Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Petang semalam ana bersama mak kesayangan pergi ke sebuah kedai(tempat femes). Hajat dihati ingin membeli hadiah untuk anak-anak murid kesayangan yang mendapat A dalam subjek science.
Oleh kerana lama tidak ke bandar (ayat yang skema(n_n)v), maka suasana dibandar terasa amat kekok sekali. Dengan langkah yang penuh yakin ana menuju ke dalam perut kedai tu..('',)
Ana naik ke tingkat atas, mencari-cari hadiah yang sesuai buat anak-anak murid kesayangan. Habis tingkat atas ana pusing. Confuse nak bagi tabung ke kotak pensil. Last-last, ambik 3 tabung yang comel lagi cute, bior budak-budak ni rajin simpan duit.
Lepas tu, turun tingkat bawah nak bayar la. Aduh, kok barisannya panjang-panjang siyh?? Tengok punya tengok, nampak satu barisan tak berapa nak panjang. Ana pun pergi la beratur.
Tiba-tiba....
Datang la seorang mamat ni, die cari barang dekat-dekat je dengan lorong yang ana beratur.(bahagian deodorant). Lepas tu, die nak bayar la kan. Terus je masuk depan ana, duduk kat makcik depan ana yang tengah bayar barang-barang. Lepas makcik tu, ana la kan..
Ingatkan die anak makcik tu.. rupanya, takpun. Dengan wajah yang selamber je die tengok ana. Ai, nak kena mamat ni.. maybe die nampak ana ni, jenis slow... Itu yang berani jer. Udahler pakai subang sebelah, seluar pendek.. Menyakitkan hati dan mata betul.
Kalau ana ni tak ader perasaan malu, dah lame dah mamat ni kena sound.. Allahuakbar, sabau je la.. nak buat macam mane lagi.. Assuqut a'lamatu ridho' aje(diam tanda setuju bukan setuju die potong barisan, tapi sebab haya')
~Walaupun barang yang dibeli satu je, beratur la.. hormat orang lain... Amalkan sifat hormat menghormati, insyaAllah anda akan turut dihormati oleh orang lain.. sekian. Wallahua'lam. Bukan amarah, bukan cacian, hanya untuk ingatan bersama-sama..
Monday, May 31, 2010
..GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA..
Bismillahirrahmanirrahim..
-KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010-
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.
Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
~Sumber: www.lifeline4gaza.org. Sama-samalah kita berdoa untuk mereka yang berjuang untuk islam dan membantu umat islam. Sesungguhnya senjata orang mukmin adalah dengan doa.. Satukan hati kita dengan memohon kepada Allah S.W.T..
Sunday, May 30, 2010
..Pesanan Bumi Kepada Manusia..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...
Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara. 1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Friday, May 28, 2010
..Saat bersama..
Nabila sedang mengemaskini buku rekod kehadiran mengaji anak buahnya.. Selepas itu, dia mengintai-ngintai ke luar menanti kedatangan anak buahnya untuk mengaji hari ini.
Ha, dah datang dah.. Dari luar bilik guru, aku ternampak kelibat si kecik tu.
Haiqal meluru ke dalam bilik guru..
"Cikgu, ais...hahaha". Kata si kecik itu..
Aku pun terus kakukan diri, iyela.. ais..
"Water.."ekeke.. tawa si kecik kerana aku melayannya..
"Ish, kamu ni haiqal, ngan cikgu pun nak main ais and water jugak.."
"Ala cikgu ni.. sekali sekala, dua kali dua kala..hehehe"
Aku hanya menggeleng..
Setiap kali aku mengajar anak-anak muridku, pasti ada sahaja yang akan mengingatkanku sewaktu aku sebaya dengan mereka.. Zaman kanak-kanak yang tidak tahu menahu tentang peranan sebenar hidup dan segala-galanya..
"Cikgu, tengok dia ambil pensil kiter"
"Cikgu, dia tak nak kawan dengan kiter"
"Cikgu, dia kacau saya"
Dan macam-macam lagi la.. Waktu kecik-kecik dulu, aku pun begitu.. tersenyum.
"Alif, lam, lam, ha, sape duduk die berdosa..". Aku tergelak masih ada yang buat begitu.. Ish,ish,ish....
"Cikgu, cikgu.. syaitan jahatkan??"
" Ye, sayang.. syaitan adalah musuh kiter yang sangat nyata. Amirul tahu musuh ape?"
"Em... musuh eh cikgu.. kalu musuh, kiter kena lawan la.."
"Haa, pandai pun.."
Psikologi budak-budak, aku pun kurang mahir dengannya.. yang pasti jika ingin menerangkan sesuatu, perlu menggunakan pendekatan yang baik. Jika tidak, lain jadinya.
Sebagai perkongsian sahaja, cerita kosong.. idea pun dah kering.. (^_^)v
Seminggu lagi untuk bersama dengan anak-anak muridku.. Sedih.
Friday, May 21, 2010
.. Perkongsian Semata ..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar iman kita hari ini?
Sama seperti semalam?
Mungkin lebih baik daripada semalam..
Hanya suka-suka nak mengupdate blog ini..
Jadi, ana kongsikan sedikit kata-kata buat tatapan semua..
(kalau ada yang baca blog ni..(n_n)v
"Apabila kita hidup hanya untuk kita.
Hidup amatlah singkat.
Bermula dari bermulanya kita dan
berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup selain daripada kita,
hidup kerana fikrah.
Sesungguhnya hidup akan panjang dan mendalam.
Bermula daripada bermulanya kita
dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.
Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini,
Kita akan sempit dada menghadapi kematian
(kerana perjuangan belum mencapai matlamat)
Ingatlah.
Bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang..
Salam perjuangan..
~ Buat Ustaz Muzani dan pasangannya Ustazah Siti Norul Aini Hasmidar, Selamat Pengantin
Baru.. semoga bahagia hingga ke syurga.. Jagalah yu dengan baik. Ana tumpang gembira dengan perkahwinan antuma..
Ustaz muzani orang pertama batch Kostaq(2003)yang mendirikan masjid. Siapakah yang akan mengikut jejak langkahnya?? hehe.. kita tunggu dan lihat..(^_^)
~Bila agaknya nak lepas lesen ye? Arini amali kereta, wat parking.. ana langgar satu tiang. Teruskan pemanduan, dan buat-buat tidak tahu.. senyum..(n_n')walaupun, jantung macam nak luruh..
.. Guru ..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Rasanya dah lame ana tidak mengupdate blog ni, semenjak....
jadi cikgu ganti.. hehe. Kadang-kadang sibuk (mensibukkan diri pun termasuk,(^_^') dan tak sempat untuk buka internet, tunggu hari minggu, baru bukak.
Em, rasanya masih belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua tenaga pengajar yang mengajarku tak kire la masa pasti(pakai jubah hijau n jilbab putih, bukan tadika yang pakai baju petak-petak tu k..)
sampaila sekolahku yang terakhir, sek. men. agama atas sultan zainal abidin..
Hari Guru yang amat bermakna semasa di Kostaq kerana dah dekat nak kena tutup sekolah tu (tapi sambut lagi) kerana ada pihak yang tak senang dengannya.. Suasana cukup-cukup feeling (ana la.. yang lain tak tau..)
Itu kisah zaman ana sekolah..
Hari Rabu, sekolah buat sambutan hari guru..
Hari hujan, tapi permainan untuk guru tetap berjalan..
" Selamat Hari Guru cikgu..nah, hadiah"
" Wa, untuk cikgu pun ade?, terima kasih.."
Berderet-deret anak muridku datang jumpe nak ucap Selamat Hari Guru.. Kalau dulu, diriku dan kawan-kawan yang mengucapkan hari guru dan memberi hadiah, skarang murid-muridku pula..
Patutla orang kate, kerja seorang guru adalah mulia.. sebab memang banyak kerenah murid-murid yang nak kena layan terutama darjah satu la..(ana dah pun merasainya,jadi kepada sesiapa yang tak tau menghargai guru, jadila cikgu..)
Ada hari, diriku ini dapat bertahan dengan mereka, bila dah naik kepala..
ini tak boleh dibiarkan!! Tinggikan suara anda, anak murid pasti diam dan terkedu..
. Kepada sesiapa yang mengenali ana, adakah percaya ana meninggikan suara??(bersabar adalah amat perlu dalam karier seorang guru, sekian. harap maklum)
Memang satu pengalaman yang sangat indah dirasakan sepanjang menjadi guru ganti ni.. Tempoh berkhidmat masih tinggal 2 minggu.. rasa sedih dan berat hati jugak. tapi bila kecewa dengan sikap murid-murid.. rasa macam nak berenti cepat (tak patut)
Walau macammane pun, ana gembira kerana diberi peluang untuk merasai peranan or tugas sebagai seorang guru.
"Cikgu sayangkan kamu semua.."Diriku amat menyayangi semua anak-anak muridku kerana Allah. Jika bukan ketentuanNya, maka tidaklah berjumpa cikgu dan kamu semua...
Assalamualaikum w.b.t..
Rasanya dah lame ana tidak mengupdate blog ni, semenjak....
jadi cikgu ganti.. hehe. Kadang-kadang sibuk (mensibukkan diri pun termasuk,(^_^') dan tak sempat untuk buka internet, tunggu hari minggu, baru bukak.
Em, rasanya masih belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua tenaga pengajar yang mengajarku tak kire la masa pasti(pakai jubah hijau n jilbab putih, bukan tadika yang pakai baju petak-petak tu k..)
sampaila sekolahku yang terakhir, sek. men. agama atas sultan zainal abidin..Hari Guru yang amat bermakna semasa di Kostaq kerana dah dekat nak kena tutup sekolah tu (tapi sambut lagi) kerana ada pihak yang tak senang dengannya.. Suasana cukup-cukup feeling (ana la.. yang lain tak tau..)

Itu kisah zaman ana sekolah..
Hari Rabu, sekolah buat sambutan hari guru..
Hari hujan, tapi permainan untuk guru tetap berjalan..
" Selamat Hari Guru cikgu..nah, hadiah"
" Wa, untuk cikgu pun ade?, terima kasih.."
Berderet-deret anak muridku datang jumpe nak ucap Selamat Hari Guru.. Kalau dulu, diriku dan kawan-kawan yang mengucapkan hari guru dan memberi hadiah, skarang murid-muridku pula..
Patutla orang kate, kerja seorang guru adalah mulia.. sebab memang banyak kerenah murid-murid yang nak kena layan terutama darjah satu la..(ana dah pun merasainya,jadi kepada sesiapa yang tak tau menghargai guru, jadila cikgu..)

Ada hari, diriku ini dapat bertahan dengan mereka, bila dah naik kepala..
ini tak boleh dibiarkan!! Tinggikan suara anda, anak murid pasti diam dan terkedu..
. Kepada sesiapa yang mengenali ana, adakah percaya ana meninggikan suara??(bersabar adalah amat perlu dalam karier seorang guru, sekian. harap maklum)Memang satu pengalaman yang sangat indah dirasakan sepanjang menjadi guru ganti ni.. Tempoh berkhidmat masih tinggal 2 minggu.. rasa sedih dan berat hati jugak. tapi bila kecewa dengan sikap murid-murid.. rasa macam nak berenti cepat (tak patut)

Walau macammane pun, ana gembira kerana diberi peluang untuk merasai peranan or tugas sebagai seorang guru.
"Cikgu sayangkan kamu semua.."Diriku amat menyayangi semua anak-anak muridku kerana Allah. Jika bukan ketentuanNya, maka tidaklah berjumpa cikgu dan kamu semua...
Saturday, May 8, 2010
..Owh, AWARD..(n_n)v
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan kepadaku peluang untuk mencoret sesuatu sebagai perkongsian buat semua yang menyinggah di sini.
Em, entry kali ni, tentang award yang diperolehi daripada sahabat blogger. Syukran jiddan ila INSAN CEMERLANG(akhi fiqry) di atas penganugerahan ini, benar-benar menghargainya. Terasa cukup terharu kerana tersenarai juga namaku dikalangan 15 orang yang dipilih akhi fiqry. Walaupun blog ini kadang-kaadang merapu, sungguh tak disangka.. semoga persahabatan dalam rahmatNya..
1) Buat entry tentang Award ini.. =" Award yang tidak disangka-sangka..(^_^)v"
2) Copy badge "Beautiful Blogger Award" ini.. = falasss..
3) Ucapan Terima Kasih kepada Pemberi Award..= Syukran jiddan ila Insan Cemerlang(akhi Fiqry) atas penganugerahan ini.. BarakaAllahufik..('',)
4) Senaraikan 15 Blogger yang akan menerima Award dari saya pula..
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan kepadaku peluang untuk mencoret sesuatu sebagai perkongsian buat semua yang menyinggah di sini.
Em, entry kali ni, tentang award yang diperolehi daripada sahabat blogger. Syukran jiddan ila INSAN CEMERLANG(akhi fiqry) di atas penganugerahan ini, benar-benar menghargainya. Terasa cukup terharu kerana tersenarai juga namaku dikalangan 15 orang yang dipilih akhi fiqry. Walaupun blog ini kadang-kaadang merapu, sungguh tak disangka.. semoga persahabatan dalam rahmatNya..
1) Buat entry tentang Award ini.. =" Award yang tidak disangka-sangka..(^_^)v"
2) Copy badge "Beautiful Blogger Award" ini.. = falasss..
3) Ucapan Terima Kasih kepada Pemberi Award..= Syukran jiddan ila Insan Cemerlang(akhi Fiqry) atas penganugerahan ini.. BarakaAllahufik..('',)
4) Senaraikan 15 Blogger yang akan menerima Award dari saya pula..
2) Ukhti Nur
3) Kak Azzah
5) sutera_najm2
6) Akhi Hakim
7) Ukhti elah
8) Ukhti Izzati
9) Akhi Ridzuan
10) Ukhti Afifah
11) Ukhti Adawiyah
12) Ukhti Aisyah
13) Akhi Jundi
14) Ukhti Atirah
15) Ukhti Nik zahrah
Em, rasa macam nak bagi kat semua sahabat-sahabat blogger.. susah jugak main pilih-pilih ni. Moga-moga sahabat sekalian dapat menerima penganugerahan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)