Wednesday, May 18, 2011

..Bila nak siap??..

Assalamualaikum...



Bila dia TIADA dekat dengan rumaisa,

Rumaisa tercari-cari,

Bila dia masuk ICU,

Rumaisa cukup bimbang,

Bila dia kena serang dengan TROJAN,

Rumaisa ikhtiar cari ubatnya setelah puas gabra tak tentu fasal,

Bila dia telah banyak HILANGKAN benda-benda penting,

Rumaisa susah hati,

Bila dia dah lame KOMA,

Rumaisa berdoa..

Ya Allah, jangan la bagi LAPTOPKU rosak.. banyak fail-fail dan kertas kerja penting dalam tu.. belum cukup setahun usia laptop kesayanganku itu, hadiah daripada ayah. sungguh baik TROJAN kerana makan hard diskku.. kecuaian diri sendiri juga..(=_='').






Wahai abangku saiful anuar, bila nak siap repair my laptop??

Thursday, May 12, 2011

..Heart..


Bismillahirrahmanirrahim walhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t..

Salam penuh mahabbah, salam penuh barokah, salam buat semua.. sudah lama benar merasakan diri ini menyepi membiarkan blog ini seolah-olah tidak bernyawa tanpa kehadiran posting-posting yang terbaru.. Rumaisa ingin membuat sedikit perkongsian buat semua yang sudi membaca tatapan ini..


Jagalah HATI..
Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa IKHLAS.
Hati bukan sahaja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai seseorang itu secara keseluruhan.
Hati milik kita bersama. Ia terletak dalam kerangka jasad tubuh kita. Kita hendaklah menjaga dan menggilapnya hingga BERCAHAYA. Hati yang bercahaya memapar wajah sebenar diri kita.

Kata Imam Al-Ghazali:
Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran,
Jika kamu tak ketemuinya,
cari hatimu ketika mengerjakan solat,
Jika tidak ditemui,
Cari hatimu ketika duduk tafakur..
Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah.
cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.
Ingat mati akan memendamkan rasa nikmat melakukan maksiat.
Jika mati pun belum dapat mengingatkan kita, maka berdoalah kepada Allah agar dikurniakan 'HATI' yang lain kerana hakikatnya kita sudah tidak mempunyai hati lagi.
Berhati-hatilah menjaga hati,
Jangan sampai kita kehilangannya...