Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

.. Takziah buat abangku, kak ipar.. Mohd Anuar b. Abdullah& Roslinawati Yunus..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Sesuatu yang tidak diduga... sesuatu yang diluar dugaan manusia... tiada siapa yang mahu ia berlaku.. namun Allah tetap akan menguji hamba-hambaNya untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan padaNya...


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam 2.55 minit.. ana berada di surau insaniah, membaca surat khabar melihat isu-isu terbaru...

Jam 3.07 minit.... titt,titt.. new message.




" Anakanda kami AMNI HUMAIRA' telah kembali ke RahmatulLah sebentar tadi"



Inna lillahiwainna ilaihiroji'un... terkaku, terdiam... air jernih daripada tubir mata hampir keluar..

Ya Allah, baru aje 2hari lepas ana tanya perkembangan Amni pada mak and mak cakap still macam tu... mak pun pesan suruh la ustaz-ustaz dan sheikh-sheikh kat sini tolong doakan untuk Amni.. Ana pun kate, insyaAllah...

SubhanAllah.. sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. Semoga Abang dan kakak iparku tabah dan sabar atas dugaan yang diberikan p
ada mereka... InsyaAllah.

"Ya Allah, rahmatilah mereka semua..."




Walaupun ku xsempat melihat senyumannya, aku bersyukur kerana dapat melihat wajahnya..
Amni, maksu akan merinduimu... semoga Allah merahmatimu.. InsyaAllah.

Monday, December 27, 2010

..Mohon doa kalian untuk anak buahku..

Bismillahirrahmanirrahim...

Asalamualaikum w.b.t....

Mungkin sedikit terlambat ana publishkan post ini.. tapi ana amat mengharapkan doa kalian.. kepada sesiapa pun yang membaca post ini, ana berharap kita sama-sama memohon pertolongan padaNya.. moga-moga kalian dirahmati Allah S.W.T..



Ini adalah anak buah ana yang baru dilahirkan pada 13/12/2010.. yang bernama Amni Humaira' binti Mohd Anuar.. Menghidap penyakit HIE grade3.. Ana kurang pasti mengenai penyakit ini.. Hanya itu yang dikhabarkan oleh abang ana.. Masih di Hospital Besar Kuala Terengganu dalam bilik NICU.. until now, she does not showing any reflex yet.. please.. all of you..

Solat hajat dan mohon doa bersama-sama...

Syukran jiddan/terima kasih semua..

Friday, July 9, 2010

..Dah terlambat..


Bismillahirrahmanirrahim..


Lupa ingin mengkhabarkan kedatangan anak buah baru 31 Mei 2010. Jahat sungguh mak sedaranyanya ni.. Akakku dah habis 40 hari pun, baru nak wat keluar..(-_-')


Gambar tak jelas mana, 1.3 mega pixels aje.. nama Najwa Syafiqah. Sebijik macam muka akak die yang kedua..




Inilah, akaknya yang kedua, Najwa Solehah. Manja sangat-sangat. Taknak dengan orang pun, ibu dengan walid die aje la.. Mane tak sama muka dengan adiknya, dah mase akakku mengandung, asyik dukung die aje.. berat solehah ni.. macam mane akakku boleh dukung die?(n_n).

Yang ni akak die yang sulong, Najwa Sofiyyah. tapi ni gambar lame.. Lupa nak snap gambar terbaru..('',) Semoga mereka semua menjadi anak yang solehah. insyaAllah, aminn..

Semua perempuan, takde rezeki lagi nak dapat lelaki.. insyaAllah ade la rezeki nanti..

Sunday, March 14, 2010

.. Anak buah bertambah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 12 haribulan 3 tahun 2010.. maka lahirlah seorang baby comel ke dunia ini.. maka bertambahlah anak buahku, menjadi tujuh kesemuanya.. dan penantian untuk bulan 5 pulak.. kak ummiku sedang memikul anaknya bawa ke mana sahaja.. insyaAllah..

Semoga si kecil ini akan menjadi anak yang solehah pada ibunya.. dan menjadi mujahidah yang unggul suatu hari nanti... insyaAllah..



Ibunya bercadang untuk memberi nama, Nur Hanan Insyirah..






MasyaAllah.. sedih sangat nasyid ni.. mendayu-dayu.. anak solehah.. solehahkah aku pada kedua-dua ibubapaku?? Impianku.. insyaAllah..

Tuesday, December 22, 2009

Permata Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maal Hijrah..

Dah lame rasenya xpostkan sesuatu yang berfaedah dlm blog ni, entah kenapa semangat seolah2 melayang mencari punca, jari tak kuat untuk menekan papan kekunci, akal seakan2 hilang idea untuk menulis.. puncanya? ana sendiri pun xtahu.. hari sabtu baru2 ni, ana baru balik kem anak soleh kat basung, kuala berang(sebagai fasi).. adik2 lingkungan umur 10-12 taun yg menyertai.. mcm2 kerenah dan ragam ade.. teringat zaman kecik2..

macam2 soalan ditanya, "ustazah2, bakpe Allah cipta itu,ini.. macam2 yang baik, yg mengarut sumer ade.. biasalah budak2 memang nak tahu banyak perkara.. termasuk la pertanyaan ini, ustazah, dah kawin ke??.. tergelak ana dan sahabat ana dgr soalan 2...



(Semasa praktikal solat)

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.. pepatah yang sering didengari.. program2 seperti kem anak soleh dan sebagainya adalah salah satu jalan untuk mentarbiyah anak2.. Ibu bapa sangat2 memainkan peranan penting dalam mendidik anak2 kerana mereka lebih kerap menghabiskan masa bersama2.. Tapi, ade juga ibu bapa yang hanya melepas tangan dengan menyerahkan anak mereka kepada pengasuh atau guru2 disekolah untuk mendidik anak2 mereka.. bagi mereka mendidik adalah tugas seorang guru, mereka pula sibuk mencari rezeki, sehingga anak2 mereka terabai.. Bila dipanggil kesekolah setelah menerima laporan disiplin anak2, mula lah menyalahkan guru.. Anak2 sekarang juga semakin pintar, hebat melakonkan watak baik dihadapan ibubapa, bila dipanggil pihak sekolah, habis2an membela anak/cucu kesayangan mereka.. sayang berpada2.. Memiliki zuriat yang soleh dan solehah impian setiap ibu bapa, namun kesabaran dalam mendidik anak2 amatlah besar..

Bila anak adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalan2 mereka kecuali 3 perkara..
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Doa anak yang soleh



Ade x ibu bapa x sayang anak? em, kalu tak takkan ade yang sanggup buang bayikan? dalam lubang tandas pun nak sumbat.. mana hilangnya sifat kemanusiaan diorang?? yang buang anak ni sebenarnya, yang berzina.. bile dah kembung perut, berani la tanggung.. anak yang dikandung xberdosa, yang berdosa ibu bapanya.. si lelaki pun jenis yang suke ambil kesempatan, yg perempuan pantang dipujuk, dirayu.. percaya.. serahkan segala2nya... demi cinta kita.. anak2 kurniaan yang berharga daripada Allah, kenapa sia2kannya?? sedangkan ada orang yang siang malam berdoa dikurniakan zuriat..





Ana pun xsanggup nak tengok.. tegar bangat memperlakukan anak2 yang xberdosa ni macam ni..




Nauzubilahiminzalik.. Wallahua'lam.. peringatan bersama..