Sunday, April 11, 2010

.. saje nak kongsi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum w.b.t..


Kita menyangkal golongan yang lepas tangan dan teragak-agak dan menghalang perlaksaan Jihad Ekonomi [melalui boikot] . Pada peringkat individu, antara mereka ada yang berkata bahawa " pemboikotan akan membawa kemudharatan kepada kita dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel dan Amerika 'INI TIDAK BENAR DAN TERTOLAK. Sebenarnya pemboikotan telah benar-benar mendatangkan kerugian besar kepada mereka [US dan Israel]. Statistik oleh Organisasi Pemboikotan Arab,Kerugian Israelmencecah USD 100 BILION sehingga tahun 2000. Syarikat Coca Cola Mesir kerugian 40 % dari jumlah modalnya. Syarikat Mc Donald kerugian LE 260 JUTA POUND MESIR. Dan Syarikat Sunsbery terpaksa ditutup kerana kerugian melampau !!. Prof Dr Hussin Shehata [Profesor Perakauan Di Fakulti Perniagaan -AZHar

---------------------------------------------------------------------------------------------




Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah (sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak. dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma tidak berbau tetapi rasanya manis Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi baunya wangi tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah (sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit..

( Hadis sahih riwayat Muslim)





~catatanku: Pagi tadi pergi hospital buat medical checkup.. mase filem x ray siap, pembantu bilik x ray cakap..
"em, tulang belakang awak xelok la.."
'' ha? em, mungkin sebab saya jatuh tangga tahun lepas.. senyum.. em, takde pape yang teruk kan??.."
"em, insyaAllah.."
"alhamdulillah, terima kasih.."

Hakikatnya, ana terfikir jugak kesan akan datang lepas dapat tahu macam tu.. mudah-mudahan takde pape.. insyaAllah..

Wallahua'lam..

2 comments:

  1. Boikot KFC. Biar apa orang kata. Tetap boikot. Anak-anak faham. Walaupun mereka teguk air liur tengok bangunan KFC sebelah rumah saja...

    ReplyDelete
  2. ila Mesintaip:

    em, ana setuju.. boikot la selagi boleh boikot..
    gantikan dengan ayam yg dibuat sdn bhd utk anak2, xde bezanya dengan KFC. yg penting..

    Halal..(",)

    ReplyDelete