Monday, May 31, 2010

.. Sungguh sopan orang melayu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..


Petang semalam ana bersama mak kesayangan pergi ke sebuah kedai(tempat femes). Hajat dihati ingin membeli hadiah untuk anak-anak murid kesayangan yang mendapat A dalam subjek science.


Oleh kerana lama tidak ke bandar (ayat yang skema(n_n)v), maka suasana dibandar terasa amat kekok sekali. Dengan langkah yang penuh yakin ana menuju ke dalam perut kedai tu..('',)


Ana naik ke tingkat atas, mencari-cari hadiah yang sesuai buat anak-anak murid kesayangan. Habis tingkat atas ana pusing. Confuse nak bagi tabung ke kotak pensil. Last-last, ambik 3 tabung yang comel lagi cute, bior budak-budak ni rajin simpan duit.


Lepas tu, turun tingkat bawah nak bayar la. Aduh, kok barisannya panjang-panjang siyh?? Tengok punya tengok, nampak satu barisan tak berapa nak panjang. Ana pun pergi la beratur.


Tiba-tiba....


Datang la seorang mamat ni, die cari barang dekat-dekat je dengan lorong yang ana beratur.(bahagian deodorant). Lepas tu, die nak bayar la kan. Terus je masuk depan ana, duduk kat makcik depan ana yang tengah bayar barang-barang. Lepas makcik tu, ana la kan..


Ingatkan die anak makcik tu.. rupanya, takpun. Dengan wajah yang selamber je die tengok ana. Ai, nak kena mamat ni.. maybe die nampak ana ni, jenis slow... Itu yang berani jer. Udahler pakai subang sebelah, seluar pendek.. Menyakitkan hati dan mata betul.


Kalau ana ni tak ader perasaan malu, dah lame dah mamat ni kena sound.. Allahuakbar, sabau je la.. nak buat macam mane lagi.. Assuqut a'lamatu ridho' aje(diam tanda setuju bukan setuju die potong barisan, tapi sebab haya')


~Walaupun barang yang dibeli satu je, beratur la.. hormat orang lain... Amalkan sifat hormat menghormati, insyaAllah anda akan turut dihormati oleh orang lain.. sekian. Wallahua'lam. Bukan amarah, bukan cacian, hanya untuk ingatan bersama-sama..

2 comments:

  1. ni macam kat pasar raya mydin jer nih

    =)

    sabo3 k.. kuatkan azam utk terus beratur ^_^

    ReplyDelete
  2. memang kat mydin pun..
    pandai sungguh.. =)

    ReplyDelete