Friday, April 24, 2009

Khalifah




Salam perjuangan kpd sahabat2..insyaAllah jika dipanjangkan umur dan diizinkan Allah utk diri ini menulis lagi, kita akan jumpe pada masa len.. Dan ketahuilah, kita diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadah kpdnya.. dan jadikanlah solatmu,ibadatmu,hidupmu,matimu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Allah S.W.T..semata-mata. Akhir kalam, semoga berjumpa lagi..

Si Suci Putih Bersih





Ni tentang baby comel.. Ana nak cerita sikit pasal anak saudara baru ana.. Ptg semalam pegi la umah akak yang baru 3minggu lebih bersalin.. tengok sicomel tgh tidur.. YaAllah... comelnye die..Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa yang menjadikan sesuatu. Merah lagi, montel, geram rasenya.. namanya Najwa Soleha. Ana suke sgt tgk baby.. bersih, xde dosa lagi. Terasa banyak kekhilafan yang telah diri ini lakukan sepanjang hidup diatas muka bumi ini...


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami




Ampunilah dosa2 ku dan sahabat2ku YaAllah...

Sambung mengenai anak sedara td, mule2 takut nak pangku die sebab kecik lagi..tp, nak try jgk, suh mak ana amikkan soleha nak pangku die.. alhamdulillah, dpt jgk pangku soleha, comel sgt.. nyenyak jer die tidur.. Mudah2an die akan jadi anak yang solehah.. kepada kak ummi dan abg sabri, tahniah diatas kelahiran baby baru..


Alwaktu kalsaif





Assalamualaikum.. Alhamdulillah setelah sekian lama berada di hostel.. dpt jgk diriku balik rumah..dan baru hari ni ade kesempatan nak menulis.. Ptg ni da nak balik hostel. Taun ni nak exam STAM so, kena slow sket la aktiviti len, termasuk la tulis lam blog ni... kadang2 bukak, xsempat nak tulis.. Rase jgk kdg2 tu, xnak balik hostel...Tp, perjuangan mesti diteruskan. Tahun ni tahun last, tahun perjuangan kena buat yang terbaik.. alang2 dah belajar, mesti nak the best.. nak dpt kejayaan dan keredhaan Allah.. Pernah ikhwan dlm kelas bagi tazkirah kita tuntut ilmu ni kerana Allah, memang cita2 kita nak jadi lawyer, doktor tp itu semua adalah sampingan saje, yang utama adalah kita nak mencapai mardhotillah.. Mudah2an kelas ana 2, akan menjadi pusat tarbiyyah.. insyaAllah. Lepas ni sibuk dgn bahas plak(kerja kursus) tuk madah balaghah dan adab nusus. Ustazah ana kata, taun lepas, ade yang menangis2 buat kerja ni.. berdebar jgk, moga Allah permudahkan urusan ana. Masa penting sgt2.. pasni, kena struggle tuk midyear exam plak.. dgr2 kate akan ade penukaran kelas, result ok kelas depan. xok kelas last la..





Friday, March 27, 2009

PERSPEKTIF CINTA DALAM ISLAM

Melalui penyata yang juga merupakan surat kiriman dari Allah tertera mengenai
cinta.

a) Cinta kehadrat Ilahi.

Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui skil
cinta murni kehadrat Ilahi. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan ia menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
(أول الدين معرفة الله ).

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab
pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

- Surah Al-baqarah ayat : 165 –

Meletakkan diri dalam zumrah orang-orang yang menyintai Allah mestilah
bertindak penuh dengan mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.Firman Allah SWT :

- Surah Al-Kahfi ayat : 11 –

Pencinta Allah adalah pemilik iman yang komited merangkap pejuang yang
dinamis.Mereka menanggapi kewujudan Allah sebagai Qadhi Rabbul Jalil yang tiada tandingan.
Firman Allah SWT :

- Surah Al-Maidah ayat : 50 –
- Surah an-Nisa’ ayat : 124 –

Merekalah tentera Allah yang aktif dan terpilih untuk bertugas gigih bagi
memastikan agama tertegak di muka bumi ini,pula layak menyandang pingat kejayan sejati.

- Surah Al-Maidah ayat : 54 –

Individu mukmin dalam memburu kesempurnaan ibadat dan kejayaan perjuangan sepastinya merangkul erat nilai cinta kepada Allah.

1. تقرب إلى الله
2. مراقبة الله
3. جهاد فى سبيل الله

Kecintaan kepada Allah antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta
Allah sedangkan nusrah dan cinta Allah pula menjadi saranan terpenting yang digunakan untuk menjamin keistiqomahan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh-musuh Allah .

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Menjelaskan tentang nilai cinta Allah telah berkata :

العلامة أبو يزيد البسطامى : ليس العجب من حبى لك وأنا عبد فقير إنما العجب من حبك لى وأنت ملك قدير
ترجمة فى الطبقات الكبرى 1/65)

b) Kecintaan kepada Rasul

Perutusan duta besar المصطفى ملعمadalah pemegang mohor yang maha Agung
untuk menguruskan dan mengendalikan titah perintah عزوجل sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan الطواغيت
Firman Allah SWT :

- Surah An-Nahl ayat : 36 –

Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda Rasul saw bahawa ia semestinya
dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor diri sekaligus menyungkurkan puak jahili.


Menyintai Baginda Rasul saw bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah SWT.Firman Allah SWT :

- Surah Al-Hasyar ayat : 7 –

Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw mampu menghadirkan cinta Allah
sebagai satu gandingan cinta sejagat. Cinta inilah yang berenergy tinggi ke lokasi tenang dan bahagia serta penyelamat dari sentuhan azab.Firman Allah SWT :

- Surah At-Taubah ayat : 24 –

c) Cinta mukmin

Interaksi cinta sesama mukmin antara pembuluh yang menyalurkan ‘Izzah dan
Himmah Ummah Muhammadiah. Keprihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program ukhuwwah Addiniah yang bercagarkan percintaan sesama insan.Abu Al A’la Al Maududi dalam risalahnya (تيف السبيل إلى وحدة الأمة الإسلامية ) telah merakamkan :

لست مبالغا فيما أقول أنه لا توجد نظرية لا فى لقديم ولا فى الحديث توجد الإنسانية وتصلح أساسا للدولة العالمية إلا نظرية الإسلام والإسلام فقط هذه هى منهجية الوحيدة التى باستطاعتها أن تجمع بين الناس جميعا وتجعل منهم عائلة واحدة يتكون منها مجتمع عالمى و تنشاء عليها دولة عالمية.

Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin,menyuburkan semangat تناصر dalam pembinaan akidah yang mantap,sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله إخوانا المسلم أخو المسلم لا يظلم ولا يخذله ولا يحقره التقوى ها هنا ويشير إلى صدره ثلاث مرات ( أخرجه المسلم )

Akidah yang mantap, sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga yang efektif untuk menggempur elemen jahiliyyah dan menangani manipulasi Al-Ahzab moden. Berlangsungnya pembelengguan dan penjajahan ummah kini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang. Dunia kini merintih kehausan عدالة – سعادة – ومحبة angkara retaknya solidariti ummah.lantas itulah Allah berfirman :
واعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم……..


- Surah Ali Imran ayat :

Friday, March 20, 2009


15PERKARA PENYEBAB BALA

Rasulullah S.A.W bersabda antara lain maksudnya,"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka melakukan 15 perkara iaitu..:



1.Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri dan keluarga)

2.Amanah dianggap ghanimah

3.Membayar zakat dianggap merugikan

4.Suami tunduk pada isteri

5.Derhaka kepada ibu

6.Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran

7.Membenci ayah

8.Bersuara keras(menjerit-jerit)di masjid

9.Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya

10.Orang ditakuti(dihormati)kerana kejahatannya

11.Minum arak berleluasa

12.Semakin ramai lelaki memakai sutera

13.Wanita menari dikhalayak ramai dianggap perkara biasa

14.Permainan muzik merata2.

15.Umat akhir zaman sewenang2nya mengutuk umat2 permulaan termasuk para sahabat Nabi S.A.W dan para imam muktabar(menolak fatwa)



Dan ketika itu turunlah azab berupa angin merah(jerubu)atau gempa bumi, keruntuhan akhlak(moral) atau kemusnahan ekonomi"

)Diriwayatkan oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali R.A dari kitab Irsyadul`Ibid Ila Ir-Rasyad)

Dipetik daripada buku: Mustafa Kamal Ataturk dan ideologinya








CERMIN DIRI SENDIRI

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

Copy from NASIHAT TERPILIH..

Thursday, March 19, 2009

Cara Tidur..

Bagaimanakah cara tidur sahabat2 sekalian? mengiring, meniarap, kuak lentang??(sekadar rileks minda sahaja). Tahukah sahabat2 sekalian ade 4 cara tidur.. Mari sama2 kita check,bagaimana cara tidur kita..

-TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
-TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
-TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
-TIDUR SYAITAN
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka.