Tuesday, July 20, 2010
..Tenang, tegang, silih berganti...
Assalamualaikum w.b.t...
Air laut ada ketikanya tenang, ada masa geloranya bisa menghancurkan. Air sungai yang mengalir jernih boleh jadi tiba-tiba menjadi keruh dengan arus yang deras secara tiba-tiba. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa juga bisa bertukar ganas menumbangkan pepohonan. Bumi yang berputar tenangpun bisa bergegar dan menenggelamkan isi perutnya. Unsur-unsur alam ini menjadi tanda bahawa ketenangan dan ketegangan itu sentiasa silih berganti. Itu adalah satu aturan Tuhan yang cukup menakjubkan.
Begitu juga dengan manusia. Kita punya hati yang sentiasa berbolak-balik. Ada kala kita merasa bahagia, aman, tenteram dan tenang. Siapa tahu, tiba-tiba hati yang sama bisa menjadi keliru, bergolak, tegang dan kacau. Sememangnya silih berganti, antara dua keadaan yang berbeza. Kita harus bijak dalam menangani apa jua keadaan yang kita hadapi, baik tenang mahupun tegang. Selalunya ketegangan bisa membawa kepada kehancuran dan kerosakan, tetapi siapa tahu ketenangan juga bisa mengundang kebinasaan andai kita terleka dan lalai.
Ketenangan dan ketegangan ada sumbernya masing-masing. Manusia sentiasa mencari sumber ketenangan. Kalau ada yang mencari sumber ketegangan, itu hanya untuk diletakkan ke atas orang lain, bukan dirinya sendiri. Penjenayah yang selalu menimbulkan ketegangan sekalipun, jauh di sudut hatinya tetap menginginkan ketenangan. Itu adalah lumrah, fitrah manusia yang tak mungkin berubah. Cumanya kita sering mencari sumber ketenangan yang sementara, tidak kukuh, rapuh dan mudah hilang.
Manusia diciptakan daripada tanah. Apabila kita lapar, kita mencari makanan yang semuanya tumbuh atau keluar daripada tanah. Buah daripada pokok yang tumbuh di atas tanah, nasi daripada padi yang juga daripada tanah, air yang keluar daripada permukaan bumi dan binatang-binatang yang makan hasil bumi. Dengan memenuhi keperluan tersebut, jasmani kita menjadi tenang. Jasad kita daripada tanah, maka ia akan menjadi tenang apabila ia kembali kepada tanah.
Sedangkan Ruh, ia ditiupkan daripada Ilahi ke dalam jasad manusia. Maka jika ruh ingin mencapai ketenangan, ia perlu kembali kepada penciptanya. Hanya itu sumber kebahagiaan. Kebahagiaan sebenar itu berkait dengan hati, maka kebahagiaan itu hanya diraih di sisi Ilahi. Manusia boleh berdalih bahawa dia mencapai ketenangan tanpa perlu pergantungan kepada Tuhan, namun sebenarnya hatinya sentiasa dirundung kekeliruan dan kerunsingan. Bagaimana mungkin dia mencapai kepuasan tanpa kembali kepada sumber kebahagiaan iaitu penciptanya sendiri?
Hal ini telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran:
"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: Ayat 28)
Ya, ketenteraman itu bersumber daripada Ilahi, kerana hadirnya kita ke bumi ini dengan izin-Nya dan daripada-Nya. Adapun sumber-sumber lain yang seolah-olah membawa ketenangan, semua itu sebenarnya hanyalah tipuan jika tidak bersumberkan Ilahi. Wang ringgit boleh memberikan ketenangan seketika. Namun semakin banyak yang kita kumpul, semakin kita risau kehilangannya dan semakin kita jadi tidak aman memikirkannya. Siang malam kita rasa terancam dan takut ada orang ingin mencuri atau merampasnya daripada kita.
Pangkat boleh memberikan ketenangan kepada kita. Namun semakin kita dinaikkan pangkat, semakin kita mengejar pangkat yang lebih tinggi untuk dipegang. Sampai kadang-kadang kita sanggup berbunuhan dan bertelingkah untuk mencapai matlamat tersebut. Hal ini mencabut ketenangan daripada kita bahkan juga orang lain. Hubungan cinta yang belum sah di luar pernikahan bisa memberikan secebis kebahagiaan, namun boleh jadi membawa kesengsaraan andai terlanjur perbuatan. Kita tak tenang memikirkan, takut kehilangan sedangkan si dia belum lagi milik kita. Kita tergantung dan terawang-awang. Namun jika kita bernikah demi mencari redha Allah, kebahagiaan luar biasa akan kita kecapi. Maka apalagi alasan kita untuk tidak kembali kepada Tuhan demi mencapai kebahagiaan, ketenangan?
Jika kita kembali kepada Tuhan, pasti ketenangan itu lebih kita rasakan sekalipun tatkala kita berada dalam ketegangan.
berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang...
http://zulyunus.com
sumber: paksi.net..
p/s: alhamdulillah, siap jugak copy artikel orang.. hehe.. tak sempat nak updates sekarang ni sebab dah masuk Kolej Universiti INSANIAH.. nanti jadi universiti je, kolej tu takde dah, dah naik taraf..(n_n). Asif la kalu ade pengunjung, tekan sket KALAU ADE PENGUNJUNG tu..(-_-') yang datang tengok blog ni suram je, almaklumla, baru masuk belajar laptop tak beli lagi.. nak main internet kena pergi cc la...
Sedih jugak rayuan universiti tak dapat, mungkin kos yang kupilih tak sepadan dengan result yang tak berapa nak gempak.. wallahua'lam, itu semua kerja Allah S.W.T.. tapi alhamdulillah dapat masuk Insaniah ni, mungkin ade hikmahnya.. Ya Allah, moga ini yang terbaik untukku, keluargaku, masa depanku, agamaku, moga diriku terdidik disini.. insyaAllah.
Wallahua'lam..
Friday, July 9, 2010
..Ketenangan itu milikMu Ya Rabbi..
Bismillahirrahmanirrahim..
Hamba mendambakan ketenangan
memohon kepada Tuhan
larut dalam kedinginan
asyik dalam rintihan
bersungguh menadah tangan
mengharapkan kurniaan
Ke manakah hilangnya ketenangan?
di manakah letaknya?
apakah masih tersisa pada jiwa yang kotor
atau terpahat pada jiwa yang suci?
Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
luarannya mungkin nampak perit
namun jiwanya lapang dan tenteram
hatinya khusyuk menyembah Ilahi
pada mata manusia kelihatan sempit
pada Allah boleh jadi dia yang tertinggi
Ketenangan, kebahagiaan
dua istilah pada satu jalan
buat pencari Tuhan
buat menemani perjuangan
Ketenangan itu anugerah
diberikan pada yang terpilih
pada yang ikhlas mencari jalan
..Dah terlambat..



Inilah, akaknya yang kedua, Najwa Solehah. Manja sangat-sangat. Taknak dengan orang pun, ibu dengan walid die aje la.. Mane tak sama muka dengan adiknya, dah mase akakku mengandung, asyik dukung die aje.. berat solehah ni.. macam mane akakku boleh dukung die?(n_n).

Yang ni akak die yang sulong, Najwa Sofiyyah. tapi ni gambar lame.. Lupa nak snap gambar terbaru..('',) Semoga mereka semua menjadi anak yang solehah. insyaAllah, aminn..
Semua perempuan, takde rezeki lagi nak dapat lelaki.. insyaAllah ade la rezeki nanti..
.. Akademi Al-Quran..




Sunday, July 4, 2010
..Tatkala hati ingin berbicara, tangan pun mula menaip..(n_n)
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, akhirnya kerajinan nak menulis tu, datang jua. Sebelum ni, hanya bukak, tengok, jelajah blog orang, tutup. mood hilang..
Alhamdulillah, hari ini rasa nak menaip plak.
Selamat menyambung pengajian buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian bagi yang melanjutkan pelajaran di IPTA. Ana?? Biarlah rahsia, tengah belajar ke tengah tanam anggur lagi.
Lepas habis jadi guru ganti, dah kembali seperti kehidupan yang sediakala, pengurus rumah yang bertauliah. (ye sangat le tu..(-_-'))
Rindu nak jumpa anak-anak murid yang comel lote belaka. Kalau suruh buat aksi, macam-macam la gayanya.. Lepas sebulan ana tidak bergelar cikgu..
"Assalamualaikum, cikgu.."
" Waalaikumsalam, em.. sape ni ye?
"Oloh cikgu ni, baru je sebulan dok kenal doh ke suara sedap ni?
"Adoyai.. cikgu mana la perasan suara sape.. jap, cikgu teka.. aqilah?
"Bukan, marsyitah la cikgu.."
"Ooo, budak comel ngan suke nangis tu ye?
"Olo, cikgu ni....."
"Elele, gurau je la.."
" Cikgu, biler nak mari sining?"
"Wat pe cikgu pegi sekolah?"
"Mari je la... cikgu duk congok kat pintu pagar takpe doh"
"Haha, takde keje?"
"Doh nak tengok cikgu.."
"Em, insyaAllah la, ade mase cikgu pegi la, sibuk sket lening.."
"Sibuk wat pe? ke dah nak........tutt..tuttt(siaran terganggu)
" Ish, kamu ni, cikgu belajar tak habis lagi.. bla, bla, bla"
Maka kenalah ceramah free, anak muridku ini.. hehe, sape suruh sentuh bab cintan cintun ni..
Ape yang nak di highlightkan disini, ana merindui anak-anak murid ana...
p/s: Semoga ana lulus test kereta kali kedua hari selasa ni, terkandas dekat bukit, automatik parking pun tak boleh buat. Masa buat latihan ok jer, bile test mengundur plak kereta ni.. Abang ana cakap, lain kali bukak pintu kereta tahan dengan kaki.. lawak jugak abangku ini.. boleh la aplikasikan ape yang abang ana bagitau ni..(n_n)v
Monday, May 31, 2010
.. Peringatan CINTA Dunia..

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan" (Huud:15-16)
Satu teguran keras buat diri kita, yang sentiasa berlumba-lumba dalam mencari kebahagiaan dunia. Hinggakan kita lupa akan tujuan hidup yang utama iaitu mencari ridho Allah.Allah mengatakan bahawasanya kalau manusia itu mahu mencari dunia semata, silakan.. Allah akan memberi dunia itu kepadanya. Tetapi, nantikanlah, di akhirat kelak, tiada apa yang diperolehnya melainkan neraka.
Ini membuatkan saya teringat akan hadith pertama dalam Hadith 40 Imam Nawawi..antara yang disebut ialah.."barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dikehendakinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya ke atas apa yang ia kehendaki.." Ini bermakna, jika kita mengkehendaki dunia, maka dunialah yang akan kita peroleh.
Untuk seorang aktivis dakwah, dapat diambil daripada ayat Hud:15-16 di atas tentang kepentingan untuk sentiasa memperbaharui niat. Niat seseorang itu sangat mudah terpesong. Lagi-lagi bagi seorang aktivis, niat yang benar merupakan satu modal yang sangat besar untuk tetap istiqamah dan istimrar dalam jalan dakwah yang sifatnya sangat panjang dan kadangkala melelahkan ini. Apa sebabnya?
"Huffatil jannatu bilmakarih wahuffatinnaaru bissyahawat…" syurga dikitari oleh sesuatu yang tidak disukai oleh nafsu, sebaliknya neraka dihiasi dengan hal-hal yang memanjakan syahwat. Iya. nafsu syahawat sentiasa mengarahkan jiwa kepada neraka. Jika niat seorang aktivis itu, pada awalnya untuk menggapai ridho Allah, tidak mustahil suatu masa niatnya akan berubah kerana besarnya ujian-ujian duniawi yang melanda. Harta, pangkat, anak, dan lagi-lagi ujian perempuan, malah membuatkan tujuan dakwahnya itu berubah kepada tujuan duniawi. Dan dalam Al-Quran, Allah menyebutkan ujian-ujian ini dengan jelas agar seorang aktivis itu sentiasa ingat dan mengukir di lubuk hatinya. "
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." (Ali-Imran:14)
Allah meletakkan wanita sebagai yang pertama di dalam senarai cinta syahawat dalam ayat di atas. Ini menunjukkan betapa besarnya kecenderungan syahawat terhadap wanita. Jadi pabila seorang aktivis lelaki bekerja bersama dengan aktivis wanita, nafsu akan sentiasa mengarahkan agar timbulnya keinginan yang buruk sehingga larinya niat yang asal. Daripada asalnya ingin menggapai ridho Allah, yang terjadi ialah wujudnya keinginan untuk meng'impress' wanita yang ada. Hal ini bahkan boleh menyebabkan hilangnya barakah dalam dakwah itu sendiri. Jadi inilah yang disebut dalam Hud:15-16 di atas, barangsiapa yang tujuannya untuk dunia, iya, ambillah. Tetapi di akhirat kelak, tiada apa-apa untukmu. hanya neraka. Ini jelas terbukti di dalam kisah Alim yang qari', pejuang yang syahid dan orang kaya lagi dermawan. Yang mana amalan mereka yang banyak dan 'gempak' itu, rupa-rupanya mempunyai tujuan lain selain dari 'LILLAHI TAALA'. Akhirnya mereka diseret dan dicampak ke neraka atas sebab keinginan yang tinggi terhadap kehidupan duniawi.
Benarlah seperti yang tertera dalam ayat berikut ini: "Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (Al-Furqan:23)
Kita mohon perlindungan dari Allah SWT atas keinginan dan kejadian yang sebegitu. Jangan sampai malam-malam yang kita habiskan dijalan dakwah, masa tidur yang kita korbankan, wang yang kita infaqkan, semuanya dikira kosong, hanya sekadar debu-debu berterbangan. Hanya kerana dorongan nafsu syahawat yang ingin mencari kebahagiaan duniawi semata. "....Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan....."
Satu peringatan buat diri kita terutamanya diri saya, agar sentiasa dan berterusan dalam memastikan niat itu benar kerana Allah. Inilah modal yang utama dalam membantu kita tetap tsabat dan kekal di jalan ini. Pabila niat kita suci dan bersih, segala rintangan akan nampak kecil, segala masalah akan dijadikan jalan untuk kita membuat lebih pahala. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menjaga niat. Kita tahu yang dunia ini hanya persinggahan...tapi kita lupa yang pada suatu masa yang ditetapkan nanti, kita pasti meninggalkan dunia yang fana ini untuk kehidupan yang abadi di akhirat sana. Kita tahu akan kewujudan Hari Kebangkitan kelak...tapi kita lupa membuat persediaan menghadapinya.
Kita tahu segala yang kita miliki ini (kesihatan, kebahagiaan, pancaindera yang sempurna, dan seumpamanya) hanyalah pinjaman sementara dari Allah...tapi kita lupa untuk mensyukurinya bahkan kita juga seringkali gagal memanfaatkannya dengan sebaiknya. Kita tahu bahawa kita hanyalah hamba yang kerdil di sisiNya...tapi kita lupa akan hakikat hamba itu lantas kita berlagak sombong di hadapan Allah Graf amal kita itu ada naik turunnya. Selagi mana kita bermujahadah tatkala semangat menurun, dan berusaha untuk terus menjunjung perintah Allah dan Rasul, kita akan kembali mendapatkan tenaga. Namun, jika kita berpaling dan terus berputus asa daripada Rahmat Allah, musnahlah kita.
Dalam kata yang mudah, jika kita bersemangat maka beramallah, dan jika kita tidak bersemangatpun, tetaplah beramallah walaupun tak terasa. Mudah-mudahan kita akan memulihkan kembali semangat yang hilang. Istiqamah tak semudah bicara lisan. Kita memerlukan kefahaman dan keazaman untuk dapat terus bertahan. Sabda Rasulullah: "Bagi setiap amal itu ada masa semangat dan bagi setiap masa semangat itu ada masa futur (lemah). Barangsiapa ketika futurnya masih dalam garisan Sunnahku, maka dia akan diberi petunjuk. Dan barangsiapa ketika futurnya melampaui (daripada garis sunnah), maka hancurlah dia." (HR Ibnu Hibban) Wallahualam
Sumber: paksi.net..
~Allahukbar.. sungguh terkesan tazkirah ini.. Dah lama ana tidak membaca artikel agama/tazkirah. Sesungguhnya hati akan kering jika tidak mendengar sebarang tazkirah/peringatan selama 3 hari..(tak silap ana. seorang sahabat pernah menyebutnya). Sejak kebelakangan ini, rasa jauh dengan Allah.. Terasa diri benar-benar kerdil, hina lagi miskin.. betul, istiqamah tidak semudah yang dibicarakan untuk melakukannya memerlukan satu permujahadahan yang amat besar. Bukalah mata, lihat perubahan yang berlaku pada dunia.. tidakkah kita menyedari kita semakin hampir dengan Hari Kebangkitan?? SubhanaAllah..
73 golongan, hanya satu golongan yang benar-benar beriman pada Allah.. golongan manakah kita?? Nauzubillahiminzalik, kita tergolong dlm 72 golongan itu. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman pada Allah.. InsyaAllah.. Peringatan buat diri ini yang memang seringkali terleka dan lalai dengan kehidupan ini.. Faghfirli, faghfirli, faghfirli Ya Allah....
..Senarai Sumbangan Untuk Lifeline4Gaza..
Berikut adalah senarai terkini sumbangan yang disalurkan kepada Lifeline4Gaza melalui kempen-kempen ceramah dan aktiviti berkaitan.
Antara tujuan utama penyenaraian ini adalah untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan daripada kempen lifeline4gaza untuk kepentingan lain. InsyaAllah dengan kaedah ini juga kita akan dapat membina motivasi dan suasana berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan.
Sekiranya sumbangan pihak tuan/puan tidak tersenarai, sila hubungi pihak kami melalui
Email: info@lifeline4gaza.org
Tel: 012 954 7861 (En Muhammad Mus’ab Sa’ari)
dengan menyatakan tarikh dan tempat sumbangan, dan nama wakil/penceramah yang menerima sumbangan tersebut.
Senarai penyumbang-penyumbang untuk Tabung Lifeline4Gaza boleh dilihat di sini