Friday, May 21, 2010

.. Perkongsian Semata ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar iman kita hari ini?
Sama seperti semalam?
Mungkin lebih baik daripada semalam..
Hanya suka-suka nak mengupdate blog ini..
Jadi, ana kongsikan sedikit kata-kata buat tatapan semua..
(kalau ada yang baca blog ni..(n_n)v
"Apabila kita hidup hanya untuk kita.
Hidup amatlah singkat.
Bermula dari bermulanya kita dan
berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup selain daripada kita,
hidup kerana fikrah.
Sesungguhnya hidup akan panjang dan mendalam.
Bermula daripada bermulanya kita
dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.
Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini,
Kita akan sempit dada menghadapi kematian
(kerana perjuangan belum mencapai matlamat)
Ingatlah.
Bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang..
Salam perjuangan..
~ Buat Ustaz Muzani dan pasangannya Ustazah Siti Norul Aini Hasmidar, Selamat Pengantin
Baru.. semoga bahagia hingga ke syurga.. Jagalah yu dengan baik. Ana tumpang gembira dengan perkahwinan antuma..
Ustaz muzani orang pertama batch Kostaq(2003)yang mendirikan masjid. Siapakah yang akan mengikut jejak langkahnya?? hehe.. kita tunggu dan lihat..(^_^)
~Bila agaknya nak lepas lesen ye? Arini amali kereta, wat parking.. ana langgar satu tiang. Teruskan pemanduan, dan buat-buat tidak tahu.. senyum..(n_n')walaupun, jantung macam nak luruh..

2 comments:

  1. wa..mantap2.. buat sendiri ke puisi kat atas tu? =)

    btw.. la.. ni drift ni main langgar2 tiang..nasib baik tiang kat wimozad tu dah buruk2 semua..hehe.. ana doakan Naila lulus la ujian JPJ nnti.. =P

    ReplyDelete
  2. ish... ana bkn seorang yang berpuitis.. hehe.
    tu adalah ciplak drpd mesej sahabat ana..

    em, mmg mase nk pusing tu laju, sbb 2 langgar tiang..(n_n)v.
    Aminn... insyaAllah..

    p/s: parking alhamdulillah, dh dapat wat..=)

    ReplyDelete