Friday, July 29, 2011

.. Ahlan Ya Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, dapat juga update blog harini dengan kudrat yang Allah berikan... Setelah selesai program kolokium ulama' muda kebangsaan (kokum) seminggu yang lalu, Allah telah mengurniakan sakit sebagai kaffarah dosa-dosa lalu.. alhamdulillah..

Demam kokum ke akak??
Ha'ah, demam kokum...^_^.... demam tambah plak dengan lelah... semput, penyakit sejak kecik..

Alhamdulillah, tak lama lagi kita akan masuk ke gerbang Ramadhan Kareem... tidak sabar rasanya, suasana bulan ramadhan lain daripada bulan-bulan biasa, redup, tenang, semua ada.. Allahumma balligna fi ramadhan... doa jangan tak doa, dah tak lama lagi tapi mana nak tahu jika tak sempat sampai pada ramadhan kali ini... diri ini berharap sangat-sangat ramadhan kali ini akan dapat kuhargai sebaik mungkin... insyaAllah.


Bulan yang lazimnya orang berebut melakukan amal ibadah tidak kira tua atau muda. Bulan dimana ramai manusia mengubah perkara yang buruk dalam diri kepada kebaikan. Bulan tarbiah..


Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud : "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.


Satu perkara perlu kita ingat sentiasa... syaitan dibelenggu namun sahabat karibnya nafsu sentiasa bersama kita. Syaitan telah titipkan tugasnya kepada sahabatnya itu untuk terus menggoda keimanan manusia.Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa, jika tiada maka sia-sialah amalan yang dilakukan.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Teringat pula waktu zaman kecik-kecik dahulu...


Anak-anak dara sibuk didapur menolong ibu membuat kueh raye, ade seorang budak kecik ni, pantang orang tak bagi tumpuan kat dia aje, ada kueh yang masuk mulut...

Nabila, puase tak?? si ibu bertanya...
Posyer-posyer... tersemburlah saki baki kueh yang ada dalam mulut si kecik...
Si kecik sengih tak bersalah.... Mak senyum aje..


Dulu diajar puasa setengah hari, bila makin besar, kenalah puasa penuh.. tak boleh curi-curi makan lagi...^_^






Saturday, July 9, 2011

.. Jom pakat mai KEDAH ..


TENTATIF Penuh PROGRAM Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM)



19 Julai 2011 (Selasa)

7.45- 8.30malam : Kuliah Maghrib : Johan Imam Muda II sdr. Hassan Adli bin Yahaya@Yahuza
Tajuk : Generasi Celik Agama,Antara Keperluan & Kewajipan


9.00-11.30mlm : Ulama' Di Hati oleh:Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin
( Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Asia Tenggara)
Tajuk : Permerkasaan Ulama' Masa Kini


20 Julai 2011 (Rabu)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 1
Ust Hj Mutalib Maarof
(Pengasas An-Nahdhoh, K.Semang, P. Pinang).
Tajuk: Syahadah dan tuntutannya.

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mengeja jawi (saringan)
7.00-8.45mlm : Solat
: Kalam Tuhan
Ust. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin
(Pemenang AQ Musim Ke-3)

9.00-11.30mlm :Tinta Ulama' oleh : Dato' Dr Hj Haron Din
(Pendakwah Bebas)
Tajuk: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan "bersama Pusat Komuniti INSANIAH"


21 Julai 2011 (Khamis)

4.00-5.30 pg : Qiamullail Airmata Ulama’ oleh Ust Zainal Asri Bin Romli (Paklong Zainol)
(Pendakwah Bebas)

5.30-7.00 pg : Solat Subuh / tazkirah Ust Zainal Asri Bin Romli (Pendakwah Bebas)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 2 oleh : Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tajuk : “ Prinsip-Prinsip Penting Ilmu Tarekat ”

4.30-5.00ptg : Solat

5.00-7.00ptg : Pertandingan (kalah mati) Mengeja Jawi
7.45-8.30mlm : Solat & Bacaan Yasin oleh : Ust Ahmad Nasir Bin Hj Awang
(Pensyarah Kuin)

9.00-11.30mlm : Wacana Ulama’ Muda
Tajuk : Pemuda masa kini – antara realiti dan harapan.
Panel : Ust. Nasaruddin Hj Hassan at Tantawi (Pendakwah bebas)
Ust. Ahmad Izzat Hj Shauki

22 Julai 2011 (Jumaat)

9.00-10.30pg : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

10.30-11.00pg : Rehat

11.00pg-12.00tghari : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

12.00tghari-2.30ptg : Bicara Muslimat

Tajuk : Saidatina Khadijah: Hanya Tinggal Kenangan
Moderator : Ustazah Nurul Nazuha Hazizan ( Timbalan Dekan HEP)
Panel : Ustazah Nurul Syuhada (Pendakwah Bebas)
: Dr. Rosni Adam (Pengarah NISA’ Malaysia)
: Usatazah Mumtaz Md.Nawi
(Senator Kerajaan N.Kelantan)

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 3 oleh : Ust Sharhan Syafie
(Pengasas Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani)
Tajuk: Perubatan Islam

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mari Mengeja Jawi (Final)
Tajuk pidato: ‘Ulama Pencetus Tamadun Dunia’

7.45-8.30mlm : Solat & Sentuhan Qalbu
Zikir & Tarannum oleh :Ust. Othman Bin Ibrahim (Pendakwah Bebas)

9.00-11.30mlm : Generasi Ulama' Muda oleh : Ustaz Hafiz Bin Haji Mustafa Lubis
(Pendaftar maa`had Derang, Kedah)
Tajuk: Pemuda Cerminan Al-Quran


23 Julai 2011 (Sabtu)

9.00-9.45pg : Ucaptama Seminar oleh: Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin
(Timbalan Mufti Negeri Kedah)
Tajuk : Ulama’ Pencetus Tamadun Dunia

9.45-10.45pg : Pembentangan Kertas kerja 1
Sultan Muhammad Al-Fateh :Ust Syaari Ab. Rahman
(Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy)

10.45-11.45pgi : Pembentangan kertas kerja 2
Burhanuddin Helmy: Yang Berhomat Ustaz Nasir Zakaria

11.45-12.00 tengah hari : Rehat

12.00-1.00ptg : Pembentangan kertas kerja 3
Merdeka: Peranan & Sumbangan Ulama’: Ust Ridhwan Mohd Noor
(Pengarang “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”)

1.00-2.00ptg : Pembentangn jertas kerja 4
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Ust Asri Bin Daud (KETUA JABATAN MUAMALAT KIAS)

2.00-2.45ptg : Rehat

2.45-3.45ptg : Pembentangan kertas kerja 5
Cabaran & Persediaan Generasi Muda Islam : Dr. Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah UKM)

3.45-4.45 ptg : Pembentangan kertas kerja 6
Peranan Ulama' dan Umara' dalam membina tamadun : Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor
(Ketua Pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia)

4.45-5.15ptg : Solat

5.15ptg-7.00mlm : Majlis Perasmian Penutup Kolukium Ulama’ Muda Kebangsaan ( KokUM 11)
Dirasmikan oleh: Y.A.B Menteri Besar Kedah

9.00-11.30mlm : Konsert Amal Di Ambang Ramadhan sempena KokUM '11

**semua slot adalah percuma kecuali Seminar Kertas Kerja..
maklumat lanjut hubungi : Mohd Saifol Fairuz Othman (019-5086281)
**untuk seminar boleh hubungi Mohd Anas Akram Bin Zainuddin (019-5527681)

Friday, July 1, 2011

..Only want to share^_^..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua.. apa habaq?? harap semuanya sihat belaka, ucaplah syukur padanya kerana mengurniakan kesihatan yang baik pada kita semua.. alhamdulillah..

Agak-agak ape perkongsian kali ini ya?? mungkin perkongsian ini membosankan.. jadi kepada yang tidak berminat, sila tinggalkan ruangan ini segera... harap maklum(~_^) amaran keras!





1.Al-Adab wa Al-Balaghah
2. Al-Ahwal Al-Syakhsiyyah
3. Al-Fiqh Muqoron 2
4. Al-Fiqh 2
5. Reading and Writing for Academic Purposes
6. Penal Code



Apakah ini?? inilah madah-madah dan subjek-subjek yang akan diambil oleh rumaisa semester hadapan. Alhamdulillah, buka pengajian ini, rumaisa sudah pun tahun dua semester 3. Nampaknya makin mencabar madah semester hadapan. Rasa macam tak sabar, takut pun ada sebab ade madah yang agak sukar bagi rumaisa. Ape-ape pun, perjuangan perlu diteruskan. Siapa tahu pembelajaran kali ini lebih seronok dan mudah difahami.. insyaAllah. Belum cuba belum tahu..

Semoga Allah memudahkan segala urusan rumaisa.. aminn..

Alhamdulillah, result semester 2 juga baik... rase syukur, syukur, syukur alhamdulillah.



---->> Pesan rumaisa pada diri: gandakan usaha, jangan malas, katakan tidak pada STUDY LAST MINUTE..