Saturday, January 1, 2011

Anak-anak satu malaysia dan anak-anak indonesia.. apa beza mereka??

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, masih dapat meneruskan kehidupan diatas muka bumi ini.. apa khabar kalian? apa khabar iman didada? masih utuhkah, atau kecundang menyembah bumi?

InsyaAllah, disini ana ingin berkongsi lagi beberapa buah video..








MasyaAllah, sangat teruja melihat kanak-kanak kecil ini, kecil-kecil dah pandai menyampaikan ceramah.. tengok pulak beza dengan anak-anak satu malaysia...








so, ape pendapat dan komen kalian? kecil-kecil lagi dah diajar menjadi seorang penyanyi, penari .. bukan semua perkara yang dari indonesia tu dikatakan baik.. tapi, ape yang baik ambil jadikan contoh.. hakikat realiti tv begitulah sekarang ni... Dunia akhir zaman, keglamouran yang dikejar.. ibu dan bapa pula, akan menyokong anak-anak kerana apabila anak-anak dah glamour bukankah nama ibu bapa juga yang naik.. Memang tak dapat dinafikan lagi mengenai peranan seorang ibu bapa dalam membentuk anak-anak. "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Ibu bapa yang perlu mencorakkan anak-anak mereka untuk menjadi seorang yang lurus ke jalan agamaNya atau menyimpang daripada laluanNya.. Nauzubillahiminzalik...


Wallahua'lam.


Monday, December 27, 2010

..Mohon doa kalian untuk anak buahku..

Bismillahirrahmanirrahim...

Asalamualaikum w.b.t....

Mungkin sedikit terlambat ana publishkan post ini.. tapi ana amat mengharapkan doa kalian.. kepada sesiapa pun yang membaca post ini, ana berharap kita sama-sama memohon pertolongan padaNya.. moga-moga kalian dirahmati Allah S.W.T..



Ini adalah anak buah ana yang baru dilahirkan pada 13/12/2010.. yang bernama Amni Humaira' binti Mohd Anuar.. Menghidap penyakit HIE grade3.. Ana kurang pasti mengenai penyakit ini.. Hanya itu yang dikhabarkan oleh abang ana.. Masih di Hospital Besar Kuala Terengganu dalam bilik NICU.. until now, she does not showing any reflex yet.. please.. all of you..

Solat hajat dan mohon doa bersama-sama...

Syukran jiddan/terima kasih semua..

Thursday, December 23, 2010

.. Bila malu tiada, maka....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, balik dah nak dekat seminggu, baru nak update blog.. nak kate busy, tidaklah sangat.. nak kate laptop takde, ayah dah belikan.. terima kasih ayah.. mungkin ade virus yang menyerang dalam badan kot.. wallahua'lam..


Apepun, hari ni dah buat pembaharuan background, dan dah pun menulis.. alhamdulillah.. kat sini ana nak kongsikan satu video.. semoga sama-sama dapat manfaat dan iktibar..








Masyarakat zaman kini kebanyakannya sudah hilang perasaan malu dalam diri meraka sendiri.. Buktinya, para wanita tidak segan-segan membuka aurat mereka di khalayak umum, malah dirasakan satu kebanggaan dan kepuasan dalam hidup mereka. Pasangan yang sedang hangat berchenta, dengan selamba memeluk pinggang si gadis, maka si gadis pun meliuk lentok badannya mengalahkan pohon kelapa kerana merasa seronok diperlakukan sebegitu..


Allahuakbar, mana hilangnya maruahmu sebagai wanita? mana perginya rijal yang perlu melindungi dan memimpin kaum hawa? Diri mereka dan diri kita sendirilah yang memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju wawasan hidup kalian..


''Semoga Allah merahmati kita sebagai hambaNya.."

Wallahua'lam..

Friday, November 26, 2010

..Andai seorang Lelaki itu datang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..









Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...

Sumber: iluvislam..


~Diri ini benar-benar tidak faham dengan pandangan mata lelaki-lelaki.. panahan mata itu cukup MEMBUNUH.. apa maksudmu memandang wanita begitu? Kadang-kadang diriku cukup gerun walaupun pandangan itu datangnya dari seorang lelaki yang bisa dipanggil pakcik.. Ya Allah, jauhkan hamba-hambaMu daripada kelalaian..

.. Alhamdulillah.. BarakAllah..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. seawal usia 20tahun, seorang lagi sahabat kesayanganku telah menamatkan zaman bujangnya.. Pasangan yang serasi, Maizatul Akma binti Ali dan zaujnya Mohd Raziqin bin Zakaria.. BarakaAllahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'a bainakuma fi khoir.. Kedua-duanya adalah sahabat seperjuanganku sewaktu mengambil STAM di Smaasza dahulu.. alhamdulillah.. tumpang gembira.. Semoga berbahagia selamanya dan menjadi pasangan yang soleh dan solehah.. ameenn.. insyaAllah..


~Ramai yang bertanya diriku bila lagi? Jawabku, Wallahua'lam... InsyaAllah...
Doakan untukku, duhai sahabatku sekalian.. Allah masih belum buka hati hambaNya untukku, belum waktunya.. semoga sahabat-sahabatku yang lain cepat bertemu jodoh yang soleh.. insyaAllah.. ameen..

.. Lihatlah dunia dengan mata hatimu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara, mengambil oksigen, menjenguk blog ini.. Apa khabar semua? diharap sihat sejahtera dan dipayungi dengan rahmatNya.. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya tangan ini terasa juga ingin menulis.. syukurnya.. kenapa ye menyepi? entahlah.. ade sedikit masalah baru-baru ini yang cukup mengacau fikiran..

Namun, sebagai hambaNya, diri ini perlu akur dengan setiap cubaan dan dugaan yang dihadiahkan kepada diri yang lemah ini..Allahuakbar..

"Dunia ini indahkan?"

''Ya, memang indah.. tapi, jika tersilap langkah tersungkurlah kita.. yang menganggap dunia ini tempat membuat bekal untuk masa akan datang, beruntunglah mereka.. Namun, jika menganggap dunia ini syurga, maka rugilah golongan itu"

Rancangan hiburan terlalu banyak di kaca televisyen.. jika tidak mendapat sambutan, takkan orang akan buatkan? manusia memang suka dengan hiburan, tidak dinafikan.. bahkan sejak sekian lama dahulu, berkurun lamanya.. Melihat cerita-cerita melayu, kadang-kadang terkeluar keluhan daripadaku.. terutama jika ada melibatkan lakonan di kelab malam.. Kuperhatikan semuanya orang melayu.. MasyaAllah.. Ya Allah jauhkan hamba-hambaMu daripada kelalaian..

Bersyukurlah untuk mereka yang terpilih untuk mendalami ilmu agama.. Semoga dirimu menjadi seoang da'i yang dapat membawa kegemilangan Islam.. Mendekati masyarakat, menyeru mereka, memegang tangan mereka, memberi pertolongan, membawa mereka kepada Sang Pencipta Sekelian Alam.. Jangan dipendamkan ilmu didada, curahkan kerana mereka amat memerlukan santapan rohani.. Belajar bukan sekadar ingin mendapatkan sijil, lepas grad... tapi kerana Allah.. kerana amanah yang ditaklifkan kepadamu..

Sahabatku..
Dulu semalam dan hari ini,
Kau melihat generasi demi generasi,
Menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH,

Lalu kau tunduk,
Kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahanumat ini??
Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid??
Katamu lagi:
Tapi langkahku terlalu lambat...
Jawabku..
Kau lambat kerana kau sendiri sibukdengan urusan duniamu..
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..

Pada hari itu,
Amalmu terbentang,
Tubuhmu terbuka...
Apakah di sana ada bekalmu?..

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api..
Andai terus digenggam,
hancur luluh jiwanya.
Namun andai dilepaskan hancurlah dunia..

Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..

"Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan..
Syurga impian.."
-Imam Nawawi-

Wednesday, October 13, 2010

..Tajuk ape ntah, coretan hati kot..(^^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...


Beginikah kita...

Insan lalai dan leka,

Mudah terpedaya dan percaya,

Pada hasutan syaitan durjana,

Untuk mengisi kekosongan neraka..


Beginikah kita...

Ingat Allah hanya seketika masa,

Bila miskin bila derita,

Bila susah tiada upaya,

Bila duka datang nestapa..


Beginikah kita..

Insan bergelar khalifah di bumi,

Ada masa ketika menghadap Ilahi..

Ada masa kelupaan menghiasi diri,

Tak sedikit pun ambil peduli,

Merasakan diri pasti belum MATI..


Beginikah kita...

Impian besar mendiami syurga,

Nafsu syaitan masih didamba,

Mudah leka keasyikan dunia,

Segala kewajipan hanya sekadar tika,

Umpama melepas batuk ditangga,

Yang menanti yang terbuka,

Bakaran api kepanasan neraka,

Bertaubatlah wahai diri..



Agak lame membiarkan blog ini sunyi tanpa entri terbaru. baru hari ini berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu didalam blog kesayangan ini..



Koreksi diri... sejak kebelakangan ini, diri yang lemah ini sering mengeluh.. penat. Memang tidak patut bagi seorang penuntut ilmu sepertiku mengeluh. Jadual pengajian tak padat pun, tapi duk berebut bas.. hehe. selagi tak pindah ke kuala ketil, kampus induk tu, kekal la berebut bas..
(itupun kalau sempat nak duduk kat kampus baru, entah bile siap). Itupun selalu mengalah, bagiku asal dapat masuk dalam bas dan sampai kat hostel dah la..(biar pun depan pintu bas).



Ustazah Syed Sulton yang mengajar madah fiqhku baru sahaja pulang daripada mesir.. ustazah kate, "kamu sepatutnya bersyukur, duduk di insaniah ni, ustaz terang satu2, kalau kat mesir, hangpa paham ka tak faham ka, biaq pi la.. jadi, tolongla bersungguh2 sket mengaji kat sini.."



Aku tak nafikan, dan sedikit sebanyak terasa kerana aku belum lagi bersungguh-sungguh. Tiba-tiba semangatku datang dan bayangan mak dan ayah menjelma.. Moga-moga semangatku kekal begini, dan terus berkobar-kobar.



Dah nak final exam, lagi sebulan je tinggal, jadi tolong doakan diri ini.. sekarang busy ngan assigment. nanti ade pesta konvokesyen(pesko) plak, tergugat la duitku nanti..



Hatiku dah sarat dengan rindu pada mak dan ayah... terubat sket rindu dapat cakap dengan mak dan ayah.. ayah cakap dua, tiga hari ni ingat kat anak die yang ni( aku la 2..hehe).. terharu...... nikmatnya berjauhan..(hihi, ye sangat la tu). Juga kepada sahabat-sahabat yang banyak mengharungi susah payah bersama. Mahabbah lillah.



Buat sahabat-sahabat mesir, syukran sudi telefon aritu... terkejut dan terharu.. bleh pulak korang telefon jauh-jauh tu.. rindu sangat-sangat. tak tahu dah nak mesej ngan sape sejak korang semua pegi mesir.. (-_-')
Doakan diriku... agar berjaya fiddunya wal akhirat.. Kullukum wa antunna bikhoir..