Sunday, July 4, 2010

..Tatkala hati ingin berbicara, tangan pun mula menaip..(n_n)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, akhirnya kerajinan nak menulis tu, datang jua. Sebelum ni, hanya bukak, tengok, jelajah blog orang, tutup. mood hilang..

Alhamdulillah, hari ini rasa nak menaip plak.

Selamat menyambung pengajian buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian bagi yang melanjutkan pelajaran di IPTA. Ana?? Biarlah rahsia, tengah belajar ke tengah tanam anggur lagi.

Lepas habis jadi guru ganti, dah kembali seperti kehidupan yang sediakala, pengurus rumah yang bertauliah. (ye sangat le tu..(-_-'))

Rindu nak jumpa anak-anak murid yang comel lote belaka. Kalau suruh buat aksi, macam-macam la gayanya.. Lepas sebulan ana tidak bergelar cikgu..

"Assalamualaikum, cikgu.."

" Waalaikumsalam, em.. sape ni ye?

"Oloh cikgu ni, baru je sebulan dok kenal doh ke suara sedap ni?

"Adoyai.. cikgu mana la perasan suara sape.. jap, cikgu teka.. aqilah?

"Bukan, marsyitah la cikgu.."

"Ooo, budak comel ngan suke nangis tu ye?

"Olo, cikgu ni....."

"Elele, gurau je la.."

" Cikgu, biler nak mari sining?"

"Wat pe cikgu pegi sekolah?"

"Mari je la... cikgu duk congok kat pintu pagar takpe doh"

"Haha, takde keje?"

"Doh nak tengok cikgu.."

"Em, insyaAllah la, ade mase cikgu pegi la, sibuk sket lening.."

"Sibuk wat pe? ke dah nak........tutt..tuttt(siaran terganggu)

" Ish, kamu ni, cikgu belajar tak habis lagi.. bla, bla, bla"


Maka kenalah ceramah free, anak muridku ini.. hehe, sape suruh sentuh bab cintan cintun ni..





Ape yang nak di highlightkan disini, ana merindui anak-anak murid ana...


p/s: Semoga ana lulus test kereta kali kedua hari selasa ni, terkandas dekat bukit, automatik parking pun tak boleh buat. Masa buat latihan ok jer, bile test mengundur plak kereta ni.. Abang ana cakap, lain kali bukak pintu kereta tahan dengan kaki.. lawak jugak abangku ini.. boleh la aplikasikan ape yang abang ana bagitau ni..(n_n)v

4 comments:

  1. nice.bestnye jadi guru ganti.
    kite tak pernh merasa :(

    ReplyDelete
  2. Begitulah dunia guru. Terhibur dengan celoteh anak-anak murid. Namun ada kalanya pening dengan perangai mereka. Baguslah, awak sudah ada pengalaman jadi cikgu. Dalam masa yang singkat, mungkin awak tidak mengalami saat-saat getirnya insan bernama cikgu. Apa pun tahniah buat awak kerana berjaya meletakkan diri awak di hati anak-anak murid awak.

    p/s -Hmmm, dulu saya pun kandas pada bahagian naik bukit juga. Erk..lain kali minta tolong pegawai JPJ yang menguji awak tu tolak kereta tu naik bukit...heheh..

    ReplyDelete
  3. anis: em, memang seronok,ade peluang jangan lepaskan plak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Mesintaip:

    Betul tu, memang cukup terhibur dan kadang2 amat memeningkan.. Alhamdulillah, kerana dapat pengalaman yang bermakna ni. saat-saat getir? macam mana ye? memang sy xsempat mengalami saat itu. Bukan cita-cita, tp wallahua'lam la jika suatu hari nnti mmg ditakdirkan jadi seorang guru, tengok mak dan ayah kerja seorang guru pun cukuplah...

    p/s: hehe,saya dah elok dh naik bukit, tayar masuk dlm petak kuning, nak turun bukit tu, mengundur plak dah, tensyen kejap. hehe..

    ReplyDelete