Friday, December 25, 2009

Munajat Cinta??

Bismillahirrahmanirrahim....

Apesal plak ngan entry kali ni?? adakah diri ini terpengaruh ngan citer indonesia yang terbaru ni??
erm, mungkin kot.. (xpatut2..) ana cuma tertarik ngan jalan ceritanya saje, jalan ceritanya lebih kurang same ngan filem ayat2 cinta... mengenai pengorbanan seorang perempuan.. mungkin ana kurang sesuai/ ngak pantas berbicara mengenai soal rumah tangga memandangkan umur ana yang baru nak mencecah 20 tahun.. (tahun dpn masuk la 20).. almaklum la, bknnya tahu sangat bab2 ni..


Dengan alunan lagu "takkan berpaling dariMu" musik yang slow je, dapat membuat penonton menyelami lakonan yang dilakonkan untuk bahagian2 yg tertentu.. (termasuk org tgh nulis nih)..

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasaMu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

T’rima kasihku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
S’lalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari-Mu

(sajer je, nak panjangkan post)


Brapa ramai wanita diluar sana yang sanggup berkongsi kasih dengan hati yang benar2 rela?? walaupun mereka rela, bohong andai kata mereka mengatakan mereka tidak cemburu walau sekelumit pun..sekarang banyak penceraian yang berlaku, dan itu amat2 lah disukai oleh musuh utama, syaiton... sebab tu la, sebelum melalui alam perkahwinan kena siapkan diri dengan segala ilmu.. (cakap macam dah ader pengalaman.. huhu)..




(Baitul muslim idaman qalbu...)

Ok la, xnak ulas panjang2 bab nih, takut mengarut plak jadinya... mengenai soal ini, ana takut untuk berbicara mengenainya.. kegusaran bertandang dilubuk hati... (takut dan bimbang sbb pe ye? em, segala2nya) biarlah Allah yang menentukan segala2nya.. ape yang diperlukan saat ini, hanyalah CINTA ALLAH....

Cintakan bunga, bungakan layu,
Cintakan manusia, manusia akan pergi dan sangat mengecewakan..
Cintakan Allah, tdk mengecewakan dan selama2nya bahagia............


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ana ingin kongsikan ape yang ana baca dalam majalah ANIS..( oleh:Abu Saif)

TATKALA MENITI USIA BERSAMA...

Keindahan rumah tangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah SAW dan isteri baginda dalam menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.

"Assalamualaikum", sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

"Waalaikumsalam. Abang tolong petik susi kipas tu", jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang..

"Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang ina minum petang tadi. Banyak kafein"' adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

"Ayang ade nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak atas almari ini", jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai dijari. Tatkala itu, bicarabya panjanag2. Selang seminit ada sahaj gurau senda yang meecah tawa. Itu seni berbual pada musim bulan madu.

Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi2nya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir2 baru yang menambah warna hubungan suami isteri. Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku diantara suami isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat2 harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata2 hariannya kepada pasangan??

Arahan?
Suruhan?
Larangan?
Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara pada minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ailah 'arahan' biarpun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

"Amboi, cerianya muka abang. Ada berita baikkah?" si isteri memperlihatkan kepekaannya 'membaca' suami.

"Oh, tiada apa-apa. Projek abang sudah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang", balas si suami. Bijak mewujudkan 'berita baik' walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri.

"Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau dalam tidur," tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua2nya. Si suami biarpun sudah 10 tahun berumah tangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum2 berdiri dibawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.

DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini :

"Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan.. Rasa bengkak tangan ni dibuatnya," kata isteri sambil menunjukkan tangannya.

Suami hanya menjeling hujung mata.

" Jadi minggu depan you balik kerja lewatlah ya?" tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

"Agaknya,"balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.
Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua2nya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing2 gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.

TELADAN NABAWI

Pernah pada suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh 'Abbas al-'Aqad di dalam ' Abqariah al siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh Aisyah rha. Syair berkenaan dipelajari oleh Aisyah daripada bapanya, Abu Bakar al-Siddiq r.a.

"Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah SAW memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda SAW mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu Aisyah datang dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah2 teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah bertanya, " Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?"

Aisyah menjawab, "Diriku merenung wajahmu , dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku.. Sekiranya Abu Kabir al- Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak akan syairnya."

Baginda bertanya lagi," Apakah yang dia katakan?"

Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

"Tidak berbekas padanya (kebudak2an) susuan ibu atau sakit yang melarat,
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri2,
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar."

Baginda Rasulullah SAW tatkala mendengar syair itu terlepas apa yang ada di tangan baginda (kerana teruja), bangun lalu mencium dahi Aisyah dan berkata," Kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!"( Boleh rujuk Rahmat-ul-lil-Aalameen)

Catatan itu begitu indah menggambarkan keintiman hubungan antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana Aisyah menggunakan kuasa kata2 syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!!

Keindahan rumah tangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah SAW dan isteri baginda dalam menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.


~Post ini, lebih ditujukan kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan bakal memasuki alam ini.. Andai hubungan sesama pasangan baik, alhamdulillah.. Jika tidak, fikir2kanlah.. Mungkin ade kekurangan atau kesilapan dimana2, islam itu indah segala yang berlaku dlm rumah tangga boleh dibawa berbincang, andai sesama mereka ade sifat tolak ansur dan memaafkan kesilapan pasangan.. =).. Wallahua'lam..






No comments:

Post a Comment