Ilahi....




~Sebenarnya xde idea nak menulis, jadi rumaisa tulis je la ape yang terlintas difikiran.. ade yang kurang datang daripada diri ini sendiri... wallahua'lam..





Sunday, November 29, 2009

Untukmu Wanita...



Lembaran hidup WANITA SOLEHAH..


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dpatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan,
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bertandang,

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang,
Tiada sebarang harta dunia,
Layaklah dia penghulu wanita syurga...

Ketika aku marah,
Ingin kuintip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah,
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

Puisi dipetik daripada buku: Hadiah buat Muslimah(Panduan asas fiqah Wanita)


“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”
(Riwayat Bukhari)




Pelik melihat keadaan wanita sekarang yang tidak segan silu membuka aurat mereka untuk tontonan umum.. ke mana hilang rasa malu yang yang Alah titipkan dalam diri mereka?
Lupakah mereka menjaga dan menutup aurat sudah termaktub dlm Alquran?

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang( biasa) nampak daripadanya,
dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka"

(surah an-nur:31)

Tidak kurang mereka2 yang menyerupai lelaki(berpakaian), sedangkan islam telah memelihara
wanita sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang, kelembutan dan kecantikan.. sebut kecantikan pula, ada wanita yang terlalu obses pada kecantikan sehingga sanggup melakukan solekan tebal, pembedahan dan segala suntikan yang jelas melanggar syariah islam..
Tambah dengan pakaian yang terlalu menarik perhatian, kelip sana sini, berdandan dengan dandanan jahiliah, nak2 sekarang nih macam2 fesyen yang keluar.. pernah satu jawapan menyinggah kat lubang telinga rumaisa ni,"ala dunia kan dah moden zaman dah berubah..you ni kolot la.."jawapan yang biase kedengaran.. skarang, macam2 fesyen tudung.. namun, adakah menepati syariah islam? lepas 2, banding tudung sape paling cantik, up to date, sofistikated, bergaya, ade klass gitu.. perfumenya pula, sebatu dah berbau..
"ala, maklum la one drop... xkan kau xtahu..jgn jeles"
ish3.. jeles ke?? langsung x.. menempah maut ade la... ni bkn one drop ni, berdrop2 sampai hbs botol ade la.. Pakai wangi2an xsalah, yang salahnya sampai nak habis sebotol digunakannya.. cukup la sekadar menghilangkan bau badan takut2 orang/sahabat yang berdampingan xselesa dengan kita.. Kalau dengan suami, bleh la pakai minyak wangi sampai habis pun.. Rumaisa takut untuk berhadapan dengan masyarakat akan datang.. apa diri ini dapat mencegah kemungkaran yang berlaku didepan mata? apakah diri ini kuat untuk memikul beban dakwah ini? diri ini benar2 berharap dengan petunjuk dari yang Esa, dan kekuatan disampingNya..

Rasulullah S.A.W bersabda: maksudnya: "Setiap pandangan (kepada lawan jenis sehingga merangsang syahwat) adalah zina. Seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan (lelaki), dia telah (dianggap)berzina.."

(Riwayat Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi pada bab Adab Rasulullah:Tegahan wanita keluar memakai wangian)

Aduh wanita... merdu sungguh suaramu itu.. bisa menggetarkan jantung, hempedu dan paru2ku.. hingga terbawa2 dalam mimpi, hilang sweet dreamku.. tawamu bak langsuir yang kelaparan.. suaramu memanggil rakan2mu sungguh kuat sampai pecah gegendang telingaku.. kenapa begitu?? adakah untuk menarik perhatian kaum adam?

Kalam Allah yang bermaksud: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.."

(Surah Al-Ahzab:32)

Terasa diri tidak istimewa kerana mengetahui ape yang kurang pada fizikal?
Wahai wanita, usah bimbang akan kekurangan pada dirimu, kerana lelaki yang beriman tidak menilaimu melalui kecantikan lahiriah bahkan kecantikan dalamanmu, suami yang baik akan menerima kekurangan pada dirimu, kecantikan wanita tidak bererti apa2 dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.. wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar2, tetapi tidak melihat apa2.

Aduhai wanita.. jangan mudah menyerah terhadap lelaki yang mahu mengambil kesempatan terhadap dirimu, jangan cair dengan kata2 manisnya, jangan tewas dengan panahan matanya.. peliharalah maruahmu, jangan biarkan ia tercemar kerana langkahmu yang tersilap.. Peliharalah kehormatanmu hanya untuk suamimu..

Cinta.... cinta yang bertandang dilubuk hati itu fitrah.. Namun apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak diredai Allah, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah S.W.T memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Jadi untuk apa kita menikmati cinta sebelum perkahwinan? bimbang ia jadi tawar dan hambar.Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Peliharalah cintamu hanya untuk suamimu. Kite mesti menguatkan diri kita dengan sebuah hadis:

Maksudnya:" Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian dtg menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid."

(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain2)



Mengertilah wanita.. dirimu benar2 berharga.. jangan sia2kannya.. menutup aurat itu tuntutan agama, hukum Allah.. bukan manusia ataupun perkara yang remeh.. Bersabarlah wahai wanita, waktu itu akan tiba jua dimana telah Allah titipkan seorang lelaki untuk menjadi pemimpinmu pada masa akan datang.. Ambil masa perbaiki diri, tanamkan cinta hanya untuk Allah sebelum tiba waktunya untuk engkau curahkan kasih sayang kepada makhluk ciptaan Allah... Semua orang pernah melakukan kesilapan, namun terpulang pada dirinya untuk berubah atau terus dalam keadaan sebegitu.. pohonlah pada Allah.. Renung, insafi dan perbaikilah diri kita, termasuklah diri yang lemah ini...

Wallahua'lam..


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi redha Tuhannya dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia sehingga ia terhalang dari amalan untuk akhiratnya dab lalai untuk memperolehi redha Tuhannya"

(Hadis riwayat Al-hakim)

Sama2lah kita mencari redhanya..




Thursday, November 26, 2009

Salam EidulAdha..


Bismillahirrahmanirahim..
Rumaisa ingin mengucapkan selamat hari raya Eiduladha kepada semua..
ampun dan maaf andai ada terkurang ataupn terlebih ape sahaje..

Apa pandangan anda mengenai Hari raya Korban ini?? Rumaisa copy paste je kat iluvislam.. sila la baca.. fotokopi punyer..bkn ori drpd tuan punya blog.. maaf ye pemilik sebenar article.. article yang menarik hati rumaisa tuk copy..








Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung www.iluvislam.com sekalian. Bersyukur ke hadrat Allat swt kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk terus bertebaran di muka bumi ini. Sentiasalah mengambil iktibar daripada peristiwa-pertistiwa insan yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga hati-hati kita sentiasa bersedia untuk menyusul mereka kelak. Rehat yang pasti di alam kubur sana. Soalnya `rehat` dalam bahagia ataupun terseksa?


Erti Hari Raya Aidiladha

Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi?

"Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim".

"Menghayati erti berkorban".

Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan.

Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang?

Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati.


Mencari Erti Dari Dalam Hati

"Jangan banyak bertanya. Boleh sesat".

Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened.

Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan!

Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right?

Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati.

Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?

Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya.

Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca.

"Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?"

Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.

Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.


Tepuk dada tanya iman..(n_n)

Sunday, November 22, 2009

Semalam yang berlalu...




Bismillahirrahmanirrahim...

Suratan hidup, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. tautan hati yang terjalin kerana Allah, insyaAllah kekal ke akhirnya.. Rasanya seperti baru semalam mendaftarkan diri tuk ambil STAM.. Masuk hari ni, 4hari sudah rumaisa meninggalkan taman islam, medan tarbiyyahku, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin..Inilah detik2 yang ditunggu2 selama ini, namun tak dinafikan perasan sayang pada taman islam mekar dalam hati kerana disinilah rumaisa mengenal usrah, taklim, jalinan ukhwah yang sebenar dan macam2 lagi.. Disini juga tempat rumaisa berlatih , beranikan diri tuk berbicara dihadapan adik2..

Guru-guru STAM, Ustaz Hassan, Ustaz Wan Rosli, Ustaz Ku Hassan, Ustaz Amir, Ustaz Rahim, Ustazah Faedah, Ustazah Wan Raihanah, Ustazah Wan Farisah, Ustazah Maisarah, Ustazah Rohaya, Ustazah Putih, Tc Zalina, Tc Rohani, Tc Zurina dan semualah.. Terima kasih atas segala2nya.. Halalkan semua ilmu yang dicurahkan kepada kami... Gambar guru2 xleh nak upload, xtahu kenapa.. Terutama sheikh2 yang disayangi, Sheikh Abdul Rahman, Sheikh Muhammad Toha, Sheikh Ibrahim n Sheikh Sulton.. Doakan kami...


Sukar tuk rumaisa menyusun bicara tuk mengkhabarkan segala2nya..Kerana rumaisa bukan seorang yang pandai berkata2..(n_n) Yang pasti, sepanjang rumaisa berada di SMAASZA, terukir banyak kenangan yang sukar ditafsirkan.. xkiralah manis, pahit, masam atau masin.. Rehlah, Malam wida' STAM, Malam kesenian islam aspuri, same2 study.. banyaknya... Terima kasih kepada semua teman seperjuanganku diatas kenangan yang terukir indah di diari hatiku ini..

Sedikit gambar untuk tatapan..








Kek sempena malam wida'.. sape nak?



Malam Kesenian Islam Aspuri..
Persembahan akhowat 6atas STAM(Sakaratul Maut)







Jamuan yang dibuat oleh adik2 bilik 12A.. Terima kasih wahai adik2ku..
Maafkan akak sepanjang akak jadi kakak bilik ade terlebih or terkurang pape.. Salam Mahabbah adik2ku...






Jamuan terakhir 6atas STAM 09

Lagu kegemaran malam wida'.. Nasyid ni dimainkan mase slide show nama2 pelajar STAM 2009.. Selamat mendengar...



Thursday, October 29, 2009

Cerita hatiku

Bismillah...

Dah lame rasenya xupdate blog ni. Alhamdulillah, masih pnjang umur dan diberi kesempatan tuk sambung. Alhamdulillah, rumaisa baru je habis exam STAM (nak tukar ganti name diri drpd ana kpd nama samaran.. xpe kan) exam yang mulenya pd 19 aribln 10 habis ari selasa baru ni 27 aribln 10. Alhamdulillah, sedikit kelegaan bertandang, namun debaran tuk menerima result pula mengugat perasaan, sebab rase tak buat yang terbaik. Cane2 pun, tawakkal adalah jalan yang terakhir. Hari ke 4 sblm exam, tibe2 je kena demam malam 2, alhamdulillah xlame esoknya baik..
tp, selsema berlanjutan sampai habis exam ari selasa 2... xpe2, ujian drpd Allah. Paper last skali hadith mustolah 5minit nak habis mase menjawab, rumaisa pandang sekeliling, tgk muke sahabat2 xsabar2 sorang2 nak abis mase menjawab. lebar senyumannya sampai telinga..

Macam2 berlaku sepanjang exam, sblm msk dewannya, tp terlalu personal dan akan memalukan diri ini jua. biarlah rahsia. dan jadi ingatan kpd rumaisa sahaja... yang pasti rumaisa cukup3 menyayangi guru2 STAM rumaisa.

Habis exam, semua cabut lari asrama petang 2.. rumaisa yang duk jauh ni, tgk n lambai je la.. dlm hati, xpe2 pagi esok aku cabut lari.. hehehe dah qosadkan lam hati. Esoknya rumaisa bersama sahabat naik bas seawal jam 9.00 pagi. buat berani tunggu bas depan sekolah.. alhamdulillah, selamat sampai umah.

7 aribln 11 plak ade exam MUET.. lepas 2 syahadah... xleh rilek sgt la. Kepada yang membaca entry ni, doakankan kejayaan rumaisa bersama sahabat2 seperjuangan.

*usaha dah dilakukan, hanya Allah yang mampu menilai setakat mana kesungguhanku.. untuk mengundurkan kembali waktu, itu xmungkin terjadi, yang tinggal kini hanya tawakkal pada Allah, hanya kekuasaan dan keajaibanNya saja yang mampu mengubah segala2nya. Aku berserah......

Thursday, August 27, 2009

Tugas sebagai pelajar..

Bismillahirrahmanirahim...


Alhamdulillah.. dah 2minggu duk kat rumah.. Macam-macam dugaan kat rumah. Study termenung. Hafal satu termenung. Ape kena ntah.. Mane la hilang semangat ana.. Kesungguhan xde.. xsedor kejayaan tuk islam akan datang. Lepas ni, kena sambung balik tugas sebagai penuntut ilmu.. Lebih bersungguh, insyaAllah. Tugas ini xpernah habis selagi masih bernafas di muka bumi Allah ni..

Bukak je sekolah, ari selasa sambung balik exam trial yang tertangguh aritu..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot soalan exam da bocor la.. ana xtau pun. Tp, dah dpt inform dah esok orang yang tau soalan 2 nak bagitau.. Ana nak tau jgk.. xbaik betul la..

Dah nak exam, tp masih menghadap laptop lagi.. ape la nak jadi ngan ana ni?
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
maybe ni post terakhir ana.. insyaAllah. Kena lawan sket nafsu.
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot. Sambung lepas habis exam STAM nanti.. InsyaAllah kalu panjang umur dan diberi kesempatan.

Doakan ana agar berjaya untuk menempuh ujian dunia ini..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Waallahua'lam..

Suke tengok benda2 cute ni kat blog sahabat ana, letak jugak kat sini. Syukran ya.

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Comey kucing ni..

Kullu am wa antum bikhoir..

Wednesday, August 26, 2009

Meniti hari-hari semalam..

Bismillahirrahmanirahim....

Ana insan yang banyak kekurangan dan masih belajar untuk membaiki diriku. Andai terdapat kesilapan dalam penulisanku ini dan sebarang perkongsian, amatlah diri yang dhoif ini alu-alukan...


Hari ini merupakan hari ke-7 umat islam berpuasa.. Namun, mungkin terdapat segelintir daripada umat islam yang tidak melakukan ibadah mulia ini, kerana menganggap menahan lapar dan dahaga sehari suntuk merupakan satu kerja yang gila.. Sedangkan orang bukan islam mengkaji mengapa umat islam berpuasa dan mengetahui kebaikannya turut melakukan berpuasa. Walhal ibadah puasa mereka tidak diterima Allah S.W.T. Mengapa tidak umat islam itu sendiri yang melakukannya? Puasa bukan lah sekadar menahan lapar dan dahaga. Inilah saatnya untuk kita melatih iman dan diri kita yang sebenarnya. Mana yang memandu? iman atau nafsu? Fikirkan...






Alhamdulillah, kerana pada tahun ini diriku masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa. Mudah2han aku dapat sampai ke pengakhirannya.. aku juga berharap, ini bukan lah ramadhan terakhir ku...



-Coretan hati daripada seorang hamba Allah, yang bergelar wanita... Ikutinya... Ana jumpe kat pantai.. ish, xdela ngarut je..

Melihat ke luar jendela, langit biru, awan yang putih.. SubhanaAllah, indahnya.. Itu memang hobiku sejak dahulu lagi.. Dalam mengharungi hari-hari yang mencabar, aku tiba2 terkenangkan hari-hari semalam yang ku lalui penuh dengan dosa dan noda, terasa hatiku kotor..


Aku kalah dengan panahan2 mata manusia yang bergelar lelaki, aku pernah merasa seronok dengan semua itu.. Usikan-usikan nakal sering kedengaran.. Namun aku bukanlah perempuan yang mudah melayan semua itu, aku tertunduk malu.. tp, dalam hatiku, aku berasa seronok.. Astagfirullah.. Laghonya aku ketika itu, minit itu dan saat itu..
Satu ketika, aku pernah kalah dengan perasaanku dan melayan semua itu, fitrah yang Allah kurniakan, aku gunakan pada orang yang tidak sepatutnya.. Sepatutnya halal cintaku, halal rinduku adalah suamiku.. dan yang sentiasa menantiku untuk dicintai adalah Allah S.W.T.. Aku tidak sedar tika itu..




Duhai insan yang bergelar lelaki, maafkan ku kerana pernah melalaikanmu,jauh dari ILAHI, menyebabkan fitnah padamu...


Aku cukup-cukup teruji dengan semua itu.... Aku khilaf dengan semua itu..

Wahai lelaki, bangkitlah kalian.. kalian adalah muslimin yang membawa satu tanggungjawab yang besar terhadap islam. Kalian tahukah itu? Jangan terlena dibuai hembusan bayu hiasan duniawi semata-mata, yang pasti merugikan dirimu..


Amat payah sekali untuk tinggalkan perkara-perkara yang membawa kepada kemaksiatan. Aku perlu kuat untuk bermujahadah, dan aku perlukan sokongan sahabat-sahabat yang Allah kurniakan padaku..Aku perlukan petunjuk Allah.. Alhamdulillah, kerana Allah telah mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkanku, yang xjemu-jemu memberi sokongan dan nasihat kepadaku terhadap hatiku yang kering kontang ini..

Aku bukanlah insan terbaik, tp aku akan terus berusaha kearah kebaikan. Aku impikan peribadi seorang wanita solehah yang menjadi sayap kiri perjuangan islam.. Dan aku percaya semua wanita mengimpikannya..

Ku pohon keampunan dariMu, terimalah taubat ku..Apa yang aku harapkan adalah CINTA dan KASIH SAYANGMu YA RABBUL IZZATI..





Ya Allah, hanya Engkaulah matlamatku dan redha Engkaulah tuntutanku, kurniakanlah kepadaku kelazatan mencintaiMu dan mengenalMu.. Duhai Rabbiku...


Wallahua'lam...


Sukelah ana untuk berkongsi sedikit mutiara kata daripada sahabat ana:

"Ukhtiku, tuhan pertemukan kita didaerah ini, dari pertemuan lahirlah satu kekuatan.. dari kebersamaan lahir pula persefahaman.. bersatu hati merancang madah perjuangan mengawal aturlangkah pergerakan semua tidak lain hanya demi menegakkan kebenaran berdiri dibawah satu panji, bergerak sebagai satu jemaah islam. Saling sama ingat memperingati dan saling lengkap-melengkapi.. Sedari akan erti maruah peribadi sejati, yang diselaputi iman yang hakiki,yang tidak semurah itu.. perbaiki diri dan serulah yang lain.."


Sebarang kekurangan mohon maaf..

Ku dambakan keredhaanMu Ya Allah..

Tuesday, August 18, 2009

SELEMBAR BULU MATA



Bismillahirrahmanirahim..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak.Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,"jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru.

Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat berbicara,"Saya yang memandangnya"

Disusuli oleh telinga,"Saya yang mendengarnya"

Hidung pun tidak ketinggalan,"Saya yang menciumnya"

Bibir mengaku,"Saya yang merayu"

Lidah menambah,"Saya yang memutar belitkan"

Kaki menyusul,"Saya yang dipakai untuk larikan diri kalau orang mengetahui"

Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang tentang perbuatan aibmu itu," ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat beduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam.

Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu mata:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang dibasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka ? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."




" Kami pohon PadaMu Ya Allah, agar Kau Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus.
Aku ingin berdiri dihadapanMu dengan jiwa yang tunduk. Aku ingin rukuk kepadaMu dengan hati yang pasrah. Dan aku ingin sujud ke hadratMu dengan qalbu yang penuh merendah diri.."

Tunjukkan Muka Sebenar..

Bismillahhirrahmanirahim...


Ana xde la masyi/aktif dalam bab2 politik ni, tp kadang2 geram jugak..

Sebagai pelajar, bahaya gak tulis bab2 camni, tp rase macam nak nulis je kat sini, xpe je kan?

sila ikuti selanjutnya dibawah, kalu xnak ikut, xyah ikut....

Semalam, masa ana tengah mengaji, handphone ana bunyi 'bippp' (bior bunyi lain pon..)

-1 message received-

ana pon bukak inbox, mesej daripada sahabat ana yg berbunyi:

~ salam, ade tgk berita kat tv*(kot pandai la saluran mane2 pon)
org U**O bajek, ngate kat org P*S...~

Ana ckp la xtengok, ana pegi bukak tv, xsempat plak...

Ana tanye la sahabat ana ape yang mereka duk katakan?

Sahabat ana ckp, benda ni xtau la betul ke x, yg pasti media 2 tunjuk, Tuan Guru ckp kat ahli

U**O xmasuk syurga sebab ikut islam palestin.. Ana pun kurang jelas n xfaham sangat, ape

perkaitannya.. yg pasti camtu lah...

Ana: ala, media ni xleh caye sangat, sumer media diorang yang punya...

Sahabat: biler time nak ngundi jer tunjuk baik ngan rakyat... sampaikan reban ayam dlm hutan

pun diorang pegi tengok, nak buat reban baru...Hehe..

Ana: Hehe.. memang taktik diorang dari dulu lagi kan... Kalu rakyat xnampak gak sandiwara

yang dimainkan, xtau la nak kate ape.. Xnampak gak, pegi la beli kanta pembesar xpun

teropong xpe...

Sahabat: Hihi, macam2 la diorang yerk, nak memburukkan pihak pembangkang.. Kalu nak

tunjuk prihatin sangat, xdenye nak panggil media suh tunjuk KEPRIHATUNAN diorang 2 kat

orang ramai..

Ana: Hurm, tu lah... ana de keje la, kita sambung karang ek.. salam

Macam tu la sikit sebanyak' perbincangan' ana bersama sahabat ana.. Sejauh mane kesahihannya? Wallahua'lam.. Tunjukkan lah SIKAP sebenar anda terhadap rakyat..

Tp, rasenye sahih dah tentang sandiwara 2.. dah mengarut plak...

Wasalam..

Friday, August 14, 2009

Smaasza kena tutup..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, dpt gak nulis lagi kat blog yang xseberapa ni..(^_^)tawadduk plak..

tangan nih kekadang gatal nak tukar background blog ni..

tp, biler pikir2 balik, xyah lagi la... pas abis exam Stam nanti, insyaAllah.. (awal plak buat perancangan)

Kadang xsempat pon nak update blog ni, banyak sangat benda nak buat.. sekadar bukak tgk, then tutup.


Ana punya sekolah kena tutup sebenarnya, wabak H1N1 ke?? Ish, belum lagi..

Nauzubillahiminzalik..Tp, wabak ILI (influenza like illness) betul ke x ntah eja tu..(kalu silap betulkan ye) Kalau dibiar lama2 pon maybe jadi H1N1..


Ana tengah exam Trial STAM, baru lepas 3 paper.. Hari rabu stat tutup(ptg 2 baru tutup)..

Hari khamis madah Tafsir.. Alhamdulillah... Nasib baik tangguh.. Lega muka bebudak Stam..

Tafsir killer subjek ana selain adab nusus.. Lega sangat kena tangguh.. (Ustaz Rahim jangan marah). InsyaAllah bley wat persiapan yang lebih baik.. Aminn.


Macam2 aksi pelajar lepas Pengetua umum sekolah kena tutup.. lupa plak nak rakam..

ade tadah tangan, berlari call mak ayah suh dtg amik.. walhal, pengetua xabis berucap lagi...

Ape la korang ni..

Dekat public phone, dari ptg sampai ke mlm beratur xsudah2. Ana nak call pon xleh..

ptg 2, nasib baik ust Rahim ade.. dengan muke yang tebal,"ust, nak pinjam handset?"

ust bagi,"nah, amik".. Malu la plak rase.. Syukran ustaz..

Mak ayah datang malam 2, ana sampai umah dlm kul 10.15 kot.. Kesian mak n ayah.. Maaf ye,

mak ngan ayah..

So, mase yang ade ni, kena guna sebaik mungkin, perjuangan blum tamat lagi..
kena study,study, study.. kejayaan tuk islam..
InsyaAllah..



"Ya Allah, perjelaskan matlamatku, kuatkan azam dan tekadku.. aminn"

Friday, July 31, 2009

Trial STAM

Asalamualaikum w.b.t..

Buat sahabat2 sekalian, doakan daku yang akan menduduki trial stam pada 10 haribln 8 ini. Satu perjuangan satu matlamat..

Waallahua'lam.

Monday, June 8, 2009

TAK DE LA....!!?


Sekadar renungan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ana pulang ke hostel petang ini, ana ingin berkongsi satu cerita dgn antum wa antunna semua..Em, ape yang xde ni?? ikuti cerita ana dibawah dan tengok ape yang xde.

Hari Sabtu baru2 ni, ana dan kedua ibubapa ana nak pergi hantar kakak ana di Johor rumah ibu mertuanya.. Oleh kerana perjalanan yang jauh, mak dan ayah ana mengambil keputusan untuk bermalam di Melaka, dirumah mak saudara ana. Dalam perjalanan pergi 2, ayah ana ada bagitau ana kena ambik lesen kereta lepas exam STAM ni, ayah bawak sorang2 keta pergi jauh2 mane la larat.. Dalam hati gembira campur takut nak ambik lesen..

Sampai 2, da petang sebab bertolak lewat. Jadi kami berehat je. Keesokkan harinya, kami bertolak pepagi lagi(xde la pagi sgt,lam kul 8.30 kot) untuk ke Johor(Kota Tinggi) sebab takut sampai lewat. Em, melalui satu perjalanan yang jauh.. pemandangan hijau je, kiri kanan ladang kelapa sawit je.. Jauh sangat perjalanan.Pegi 3 buah kereta je, sebab orang lain ade kerja. Dalam pukul 12 kami sampai, rumah ibu mertua kakak ana ni kat felda. Sampai 2, rehat kejap. Mak ana bagitau kat ibu mertua kakak 2, xpayah la susah2 wat majlis besar2. So, buat majlis doa selamat je. Dalam kul 3, kami bertolak semula ke Melaka.

Dalam perjalanan pulang pulak, mase ni la ade `benda yang xde'. Nak tau? Kami berhenti solat di R&R nak dekat ngan Ayer Hitam. Wah, ramainya orang.. Ana dan mak ana pergi la solat kat musolla yang disediakan. Ana meletakkan kasut ana di rak. Seusai solat, ana nak keluar la.. tp, tgk2 kasut ana, xde!! Aik, mane plak pergi kasut ni? xkan orang curi kat surau ni kot? mcm2 bermain dlm fikiran.. Mak ana da keluar dulu, duk kat bangku luar 2. Ana intai mak ana. Alamak, jauh jgk mak ayah ngan abg ana ni duduk, mcm mana ni...

Em, "makcik, bleh xsaya nak pinjam selipar makcik kejap, kasut saya hilang, nak pergi cakap kat mak saya kejap".. Makcik,"La, ye ke? xpe2 ambik2" Ana, "terima kasih makcik".. Ana pun pergi la bagi tau kat mak ana, terkejut mak ana.. Mak ana suruh jalan mcm 2 je pegi kat kereta, aduh, xkan la macam ni??. Nasib baik, kakak ipar ana ade kasut spare, die pergi ambik la untuk ana.

Itula yang TAK DE nya, kasut ana kena curi..Hai, macam2 la manusia ni.. Baru lepas solat pun sempat lagi nak mencuri, dah la kat surau. Baru lepas beribadah pada Allah.. kemana pergi ketakutan dia bahawa Allah itu Maha Melihat?? Moga2 orang itu mendapat Keampunan daripada Allah S.W.T...


"Apabila seseorang itu melakukan kemungkaran, sesungguhnya imannya pada ketika itu tiada.." Wallahua'lam.


Sekadar renungan..

Tuesday, June 2, 2009

Assalamualaikum.. kepada siapa??




Assalamualaikum cikgu..
Assalamualaikum pakcik/makcik
Assalamualaikum kak/abang

Tebarkan lah salam kepada semua orang.. orang akan berasa senang hati dengan perlakuan kita..
wajarkah hanya memberi salam untuk guru2 yang mengajar kita sahaja??

Tidak!! memang tidak wajar. Berikan salam kepada semua, xkira samaada guru itu mengajar kita atau tidak, kenal atau tidak guru2 atau individu tersebut.

Jadi, ringan-ringankan mulut untuk memberi salam, ukirkan sebuah senyuman penuh keikhlasan..

Monday, June 1, 2009

DeTik KebahaGiaaN



Selamat Pengantin Baru...

Kepada kakak ana, tahniah buat akak n suami..
Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar..
Maka terbina la lagi sebuah masjid, syaitan pun menangis dan meratap..
Hancur hati mereka kerana xdapat sesatkan ummat nabi Muhammad.
Mudah2an perkahwinan akak kekal hingga ke akhir hayat wa Al-Jannah aidon..

Ramai saudara mara yang datang, dr kuala lumpur, negeri sembilan, johor, melaka, semua ade. Ana paling suka kalau keluarga berkumpul ramai2. Terutama keluanga pihak bonda tercinta.. Adik beradik mak ana ramai. Lame xjumpe, tgk gelagat semua memang melucukan, macam2.. Semua yang datang untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan akak ana. Alhamdulillah.. Terima Kasih semua.

Sunday, May 3, 2009

Kem Kepimpinan PRS

Alhamdulillah, dapat lagi ana mencoretkan sesuatu di ruangan blog ana ni, untuk berkongsi cerita, ilmu, pendapat dan pengalaman..

Cikgu pilih berdasarkan Organisasi PRS(AJK2nya). Ana selaku timbalan setiausaha dalam organisasi ini, kenalah sertai kem ni. Di sini ana mahu berkongsi pengalaman ana sepanjang ana berada di kem yang ana pergi selama 3hari 2malam. Kem tersebut dinamakan Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya yang bertempat di Pusat Latihan RELA(ASASPO)Hulu Kemat, Kuala Berang Terengganu. Kem ni gabungan dgn 5 buah sekolah(termasuk SMAASZA la)yang lain2 tu, sek.men.keb sultan sulaiman, sek.men.keb. seri budiman, sek.men.keb.agama sheikh abdul malik, sebuah sekolah lagi, ana lupa.. Lepas SMAASZA berada dibawah kementerian,mmg la segala program akan campur ngan sekolah menengah biasa.. dan... kesannya memanglah parah..

Ana pergi bersama sahabat2 hari khamis pagi dlm kul 8.45 bertolak dgn bas SMAASZA, pelajar sekolah sultan sulaiman tumpang bas kami..Sekolah SMAASZA,24 org peserta campur ikhwan dan akhowat. Setelah sejam lebih perjalanan, sampailah ke destinasi yang kami tujui, nun jauh ke dalam hutan.... Pendaftaran kul 11.00 pg, tgk2 jam 10.00pg(awal lagi)kami sampai awal sebab bas akan hantar peserta kem disiplin kat sekayu plak. Kami jln2 sekitar kawasan 2, sunyi sepi je..





Ni kad peserta..



Bila da sampai semua sekolah yang berkenaan, kami diberi sedikit taklimat tentang perjalanan program ni. Kami dibekalkan sebuah beg dan kad peserta.Selesai semuanya, kami dikerah ke tempat penginapan untuk letak beg dan disuruh ke dewan makan. Ada diantara peserta2 ni berebut bilik nak duduk sama sekolah (termasuk ana dan kawan2),
pastu kena marah kat kem komander, dia ckp ikut arahan. Just letak beg dan pergi dewan makan sekarang..!Malu kami semua dibuatnya..

Pastu, ana dan kawan2 cepat2 pergi dewan makan dgn harapan dapat siap awal. Tapi, lepas ambik makanan 2, kena tunggu semua org siap ambik mknn baru bleh makan, makan sama2.. Aduhai.. hancur harapan ana dan kawan2. Kelip2 depan makanan,kawan2 ana tgk ana, ana tgk kawan2 ana(sekali lagi dapat malu)masing2 nak tergelak, tp tahan... kena bawak imej pelajar sekolah agama..contoh terbaik(insyaAllah).

Siap semuanya, kem komander bahagikan bilik masing2. Ana dgn seorang lagi sahabat ana, duk sebilik(alhamdulillah)ade dak sekolah ss, seri budiman, dan sheikh abdul malik. Xpe la, boleh kenal sahabat2 baru.. Yang sertai kem ni, semua adik2 kami, ting1,2 3,4,5 je. Kami yang besar sekali, malu jgk rasanya. Usai, solat zohor berjemaah, kami perlu ke dewan untuk slot yang pertama, ice breaking.. Ana dan kawan2 berdebar fikirkan mcm mana la aktiviti ni akan dijalankan.. jgnla campur adukkan antara lelaki dan perempuan.. Tp, kebiasaanya memang begitu pun..

Seperti yang kami takutkan dan dugakan, aktiviti ini, memang menguji keimanan kami semua.. Kami diberi arahan agar membentuk dua bulatan, satu lelaki, satu perempuan.. mula2 kami buat la asing2, pastu fasi kate, lelaki kat dalam, perempuan kat luar sebab perempuan ramai.. Hah!! bior betoi fasi ni, bulat mata sahabat2 ana.. Bertindak mengikut arahan, so, kena la buat.. First 2, berkenalan ngan org yang duk sebelah kita je, kiri kanan..Yang 2 xpe lagi.. Pastu, kejutan yang kedua, "Ok, saya nak perempuan bergerak lawan jam, lelaki arah jam. dgr muzik ni, bila berhenti muzik, kamu kena berkenalan dgn org yang berada di hadapan kamu semua, ok" Haa.. Lemah urat2 sendi.. mcm mana ni... bingung kami dibuatnya.. Kami pun bergerak la jugak.. bila muzik 2 berhenti, terkezut kami dibuatnya. Orang len berkenalan, kami wat xtau je..(jahat je) tp xpe la, bukan dose pun kan?? ikhwan(smaasza)pun nampak xsuka jer.. yela, sape yang suka ade lam situasi mcm ni.. Kadang2 rasa cam berdosa je, dlm keadaan mcm ni, susahnya nak jaga pandangan.... Ya Allah...

Pembahagian kumpulan pun bercampur ngan lelaki.. banyaknya dugaan.. Nama SMAASZA naik sebab xbagi kerjasama lam pembahagian kumpulan,xnak campur laki perempuan, hai.. terkena jugak kami nampaknya..ayat yang memang lekat lam kepala, "kalau kamu ade prinsip kamu sendiri, sy pun ade prinsip sy sendiri, kamu nak ikut cara cikgu ke cara kamu?" kus semangat kami.. geram sangat rasa.. Sabar3.. Sampai sini je la..
Sambung aktiviti petang plak, riadah.. Mase ni la berlaku satu tragedi terhadap ana.. xsampai satu hari pun ana berada di kem tu. Mase dia suh berlari lam kumpulan(keadaan beratur), mula2 lelaki, pastu perempuan plak. Mase kami berlari, tiba2....... takdir Allah, kasut kawan ana tercabut, kaki ana tersadung kaki sahabat ana 2, ana jatuh atas jalan bertar 2, bergeser atas jalan lam 3langkah kut(xperasan plak)YaAllah... xtau nak ckp ape.. pedih, sakit, perit, semua ada.. lepas jatuh 2, xrasa lagi sakit, bangun sambung lari tp, slow motion la skit.. sampai tempat tamat berlari(xde la jauh sgt, lari pergi balik je)ana pg duduk kat tangga pentas(nasib baik membelakangi pihak lelaki). Mak aih, berdarahhhh.... ana xleh nak jalan dah, kaki kejang.. nasib baik sahabat2 ana ade..(maafkan ana sahabat2ku sekalian krn terpakse mengangkat ana) syukran semua... Manik2 jernih keluar, untuk menggambarkan keperitan yang dirasai... ana dihantar ke asrama menaiki kereta cikgu mane ntah..
Kesian penghuluwati, kena pergi cari guru yang bertugas.. Hah! kotak kecemasan xde? ubat gamat je ade... aduyai.. mcm mane ni.. bantai je la.. pedih bangat sih... menguji kesabaran sungguh kesakitan ini... ana xleh tgk jalan, dan ingat balik cara ana jatuh, fobia..(insyaAllah xlama. Ana terus je ikut perjalanan program cam biasa sampai habis.. jalan dah lambat, dlm bhs trg, kecot2.. xpe la, pengalaman... cikgu2 kat situ kate, sikit jer nih nnti baik la.. Balik umah, bagitau mak ana, sikit ape kalu dah jadi macam ni?? ade ke patut...( ana xtau nak ckp ape) betul la mak ana ckp... ana xleh bengkokkan kaki pun.. apatah lagi nak naik tangga, solat dlm keadaan lunjurkan kaki.. Sukarnya Ya Allah..Teringat nikmat kaki yang sihat Allah kurniakan selama ini.. Tp, alhamdulillah ana dapat ikut program ni dgn baik... Untuk riadah petang dan pagi je la ana xikut serta.. sedih jgk xleh pegi jungle trekking..(xpe la).

Ni la kem first yg ana pegi campur lelaki ngan perempuan..Tp, alhamdulillah, peserta2 yang pergi ni baik2, xde la nak ejek kami pakai tudung labuh ke ape ke.. Malah diorang tanya sket2 bab2 agama.. Alhamdulillah.. Tp, pergaulan diorang memangla xjaga sgt... Diorang hormat je kami sebagai kakak2.. Mase aktiviti lam kumpulan je la yang kaku sket, tp ana ade la bagi pendapat dan ckp2 skit2, xde la senyap langsung.. Kami anggap diorang adik2 kami je..
Program ni ade yang baik, ade yang buruk, yang baik ambil, yang buruk buang.. Alhamdulillah, dapat jgk ilmu psikologi..




Ni projek kumpulan kami buat..





yang ni akhowat yang buat..