Sunday, March 28, 2010

..??...

Bismillahirrahmanirrahim..



Beberapa hari ini diriku berkira-kira untuk mendelete sahaja blogku yang kosong ini...


Dulu, buat blog ini, tanpa tujuan sebab itu sekarang terasa seperti sia-sia..


Tapi, secebis sayang kepada blogku ini masih bersisa, kerana diri ini akan menjenguk blog ini sekiranya ada kelapangan..


Sekarang ini, kepala tengah berserabut, sebab tengah buat pilihan antara universiti dalam mahupun jordan (yang agak mahal kosnya..he..fikirkan duit..)dan mungkin entri kali ini agak mengarut dan tak tau pape..

maaf dipinta, andai membuang masa kalian membaca entriku kali ini..

Ya Allah berikanlah dan tunjukkanlah aku jalanMu, dan rungkaikanlah kekusutan yang berada di fikiranku..


Wallahua`lam..

..Mimpi seorang Gadis..

Bismillahirrahmanirrahim..


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apayang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua bendaitu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan

kepada fakir. Yan g lainnya hanya untuk bermuka- muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamupenghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telahdilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebuta dalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Sunday, March 14, 2010

..Siapakah Kita Di hadapan ALLAH?..

Bismillahirrahmanirrahim..






"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"




"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseorang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin â??straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan... mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

~Diambil pada laman motivasi..

.. Anak buah bertambah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 12 haribulan 3 tahun 2010.. maka lahirlah seorang baby comel ke dunia ini.. maka bertambahlah anak buahku, menjadi tujuh kesemuanya.. dan penantian untuk bulan 5 pulak.. kak ummiku sedang memikul anaknya bawa ke mana sahaja.. insyaAllah..

Semoga si kecil ini akan menjadi anak yang solehah pada ibunya.. dan menjadi mujahidah yang unggul suatu hari nanti... insyaAllah..



Ibunya bercadang untuk memberi nama, Nur Hanan Insyirah..






MasyaAllah.. sedih sangat nasyid ni.. mendayu-dayu.. anak solehah.. solehahkah aku pada kedua-dua ibubapaku?? Impianku.. insyaAllah..

..Mengapa begini??..

Bismillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah memberikan ana peluang dan kekuatan untuk terus berada disini.. mencoret sesuatu buat tatapan insan-insan yang sudi singgah disini.. terima kasih kepada semua..


Izinkan diri ini membuat sedikit pengakuan.. semoga dengan pengakuan yang pendek ini, dapat menghentikan berita palsu mengenai diri ana.. Kepada sesiapa yang mengenali diri ini dan yang menghebahkan berita tak betul ini, baca dan tengok pengakuan ini.. Ana hanya dapat maklumat, tukang sebarnya adalah seorang adik yang bersekolah satu sekolah dengan ana tahun lepas..


Buat adik-adikku sayang.. kalau dengar ape-ape mengenai akak, tolong tanya akak sendiri boleh tak?? jangan tanya pada orang yang tak tahu, semakin tersebarlah berita tipu ni.. Ini dah dikira fitnah..


Adik-adik mahabbahku buat masa sekarang, akak belum dikhitbah, belum bertunang, belum dicop oleh sesiapa pun.. harap faham dan mengerti.. hentikanlah bawak dan sebar berita tak betul ni.. dan bukan akak seorang sahaja yang menjadi mangsa, sahabat-sahabat akak yang lain pun ade yang terkena.. tapi, wallahua'lam kalau berita tentang sahabat-sahabat akak yang terkena itu betul, cuma akak yang tak tahu.. tanya tuan badan ye..

Yang pasti.. for sure akak punya, TIDAK......

Ok??

Kalau benda ni masih lagi sampai ke gegendang telinga akak, akak tak nak dah layan.. berita tak betul ni sekadar angin lalu sahaja.. akak akan biarkan.. cuma, kadang-kadang rasa geram..

Wallahua'lam..

Wassalam..


.. Take Time..

Bismillahirrahmanirrahim..

SaJak WaNiTa S0LeHah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.


Sajak diperolehi dalam laman sosial tagged, adik shuhai..

Sunday, March 7, 2010

..Istiqomah dalam penghambaan..

Bismillahirrahmanirrahim..


Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.


Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.


Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.


Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.


Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.


Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.


Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim Ibnu Adham.


Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: “Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”


Begitu juga Fudhail Ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.


Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.


Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)

Allah SWT juga berfirman :

Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56).

Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman:

Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.


Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.


~Artikel diambil, dalam kata lain dicopy paste di blog seorang hamba Allah yang bernama nurjeehan..

.. Abi Sheikh Abdul Rahman..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan menulis di sini..


Alhamdulillah, gembira rasa hati ini tatkala membuka yahoo mail, ada email baru masuk daripada sheikh kesayangan.. senyuman terukir.. Semalam ana ade menghantar email pada sheikh mengirimkan gambar sheikh yang diambil tahun lepas sebelum sheikh pulang ke Mesir.. Dah lama sheikh minta tapi....( dek kerana lupa wa sibuk + tak reti sangat takallam fi lughatul arabiah..nahunya berterabur)..(",)

Hantar email pada sheikh semalam pun, entahkan faham atau tidak sheikh.. Iyalah, tulis arab tapi huruf melayu.. tapi, kalau tak faham, takkan sheikh balas kan??





Sheikh Abdul Rahman(",)

Mudah-mudahan sheikh sentiasa sihat, gembira disamping keluarga tersayang.. dan semoga sheikh dan keluarga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.. insyaAllah.. sheikh kata nak tunggu ana kat Mesir.. Allah... entahkan pergi ke tidak+ natijah belum tahu lagi macam mana+ tak tahu nak pergi ke tidak ke mesir tu..( asalnya memang tak nak pergi.. tapi, wallahua'lam... segala-galanya ketentuan Allah..)

~Tapi, harap sheikh tak salah faham la ye, nabila baik ngan sheikh.. nabila anggap sheikh macam abi nabila sendiri.. sheikh dah ada zaujah, takut juga dengan sheikh ni.. hehe..

~Wassalam~

Friday, March 5, 2010

..Fikirkan sejenak..

Bismillahirrahmanirrahim..


"Pertama telahku pandang makhluk
yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa,
tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat
hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya
sampai ke tepi liang kubur..
Setelah itu, kesemua pulang dan meninggalkan ia terbaring
seorang diri.
Tak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya didalamnya..
yang demikian tak kudapati selai amal yang soleh. Sebab itu maka ku ambil ia
menjadi kekasihku,
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku,
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.."

-IMAM GHAZALI-


~Mudah-mudahan mendapat peringatan bersama-sama..


Thursday, March 4, 2010

.. Suatu Hari Di Masjid Terapung ..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah berdebu + bersawang nampaknya ruangan blogku ini.. siapa yang rajin, tolong vacuum dan bersihkan sawang2 ni, nanti dapat upah gula-gula 2bijik..(",)

Tajuk entri ini, dah lame sebenarnya tapi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, tak dapatlah ana nak menulis dihalaman blog ni.

19/2 lalu, rehlah kali ke-2 untuk pelajar-pelajar ex-stam diadakan di sekitar masjid terapung (boleh dikatakan macam reunion juga). Agenda pertama, di mulakan dengan kuliah dasar oleh seorang ustaz yang dijemput khas, tapi saat-saat akhir ustaz tersebut tak dapat datang kerana ada hal penting.. (kuliah dekat surau taman purnama, tak silap ana).

Lepas minum pagi, kami pun pergi la ke tempat riadah dekat masjid terapung, akhwat ade dua buah kereta je. satu angkut barang, satu angkut orang.. sebabnya, yang tahu bawa kereta cuma 2 orang, seorang secara halal seorang secara haram(lesen). Tindakan berani tanggung risiko..

Alkisahnya, tengah-tengah kami berusrah..

Lalu la sebuah kereta yang cukup, cukup, cukup terkenal.. teka??




POLIS



nak tangkap kami ke?? pelik + ajaib, mase rehlah kali pertama pun polis round area itu juga..

kami bukan nak buat rusuhan, demo atau apa sahaja.. hanya nak berehlah.
kami pun pandang aje polis tu lalu.. buat biasa. tiada apa-apa. cuma gimik daripada polis itu..

Satu lagi pemandangan pelik tapi benar..

Lelaki dan perempuan naik motor bersama, atau lain-lain kenderaan, pun berhenti area kat situ jgk.. ooo.. nak berehlah jugak kot..

eh, snap picture bersama dan snap gambar(`isteri', kawan perempuan, makwe??) la..

Dating kat kawasan masjid?? hebat..

Melihat keadaan sekeliling, ade daripada sahabat yang mengeluarkan isu muda mudi sekarang, ini baru di terengganu.. dekat lain-lain negeri?? nauzubillah...

Panorama kini... ape nak jadi??


Bila kau bergelar DAIE,
kau wajib sedar..
Bahawa jiwa kau tidak boleh lama-lama menjadi REMAJA..
Bak kata Al-Banna,
"tanggungjawab melebihi masa yang ada",
dan tarbiyyah yang anggap
itulah kalimah iblis syaitan..
Pabila teruna menuturkan harapan indah,
kau yakin janjiNya lebih bahagia disana,
kerana kau mengerti dan menyedari akan erti maruah
peribadi sejati yang diselaputi iman yang hakiki,
yang tidak semurah itu...

(mesej diterima daripada seorang sahabat baikku, Halimatussaadiah Mohd Safir)



Kadang-kadang diri ini selalu berfikiran sendirian..
mampukah aku??
mampukah aku untuk memikul beban dakwah ini,
sedangkan untuk menegur ahli keluarga sendiri pun, aku tidak mampu..
Kerana aku tidak yakin dengan diriku, terasa ada yang kurang pada diri ini,
untuk menegur insan lain..
Tapi sampai bila??
Tiada manusia yang ma'sum..
Setiap anak adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik kesilapan dengan bertaubat
kepada Allah..

Hanya sekadarnya sahaja..

Hilang kekuatanku..
Ya Allah, kurniakan aku kekuatan andai aku terpilih untuk memikul beban dakwah ini..
Kuatkan aku untuk menghadapi segala dugaan hidup,
agar aku tidak berputus asa..
agar aku tahu bahawa Engkau sentiasa bersamaku..

Ilahi.. Anta maqsuudi..