Monday, April 12, 2010

..Bidadari Itu Ada Di Bumi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah…..


~Menyentuh perasaan dan terkesan di hati.. Allah..

Sumber: www.iluvislam.com

Sunday, April 11, 2010

.. saje nak kongsi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum w.b.t..


Kita menyangkal golongan yang lepas tangan dan teragak-agak dan menghalang perlaksaan Jihad Ekonomi [melalui boikot] . Pada peringkat individu, antara mereka ada yang berkata bahawa " pemboikotan akan membawa kemudharatan kepada kita dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel dan Amerika 'INI TIDAK BENAR DAN TERTOLAK. Sebenarnya pemboikotan telah benar-benar mendatangkan kerugian besar kepada mereka [US dan Israel]. Statistik oleh Organisasi Pemboikotan Arab,Kerugian Israelmencecah USD 100 BILION sehingga tahun 2000. Syarikat Coca Cola Mesir kerugian 40 % dari jumlah modalnya. Syarikat Mc Donald kerugian LE 260 JUTA POUND MESIR. Dan Syarikat Sunsbery terpaksa ditutup kerana kerugian melampau !!. Prof Dr Hussin Shehata [Profesor Perakauan Di Fakulti Perniagaan -AZHar

---------------------------------------------------------------------------------------------




Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah (sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak. dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma tidak berbau tetapi rasanya manis Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi baunya wangi tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah (sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit..

( Hadis sahih riwayat Muslim)





~catatanku: Pagi tadi pergi hospital buat medical checkup.. mase filem x ray siap, pembantu bilik x ray cakap..
"em, tulang belakang awak xelok la.."
'' ha? em, mungkin sebab saya jatuh tangga tahun lepas.. senyum.. em, takde pape yang teruk kan??.."
"em, insyaAllah.."
"alhamdulillah, terima kasih.."

Hakikatnya, ana terfikir jugak kesan akan datang lepas dapat tahu macam tu.. mudah-mudahan takde pape.. insyaAllah..

Wallahua'lam..

Monday, April 5, 2010

.. Matahari itu..

Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, ku panjatkan penuh kesyukuran pada Allah SWT yang telah menciptakan sekalian alam.. yang menjadikan malam dengan siangnya, yang menjadikan bulan dengan bintangnya, yang menjadikan lelaki dengan perempuannya..

SubhanaAllah.. Indahnya langit malam dihiasi kejora yang berkerlipan.. Ah, ku ingin sekali menggapai kejora itu.. tapi, mana mungkin siyh..hehe. Kagum, terpegun, terpana.. Maha Suci Allah..

"Kalau kau rindukan seseorang, pandanglah ke bintang, cari yang paling terang, pasti insan yang kau rindui, juga sedang merindukanmu.." Em, pernah dengar ungkapan ini?? Boleh percaya ke?? Entah la, ana tak berapa nak pasti.. kena buat research dulu.. (^_^) Wallahua'lam.. coretan di atas hanya untuk memanaskan enjin..



Hayya tengok makna dibawah..:
Makna ape?? Baca la dulu..

Bismillahirrahmanirrahim..

1. Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari,

2. Demi bulan apabila mengiringinya,

3. Demi siang apabila menampakkannya,

4. Demi malam apabila menutupinya, (gelap-gelita)

5. Demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan)

6. Demi bumi serta penghamparannya,

7. Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya

8. Maka Dia mengilhamkan kepaanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya,

9. Sungguh beruntung orang yang mensucikannya(jiwa itu)

10. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya..

(Asy-syams: 1-10)

Ade lagi, tapi antum/na bukak la tafsir ye..

Allah telah mengurniakan dua jiwa kepada setiap manusia, yakni jiwa kefasikan(kejahatan dan jiwa ketaqwaan, tinggal kita sahaja memilih jiwa kefasikan mahupun ketaqwaan.

Hidup di dunia ini adalah pertarungan, pertarungan yang amat sengit. Terdapat 3 golongan manusia terhadap pertarungan jiwa ini:

1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka (yakni mereka yang tunduk kepada dunia dan kekal dalam keduniaan)

2. Golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadangkala mereka menang dan adakala mereka kalah.

3. Golongan orang-orang maksum seperti Rasul dan para nabi

Ya, nafsu.. kadang kita menang kadang kita tersungkur. Jihad nafs adalah paling sukar.. Mengapa harus mencari alasan andai ada yang mengajak kita berubah?? Berubah memang memerlukan masa, tak salah rasanya kalau mencuba sedikit demi sedikit.. Diri sendiri adalah penentu untuk kita menjadi lebih baik atau sama sahaja tanpa membawa apa-apa perubahan.
Ana akui, ana bukanlah yang terbaik dan tapi ambillah apa yang boleh membawa manfaat darinya.. Wallahua'lam..






~Lagu tema kem remaja islam, dah lepas lama dah kem ni, dengan fasi-fasi sekali kena ingat..(=_=')


..For exSTAM09..(especially akhowat(^_^)v..

Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmanirrahim..


Persahabatan,

Ia terlalu sukar daripada NAHU SARF,

Lebih rumit daripada ADAB NUSUS,

Lebih susah daripada BALAGHAH,

Lebih payah daripada ARUDH QOFIYAH,

Tapi,

Tak sebosan FIQH FARAID,

Cume mesti ada INSYA' MUTALAAH antara kita,

Barulah persahabatan dapat difahami,

Kerana persahabatan itu SEINDAH HIFZ AL-QURAN TAJWID..

Ayuh kita belajar erti ukhwah yang sebenar..


From: Nur Fadhilah Bt Ghazali


~Siapa la agaknya yang reka ni ek?? pandai sungguh.. aiwah, tamam..(^_^)


Saturday, April 3, 2010

.. Solat Malam Hadiah Terpilih dari ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bangun untuk menunaikan solat sunat pada tengah malam bukanlah perkara yang mudah, melainkan bagi orang yang telah diberi taufik..

Tahajjud berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu 'tahajja' yang membawa maksud maksud meninggalkan tempat tidur untuk menunaikan solat. Kebiasaanya solat tahajjud ini dilakukan pada waktu malam.


Friman Allah SWT: "Hai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah untuk solat malam hari, kecuali sedikit daripadanya. Iaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit." (al-Muzammil:1-3)


Melalui ayat ini, Allah SWT menjelaskan supaya tunaikan solat tahajjud walaupun satu rakaat itu sudah memadai daripada kita tidak menunaikannya langsung. Amalan ini merupakan amalan utama Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama' besar. Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Nabi SAW bersabda:" Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, merupakan Qurbah(mendekatkan diri) kepada Rabb kamu, merupakan keampunan bagi kesalahan-kesalahan dan pencegah daripada dosa."

(Riwayat at-Tirmizi)

Para sahabat melakukannya setiap malam selama dua belas bulan sehingga turunnya ayat al-quran, yang memberikan kelonggaran tentang ibadah mulia ini.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun (beribadat) kurang dari dua pertiga malam, dan seperduanya dan sepertiganya, dan(juga) orang-orang yang bersama-sama denganmu."

(al-muzammil:20)

Begitu kasihnya Allah SWT kepada umat nabi Muhammad SAW. Tidak mahu dijadikan tuntutan solat malam ini sebagai satu beban sebaliknya sebagai satu galakan, sebagai hadiah bagi hamba-hambaNya yang ingin mencapai tahap keistimewaan, terpilih dikalangan yang dipilih di sisi Allah SWT.





p/s: ana nak tulis cerita pendek, tapi tak dapat ilham lagi.. lagipun kepala tengah serabut..(?_?')

.. Dengar..(=_=')

Bismillahirrahmanirrahim..




Friday, April 2, 2010

.. Seindah Ukhwah itu.......

Bismillahirrahmanirrahim......


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih meniupkan sedikit semangat kepada diriku untuk terus mencoret sedikit perkongsian buat tatapan antum/na yang masih sudi menjenguk ke teratak "Seindah ukhwah yang terpatri" ini.. Sebelum ini, dah banyak kali blog ini ditukar nama..('',)

Kenapa "Seindah ukhwah yang terpatri??''

Kerana diriku ingin mengkhabarkan gambaran ukhwah yang terjalin bersama-sama sahabat bermula daripada pasti(kecik-kecik dulu..) sehinggalah sekarang amat indah, bermakna buat diriku ini..

Dulu, diriku pernah berkata..
"kenapa nak kena ader kawan, kalu takde kawan boleh je hidup, senang je nak g mana-mana, tak payah tunggu-tunggu.. kalu ader kawan, selalu sakitkan hati aku... sikit-sikit nak gaduh.."
Itu dulu.. sewaktu jilbab yang kupakai masih senget-senget, lipat bulat-bulat bagi nampak cute(perasan jer), bawak beg sekolah ade gambar kartun sailormoon..

Tapi sekarang tidak lagi..
Untuk membawa islam, membawa imej sebagai muslimah..
Diriku benar-benar perlukan sahabat untuk menguatkanku, menegur tikaku terleka, mendorongku tika semangatku entah kemana menghilang.. saat airmataku hadir, ada satu tangan menggenggam tanganku, mengusap airmataku, meniup semangat baru..
Ya, Allah itu perlu sentiasa dihati, tapi sahabat adalah wasilah Allah untuk kita..

Kubersyukur kerana dipertemukan dengan mereka yang faham akan islam.. yang mengajakku untuk bersama-sama mereka, diriku benar-benar menghargai..
Terima kasih Ya Allah..

~Seindah ukhwah yang bersulamkamkan cinta dan kasih sayang..

Selagi hidup belum berhenti,
selagi itu ku takkan melupakanmu,
selagi jantung ini masih berdetik,
selagi itu ku setia mengingatimu,
selagi nadi ini masih berdenyut,
selagi ituku ingin menjadi sahabatmu walaupun kusedar,
ku tak mampu menjadi sahabat terbaikmu..

~syukran ila nur shahida bt razali..

Terima kasih buat semua yang mengenali diriku dan menjadi sahabatku..


p/s: kepala tengah pusing-pusing, tapi masih boleh menghasilkan entri ni.. alhamdulillah..
semalam baru je balik dari kuala terengganu setelah berkampung di rumah sahabatku, nur husna masturah mokhetar kat manir(tenkiu husna) selama 4hari, kerana ade urusan disana..
semalam, lepas habis usrah kat rumah zunairah baru balik... sampai dirumah, diriku sungguh keletihan lalu pengsan..(mati kecik)(",)..