Sunday, February 27, 2011

..Praktikal as Journalist at INSANIAH..^_^


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih dapat lagi menghirup oksigen-oksigen yang dibekalkan oleh Allah diatas muka bumi ini.. dan alhamdulillah jua kerana masih diberi kesempatan untuk kita bertemu lagi pada post kali ini..(^^,)


Kak anisah: "ok, kite akan mule praktikal sebab ade beberapa program bawah MPM minggu ni, kena buat kerja mengikut group yang dah dibagi hari tu ye.. buat yang terbaik untuk group masing-masing sebab nanti kite akan bandingkan hasil kerja masing-masing. ok, group satu (ana la tu) dan group tiga, kena masuk dalam program kursus pra perkahwinan.

Muke masing-masing sengih macam kerang busuk.. kursus pra perkahwinan??

Best-best, bleh tumpang sekaki..n__n

*****************************


Kursus bermula pada hari jumaat dan berakhir petang sabtu. Ana kena bertugas hari sabtu. Jam 8.30 pagi sabtu..

Zubaidah call " Naila kat mane ni?
" On the way, tunggu sat noh.. bas lambat tadi"

*****************************

Dengan mengenakan jaket adhoc (dah macam rupa wartawan pun) kami pun masuk dalam bilik kuliah yang digunakan untuk kursus tersebut. Alhamdulillah, ramai juga yang menyertai dalam 160 orang, mengikut apa yang diberitahu oleh pengarah pada kami.

Tugas pertama: Tangkap gambar
Tugas kedua: Tengok perjalanan program
Tugas ketiga: Interview peserta, pengarah, timbalan dan yang sewaktu dengannya..

Wartawan yang sedang belajar untuk jadi wartawan yang betul.. jadi sebarang kesilapan harap dimaafkan..( gambar dikaburkan atas sebab keselamatan^^)


Peserta yang ditemuramah oleh seorang sahabat yang bertugas bersama. komitmen yang baik. terima kasih.





Antara peserta yang menyertai..

---->> Banyak lagi gambar-gambar yang diambil tapi tak dapatlah nak uploadkan semua atas sebab-sebab tertentu.. Kami budak baru belajar kalau salah harap perbetulkan.. Syukran jiddan.


.. Manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah pada diri sendiri. manusia seperti itu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama-lamanya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasaterkilan yang berpanjangan.. Justeru, untuk jadi manusia hebat kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah beserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenalpasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita aakn mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan tersembunyi dalam diri kita. Yakinlah bahawa DIA menciptakan kita sebagai makhluk unik dengan sebaik-baik kejadian..(",)


Friday, February 18, 2011

..Syaitan itu KREATIF..

Bismillahirrahmanirrahim..




Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading– maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

-sumber: iluvislam.com




--->> Fesyen zaman kini melambak-lambak.. nama busana muslimah, tetapi tetap tidak mengikut syariat yang ditetapkan.. ya, nak bergaya, cantik, bergaya tidak salah.. tapi bersederhana dan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam etika pemakaian islam.. Ingat kaum hawa, jangan kerana diri kita, ISLAM itu tercemar. Sudahlah wanita itu fitnah, jangan diri kita yang menjadi bahan kepada fitnah itu.. Jagalah sebaik mungkin diri kalian.. Salam penuh kasih sayang buat semua muslimah sekalian..(",).

Sunday, February 6, 2011

..Pain is beautiful..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

First, maaf sebab dah lame tak update blog.. kepada yang sudi mengunjung, syukran jiddan.. walaupun tengok blog takde new post.

Alhamdulillah, baru baik daripada demam dan lelah.. semoga sakit itu menjadi kaffarah dosa-dosa lalu.. insyaAllah..

..Sakit itu indah... kan?

Mungkin disebabkan diri ini tidak banyak mengingati Allah, Allah menganugerahkan kesakitan untuk lebih mengingatiNya.. Seharian tak dapat bangun, tidak dapat membuat banyak pergerakan.. subhanaAllah..

Allah buat segala-galanya cantik.. Allah hilangkan sekejap selera makan.. ana perhatikan sepanjang tiada selera makan tiada pula rase perut yang lapar, selepas kebah je demam, selera datang, perut pun selalu lapar.. Allah..

Berapa kali dalam sehari kita ingat Allah?? Dalam setahun? sebulan? seminggu? banyak tak? kalau banyak alhamdulillah, kalau masih kurang sama-sama kita perbaiki lepas ni.. insyaAllah. Tanamkan dalam hati segala pergerakan dan perbuatan kita adalah kerana Allah.. Bile sakit, automatik mulut menyebut, Ya Allah sakitnya....

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat padamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

( surah baqarah:152)

Berapa ramai yang bersyukur bila dikurniakan kesihatan yang baik?? Berapa ramai yang bersyukur dengan keadaannya yang cukup sifat? Malu la kita pada Allah jika kita tidak pernah pun mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, dan malu la kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah sedangkan kita makan daripada sumber rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. dan melakukan maksiat di atas muka bumi hak milik Allah.

.. Sakit tu pun ujian.. kan?

Sakit adalah ujian sebab tu kena sabar. Kalau demam sakit akan sembuh kalau 2 or 3 hari, paling lama pun seminggu.. Kalau ditimpa sakit lain pun kena la bersabar sebab... Allah sedang melihat tahap keimanan hambaNya.. setakat mana hambaNya mampu bertahan.. cuba untuk tidak mengeluh walaupun kita benar-benar penat dengan ujian ini...

'' Cakap memang la senang, bukan awak yang kena sakit ni"
" Bukan awak kena musibah ni"
"Bukan awak rasa ape yang saya rasa"

Statement yang biasa didengari... Allah, ketahuilah bahawa Allah menyayangi kalian dengan ujian-ujian ini... Semoga Allah sama-sama menguatkan hati dan iman kita tatkala Dia menghadiahkan ujian untuk kita. Mungkin ujian tu sekarang? esok? wallahu'lam... kita tak tahu bila Allah akan menguji kita..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

(surah baqarah:286)


Setiap aturan Allah itu begitu indan dan unik sekali.. maka pandanglah dengan mata hati.. Setiap apa yang berlaku jua pasti ada hikmahnya...(",)


--->> Selamat kembali ke tanah air sahabat2ku sekalian yang merantau ke bumi mesir.. semoga selamat sampai ke Malaysia.. Allah sedang menguji kalian.. mungkin Allah ingin kalian membantu gerak kerja untuk PRU 13?? siapa tahu hikmah disebaliknya.. insyaAllah kemenengan milik Islam...^_^