Tuesday, July 20, 2010

..Tenang, tegang, silih berganti...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...


Air laut ada ketikanya tenang, ada masa geloranya bisa menghancurkan. Air sungai yang mengalir jernih boleh jadi tiba-tiba menjadi keruh dengan arus yang deras secara tiba-tiba. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa juga bisa bertukar ganas menumbangkan pepohonan. Bumi yang berputar tenangpun bisa bergegar dan menenggelamkan isi perutnya. Unsur-unsur alam ini menjadi tanda bahawa ketenangan dan ketegangan itu sentiasa silih berganti. Itu adalah satu aturan Tuhan yang cukup menakjubkan.

Begitu juga dengan manusia. Kita punya hati yang sentiasa berbolak-balik. Ada kala kita merasa bahagia, aman, tenteram dan tenang. Siapa tahu, tiba-tiba hati yang sama bisa menjadi keliru, bergolak, tegang dan kacau. Sememangnya silih berganti, antara dua keadaan yang berbeza. Kita harus bijak dalam menangani apa jua keadaan yang kita hadapi, baik tenang mahupun tegang. Selalunya ketegangan bisa membawa kepada kehancuran dan kerosakan, tetapi siapa tahu ketenangan juga bisa mengundang kebinasaan andai kita terleka dan lalai.

Ketenangan dan ketegangan ada sumbernya masing-masing. Manusia sentiasa mencari sumber ketenangan. Kalau ada yang mencari sumber ketegangan, itu hanya untuk diletakkan ke atas orang lain, bukan dirinya sendiri. Penjenayah yang selalu menimbulkan ketegangan sekalipun, jauh di sudut hatinya tetap menginginkan ketenangan. Itu adalah lumrah, fitrah manusia yang tak mungkin berubah. Cumanya kita sering mencari sumber ketenangan yang sementara, tidak kukuh, rapuh dan mudah hilang.

Manusia diciptakan daripada tanah. Apabila kita lapar, kita mencari makanan yang semuanya tumbuh atau keluar daripada tanah. Buah daripada pokok yang tumbuh di atas tanah, nasi daripada padi yang juga daripada tanah, air yang keluar daripada permukaan bumi dan binatang-binatang yang makan hasil bumi. Dengan memenuhi keperluan tersebut, jasmani kita menjadi tenang. Jasad kita daripada tanah, maka ia akan menjadi tenang apabila ia kembali kepada tanah.

Sedangkan Ruh, ia ditiupkan daripada Ilahi ke dalam jasad manusia. Maka jika ruh ingin mencapai ketenangan, ia perlu kembali kepada penciptanya. Hanya itu sumber kebahagiaan. Kebahagiaan sebenar itu berkait dengan hati, maka kebahagiaan itu hanya diraih di sisi Ilahi. Manusia boleh berdalih bahawa dia mencapai ketenangan tanpa perlu pergantungan kepada Tuhan, namun sebenarnya hatinya sentiasa dirundung kekeliruan dan kerunsingan. Bagaimana mungkin dia mencapai kepuasan tanpa kembali kepada sumber kebahagiaan iaitu penciptanya sendiri?

Hal ini telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran:

"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: Ayat 28)

Ya, ketenteraman itu bersumber daripada Ilahi, kerana hadirnya kita ke bumi ini dengan izin-Nya dan daripada-Nya. Adapun sumber-sumber lain yang seolah-olah membawa ketenangan, semua itu sebenarnya hanyalah tipuan jika tidak bersumberkan Ilahi. Wang ringgit boleh memberikan ketenangan seketika. Namun semakin banyak yang kita kumpul, semakin kita risau kehilangannya dan semakin kita jadi tidak aman memikirkannya. Siang malam kita rasa terancam dan takut ada orang ingin mencuri atau merampasnya daripada kita.

Pangkat boleh memberikan ketenangan kepada kita. Namun semakin kita dinaikkan pangkat, semakin kita mengejar pangkat yang lebih tinggi untuk dipegang. Sampai kadang-kadang kita sanggup berbunuhan dan bertelingkah untuk mencapai matlamat tersebut. Hal ini mencabut ketenangan daripada kita bahkan juga orang lain. Hubungan cinta yang belum sah di luar pernikahan bisa memberikan secebis kebahagiaan, namun boleh jadi membawa kesengsaraan andai terlanjur perbuatan. Kita tak tenang memikirkan, takut kehilangan sedangkan si dia belum lagi milik kita. Kita tergantung dan terawang-awang. Namun jika kita bernikah demi mencari redha Allah, kebahagiaan luar biasa akan kita kecapi. Maka apalagi alasan kita untuk tidak kembali kepada Tuhan demi mencapai kebahagiaan, ketenangan?

Jika kita kembali kepada Tuhan, pasti ketenangan itu lebih kita rasakan sekalipun tatkala kita berada dalam ketegangan.

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang...

http://zulyunus.com

sumber: paksi.net..


p/s: alhamdulillah, siap jugak copy artikel orang.. hehe.. tak sempat nak updates sekarang ni sebab dah masuk Kolej Universiti INSANIAH.. nanti jadi universiti je, kolej tu takde dah, dah naik taraf..(n_n). Asif la kalu ade pengunjung, tekan sket KALAU ADE PENGUNJUNG tu..(-_-') yang datang tengok blog ni suram je, almaklumla, baru masuk belajar laptop tak beli lagi.. nak main internet kena pergi cc la...

Sedih jugak rayuan universiti tak dapat, mungkin kos yang kupilih tak sepadan dengan result yang tak berapa nak gempak.. wallahua'lam, itu semua kerja Allah S.W.T.. tapi alhamdulillah dapat masuk Insaniah ni, mungkin ade hikmahnya.. Ya Allah, moga ini yang terbaik untukku, keluargaku, masa depanku, agamaku, moga diriku terdidik disini.. insyaAllah.

Wallahua'lam..

Friday, July 9, 2010

..Ketenangan itu milikMu Ya Rabbi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hamba mendambakan ketenangan
memohon kepada Tuhan
larut dalam kedinginan
asyik dalam rintihan
bersungguh menadah tangan
mengharapkan kurniaan

Ke manakah hilangnya ketenangan?
di manakah letaknya?
apakah masih tersisa pada jiwa yang kotor
atau terpahat pada jiwa yang suci?

Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
luarannya mungkin nampak perit
namun jiwanya lapang dan tenteram
hatinya khusyuk menyembah Ilahi
pada mata manusia kelihatan sempit
pada Allah boleh jadi dia yang tertinggi

Ketenangan, kebahagiaan
dua istilah pada satu jalan
buat pencari Tuhan
buat menemani perjuangan

Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
pada yang ikhlas mencari jalan

..Dah terlambat..


Bismillahirrahmanirrahim..


Lupa ingin mengkhabarkan kedatangan anak buah baru 31 Mei 2010. Jahat sungguh mak sedaranyanya ni.. Akakku dah habis 40 hari pun, baru nak wat keluar..(-_-')


Gambar tak jelas mana, 1.3 mega pixels aje.. nama Najwa Syafiqah. Sebijik macam muka akak die yang kedua..




Inilah, akaknya yang kedua, Najwa Solehah. Manja sangat-sangat. Taknak dengan orang pun, ibu dengan walid die aje la.. Mane tak sama muka dengan adiknya, dah mase akakku mengandung, asyik dukung die aje.. berat solehah ni.. macam mane akakku boleh dukung die?(n_n).

Yang ni akak die yang sulong, Najwa Sofiyyah. tapi ni gambar lame.. Lupa nak snap gambar terbaru..('',) Semoga mereka semua menjadi anak yang solehah. insyaAllah, aminn..

Semua perempuan, takde rezeki lagi nak dapat lelaki.. insyaAllah ade la rezeki nanti..

.. Akademi Al-Quran..



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam..

Alhamdulillah, tadi baru saje tengok rancangan yang diminati, Akademi Al-quran.. Bagi ana la, semua peserta adalah yang terbaik. Semuanya sedap mengaji. Ana pun minat bab-bab tarannum ni, cuma tiada peluang nak belajar. Suara pun tak boleh tinggi sangat, lain jadinya..('',)



Pernah la ada pengalaman bertarannum, tapi tak seberapa pun. ana gembira dapat belajar walaupun sedikit. Kalau ada peluang memang nak belajar tarannum.



Dalam Akademi Al-quran musim ke 4 ni, ana kagum la dengan adik Muhammad Ahmad Zahid, walaupun usia masih muda tapi dah bergelar hafiz, dan suaranya tak kurang hebatnya. Malam ni, alhamdulillah adik Muhammad dapat anugerah peserta terbaik. Adik Muhammad ni dah macam anak-anak arab dah. Mabruk pada kedua ibu bapanya yang dah berjaya menerapkan Al-quran ke dalam jiwa anak mereka sejak kecil. Pernah memenangi tempat pertama di Dubai, dan banyak lagi rasanya pertandingan yang adik Muhammad ni masuk.
Malam ni, saudara Abdul 'Alim yang tersingkir, mungkin kerana perasaan gemuruh memberi kesan pada persembahan yang ditunjukkan. Setiap kali tengok penyingkiran, sedih jugak sebab bagi ana semua sedap cuma adat pertandingan la, syarat-syarat yang lain pun kena tengok, kalau tak, kita tak tahu siapa pemenang terbaik daripada kalangan yang terbaik..
Apepun, jangan sedih bagi yang tersingkir, teruskan perjuangan. Semoga peserta-peserta akademi al-quran semakin bersemangat dan mantap. InsyaAllah. Teruskan perjuangan.



Sunday, July 4, 2010

..Tatkala hati ingin berbicara, tangan pun mula menaip..(n_n)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, akhirnya kerajinan nak menulis tu, datang jua. Sebelum ni, hanya bukak, tengok, jelajah blog orang, tutup. mood hilang..

Alhamdulillah, hari ini rasa nak menaip plak.

Selamat menyambung pengajian buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian bagi yang melanjutkan pelajaran di IPTA. Ana?? Biarlah rahsia, tengah belajar ke tengah tanam anggur lagi.

Lepas habis jadi guru ganti, dah kembali seperti kehidupan yang sediakala, pengurus rumah yang bertauliah. (ye sangat le tu..(-_-'))

Rindu nak jumpa anak-anak murid yang comel lote belaka. Kalau suruh buat aksi, macam-macam la gayanya.. Lepas sebulan ana tidak bergelar cikgu..

"Assalamualaikum, cikgu.."

" Waalaikumsalam, em.. sape ni ye?

"Oloh cikgu ni, baru je sebulan dok kenal doh ke suara sedap ni?

"Adoyai.. cikgu mana la perasan suara sape.. jap, cikgu teka.. aqilah?

"Bukan, marsyitah la cikgu.."

"Ooo, budak comel ngan suke nangis tu ye?

"Olo, cikgu ni....."

"Elele, gurau je la.."

" Cikgu, biler nak mari sining?"

"Wat pe cikgu pegi sekolah?"

"Mari je la... cikgu duk congok kat pintu pagar takpe doh"

"Haha, takde keje?"

"Doh nak tengok cikgu.."

"Em, insyaAllah la, ade mase cikgu pegi la, sibuk sket lening.."

"Sibuk wat pe? ke dah nak........tutt..tuttt(siaran terganggu)

" Ish, kamu ni, cikgu belajar tak habis lagi.. bla, bla, bla"


Maka kenalah ceramah free, anak muridku ini.. hehe, sape suruh sentuh bab cintan cintun ni..





Ape yang nak di highlightkan disini, ana merindui anak-anak murid ana...


p/s: Semoga ana lulus test kereta kali kedua hari selasa ni, terkandas dekat bukit, automatik parking pun tak boleh buat. Masa buat latihan ok jer, bile test mengundur plak kereta ni.. Abang ana cakap, lain kali bukak pintu kereta tahan dengan kaki.. lawak jugak abangku ini.. boleh la aplikasikan ape yang abang ana bagitau ni..(n_n)v