Monday, February 8, 2010

..Doktor, Islam, dan Logik..

Bismillahirrahmanirrahim..

~Artikel yang diambil daripada buku..(",)

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Allah". Doktor menyuruh kita melihat kedua-dua tapak tangan kita dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam bahasa arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81+18=99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingkingnya, lalu Rasulullah s.a.w akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman( digestion),
ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal daripada tanah, maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi ( tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut doktor, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menhalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca basmalah. Membaca basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

~Tambahan penulis(",)
.. Ana pernah mendengar daripada seorang ustaz dalam satu majlis ilmu, setiap manusia mempunyai syaitan.. Hanya ketaqwaan dapat melemahkan syaitan tersebut.. yang membezakan mereka adalah.. Baca seterusnya :

" Suatu hari syaitan A bertemu syaitan B, syaitan A pelik melihat kawannya itu, yang kurus kering tak bermaya.. berbeza benar dengannya yang gemuk lagi bulat.. Eh, kau ni knape btan(singkatan syaitan b)?? kurus kering, macam tak berapa nak hidup dah.. sekali aku tumbuk, beterabur gigi kau.. haha..

( tak brape larat nak cakap) Haahahapepe la kau ni, kawan baik kau pun nak belasah jugak.. tu ha, tuan aku, langsung tak bagi can kat aku nak kongsi ngan aku.. tak de langsung mengamalkan sharing is love.. die nak makan bace bismillah, nak tido bace bismillah, masuk rumah bagi salam, aku terkebil-kebil kat luar rumah dye.. banyak lagi la.. itu yang aku jadi macam ni..

Ish, ish, ish.. kesian kat kau ye.. aku jugak yang best, nak makan main lahap je, dah kenyang, sendawa kuat-kuat.. tak ucap syukur langsung.. nak tido die selimutkan aku, masuk rumah, main redah aje.. banyak jgk la.. aku sayang tuan aku tu.. aku selalu ikut die pergi mana-mana.


em, macam mana dengan kita?? yang kurus ke, yang gemuk?? nauzubillahiminzalik yang gemuk..

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon dioxide yang apabila bercampur dengan air H2O akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkab minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama dengan diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.



Mengapa Islam menyuruh disebat 100kali orang belum berkahwin yang berzina dan merejam hingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel sehari, antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana hubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya satu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya., dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100kali ia akan tetap menghasilkan 10unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah serba sedikit inti syarahan yang disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar ( tak silap ana la, kabur..)


Satu lagi info daripada Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Kaabah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Muqarramah dan mengapa ia empat segi (cube) . Ia terletak pada posisinya sekarang kerana setelah membuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Kaabah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat segi? kerana melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk piramid, dimana ia diumpamakan seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Ia juga 4 persegi kerana melambangkan 4 imam besar, Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafei, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sejauh mana kita mengamalkan sunnah Rasulullah?? (termasuk diri ini)..
Wallahua'lam..

..Hatiku Berbisik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entah kenapa,

Sukar benar untukku melelapkan mata semalam,
Secara tiba-tiba, kesedihan mengundang..
Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku..
Nasyid yang ku mainkan di telefon bimbitku, ku biarkan mendayu-dayu..
Aku melayan perasaan itu..



Ah, aku tidak suka perasaan itu hadir,
tp, aku membenarkan ia menyentuh hatiku,
Diriku sering kalah,

..sedih..

..sakit..

..pedih..

Aku memandang kipas syiling yang berputar,
kosong...


Hati aku gelisah dan resah,
Diriku memohon keampunan..
Aku beristighfar..



Aku menghantar sms kepada sahabat yang sering menasihatiku,
Meminta pendapat..

Meminta sedikit pujukan..
Sedikit kata-kata, yang bisa membuatkan aku berfikir..
sedalam-dalamnya..




Hatiku masih gelisah..
Barangkali meminta dihiburkan dengan ayat-ayat cinta agungMu..
Sebentar cuma,
Hatiku kembali tenang..
Setenang awan yang berarak..
Fikiranku juga tidak menyerabutkan lagi..
Aku tersenyum..
Lega..
Alhamdulillah..
Terima kasih, Ya Allah..
Sebaik-baik penawar adalah..
Al-Quran..
Hati yang gelisah, menjadi tenang..
Hanya dengan pujukan ayat-ayatMU..
Ajaibnya..
Agungnya kuasaMu..


~Terima kasih Allah~










Friday, February 5, 2010

..Engkau Memang CanTik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Align Center

Baru-baru ini, ana bersama sahabat ana ke sekolah untuk mengambil nombor pin UPU, sekaligus ziarah guru-guru. Ada la lagi sahabat-sahabat ana yang lain yang duduk area terengganu join sekali..

Lepas saje selesai semuanya, sahabat ana ajak pergi bandar, katanya nak beli produk HPA kat kedai buku banggol. Ana pun setuju la, sebab ana pun memang nak cari buku. Lepas aje jumpa buku yang ana nak cari, ana terpandang satu buku ni, "em, cantiknya buku ni, tajuk pun cantik" . Lepas bace kat bahagian belakang buku, ana pun ambil nak bayar.

Sebuah buku yang ana kira bagus sebagai nasihat buat muslimah-muslimah sekalian..


Kata-kata pengantar:

>Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna sesama muslim.

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak memiliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segala-galanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk memberi kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik yang lainnya.

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan, bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.



Sekian, Selamat Membaca, Wallahua'lam..(",)




Sekadar catatan pendek..

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih memberikan ana kesempatan untuk menulis di sini.. Lama dah nak post entri baru, tp mashgul jiddan..

Alhamdulillah, tak puas rasanya duduk kat pondok, walaupun melalui kehidupan yang sukar sket kat sana, tp alhamdulillah baik-baik aja kok..(",)

Setiap kali lepas waktu solat fardhu, ade baca kitab lama.. ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah semua best, mantop sangat-sangat. Kitab paling best ba'da asr (Kitab Hidayatussalikin), kelakar celoteh ustaz tu..


(Kitab Sabiilal muqtadi, Hidayahtussalikin, Kitab Matla' Badriin)

Ni la kitab yang termampu beli dengan wang yang mak dan ayah kasik.. kena pandai-pandai bajek, nanti nak blanja beli barang-barang dapur plak..('',)



Sekian, Wallahua'lam..