Thursday, September 9, 2010

.. Salam Lebaran.. Eidulfitri..

Assalamualaikum w.b.t..

Kepada semua yang mengenali diri ini, ana ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.. Kullu am, wa antum/na bikhoir..



Sahabat-sahabatku sekalian, asif jiddan ala kulli hal sepanjang persahabatan kita bersama.. Moga ukhwah yang terbina kekal ke akhirnya.. Mahabbah fillah..(^_^)

Jemput2 datang ke rumah..(n_n)

Sunday, September 5, 2010

..Tarik balik..

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam.

Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.

Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

..Iklan Raya TV3 yang menyesatkan..




Alahai... Kenapalah dalam iklan raya TV3 ada mesej tersembunyi juga? Pelik... Siapakah(watak) sebenarnya lelaki tua tersebut? Kenapa mesti menyerupai POPE?

Pope.
Atau Santa Claus?


Ya Allah... Apa nak jadi? Adakah iklan ini tidak terlepas daripada dakwah freemason untuk menyesat umat Islam? 1 MALAYSIA? Buatlah satu, dua, tiga atau empat kempen seperti begini.. tetapi anda harus faham agama tidak boleh dicampurkan... Aku rasa Ayah Pin ketawa lihat iklan ni... sama je konsep dengan ajaran sesatnya... 1 agama sahaja.. Eh, seperti agama NWO pulak! Apa tu NWO? New World Order Religion! Fulamak! Macam-macam cara mereka mahu sesatkan kita!




Ingat...
Mereka dah mengkaji Islam dan cara memesongkan akidah..




Apa motifnya dengan jawi terbalik?

Saya mahu pihak berwajib menegur pihak TV3 supaya mereka lebih peka dan hormat terhadap tulisan jawi itu sendiri..

Menurut blogger Kalamul Haqq:
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..



Mesej Yang Tersembunyi?
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)



Renungkanlah~

~Copypaste daripada blog ibnu-khalid.blogspot.com

Saturday, September 4, 2010

..Dia, student KUIN..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

"Rumaisa nak pergi tak?tanya ibuku
"Tak sure la mak, samar-samar, tak nampak..
"Buat la keputusan cepat dah takde mase, kalau tak daftar kat Insaniah tu, nanti blacklist name tu, melepas pulak kalau universiti tak dapat.. fikir elok-elok..

Renung syiling, pusing kiri pusing kanan, solat sunat... samar............ tapi hati tenang..

Esoknya,
"Mak, nak pergi la..
"Betul?
''Em, insyaAllah.."Ok, kemas la dulu barang-barang nanti tanya ayah nak bertolak bile.. kemungkinan kite terus pergi besok sebab ayah susah nak dapat cuti, cuti ayah tak banyak..

Hah, esok??

---------------------------------------------------------------------
Hari pertama menjejakkan kaki ke Insaniah terasa begitu kekok, langkahku seperti tidak teratur. Dadaku cukup hebat bergetar. Sungguh asing tempat itu.. Namun aku tersenyum melihat pelajar-pelajar yang mengenakan tudung labuh, jubah, dan berbaju kurung.. Alhamdulillah, kerana aku tidak melihat perempuan yang pakai jeans, baju adik dan sebagainya yang berlaku di universiti-universiti tempatan sekarang ini.

Selepas register nama di pejabat Hal Ehwal Akademik, aku perlu menyiapkan beberapa kerja lain yang masih perlu aku bereskan. Pergi ke Hal Ehwal pelajar, kokurikulum, hostel, kad matrik, pusat bahasa.. Mak aih, tempatnya takde la dekat-dekat turun naik tangga juga.. Kesian mak ayah, lepas kepenatan ikut aku kesana kemari, mak suruh aku settlekan sendiri mak tunggu aje.. berdikari sikit ye, pesan mak.
Dalam hati, aku sorang?? huu.. takut, malu, tak kenal orang... tak berani...

Tekad, kena berani melangkah dengan pasti..

"Assalamualaikum, tumpang tanya, pusat bahasa kat mane?
"Assalamualaikum, nak buat kad matrik kat mane? nak pergi HEP kat mane? bla..bla..bla..
Habis semua orang yang lalu tepi aku, aku tanya..hehe

"I'm sorry" kataku yang hampir melanggar orang Somalia..
"It's ok.. new student?
''Ya, i'm new here..sambil memberikan senyuman..

Ramainya kaum die disini.. hehe.. Somalia, Nigeria, Thailand, China.. sumer ada..
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dah 2 bulan aku belajar di Insaniah.. semakin lama terasa semakin suka dan dapat sesuaikan diri disini.. Alhamdulillah, di Insaniah ni, Al-quran wajib dihafal. Sekurang-kurangnya aku boleh ulang balik hafalan yang pernah dihafal mase di Imtiaz dulu(Kostaq). Takut jugak, juzuk satu, dua takpe lagi... Aih, berdosanya aku tinggal hafalan.. Dulu, ustaz selalu pesan Al-quran ibarat unta, kena ikat kemas-kemas, kalau tak, terlepas susah nak tangkap balik..

Apepun, aku bersyukur kerana masuk disini, Kolej Universiti INSANIAH.. Di sini, biah solehah itu masih wujud walaupun dah sedikit suram suasana itu.. entah kenapa.. setiap kali aku masuk ke tempat yang orang selalu perkatakan yang islam gah disitu, pasti tempat itu mulai malap.. dan aku tak berharap Insaniah hilang suasana itu, semoga Allah merahmati Insaniah.. Mungkin perlu ade yang bangkitkan kembali suasana ini?

Disinilah segala ape yang aku pelajari dahulu perlu diamalkan..aku perlukan sahabat-sahabat seperti yang aku temui di Smaasza, aku tak kuat keseorangan menghadapi badai yang bergelora ini.. Ya Allah, berikan aku kekuatan.

-------------------------------------------------------------

Ada mase nanti nak snap picture suasana kolej dan upload dalam ni, sebagai tatapan tuk semua yang ingin mengenali INSANIAH..


Program TripleTtraining.. program usrah..(gelap kerana diedit)

~sekadar perkongsian insan kerdil.. sebarang perkara yang tidak sesuai dan sebarang kekurangan dalam penulisan, mohon kemaafan.. kerana diriku sedang belajar untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk ummah.. doakan diriku.. insyaAllah..

Friday, September 3, 2010

..Pengalaman..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, lame sangat dah tak update blog.. nak kate busy sangat pun takde la, tapi save duit. nak pergi cc selalu dan menghadap komputer lame-lame tak boleh la..(n_n)

Alhamdulillah pagi 2/9 sampai dungun pukul 7.30 a.m dengan selamat.. Sebelum balik, macam-macam perkara bermain dalam fikiran, kalau ikutkan takut, tak balik beraya la nampaknya.. Nanti hari raya haji nak balik naik flight, insyaAllah, kalau mak bagi.. hehe. Malam sebelum naik bas tu, alhamdulillah ade akak yang nak balik ke terengganu jugak ajak pergi kaunter tanya pasal bas, kami kena tumpang bas segamat pergi sungai petani then tukar bas kat situ untuk ke dungun. Kalau tak, dah kena tinggal dek bas tu.. Dahla sebelum balik, mimpi kena tinggal bas..(-_-').

Sepanjang perjalanan kat Grik, tak boleh nak tidur.. asal nak terlelap je, terjaga.. laju bangat pakcik ni bawak bas, kat selekoh cam ular plak tu.. Istighfar banyak-banyak, bace ayat kursi, ingat Allah.. tu lah mesej daripada mak tercinta.. Sekali pakcik ni belok, kecut perut.. Ada sekali tu, tindakan spontan pegang akak yang balik sekali kat sebelah yang tengah tidur, die terkejut..

Dia tanya, kenapa?
Jawab la, terkejut, laju..(-_-')hehe

Alhamdulillah, selamat juga sampai ke rumah..

(Ape motif ana cerita ni ye?)(n_n)v

motifnya.. TAWAKKAL TU ALA ALLAH.. Letakkan perlindungan pada Allah, kerana Dialah yang menentukan segala-galanya..

..Salam terakhir.. andai dirimu tahu..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kedatangannya dinanti,
Pemergiannya ditangisi oleh hamba-hambaMu yang beriman..

Apa yang telah dirimu lakukan sepanjang bulan barakah ini?
Qiammulail?
Tadarrus Al-Quran?
Sedekah?
Amalan sunat?

Andai dirimu tahu ini adalah Ramadhan terakhir buatmu,
Pasti dirimu akan pulun Al-quran sehabis daya,
Andai dirimu tahu ini adalah ramadhan terakhir buatmu,
Pasti solat sunat terawih tidak akan ditinggalkan,
Andai dirimu tahu ini adalah ramadhan terakhir buatmu,
Pasti qiammulailmu tidak ketinggalan,
Andai dirimu tahu ini adalah ramadhan terakhirmu buatmu,
Pasti amalan sedekah ringan buatmu,
Andai dirimu tahu ini adalah ramadhan terakhir buatmu,
Pasti amalan sunat dilakukan dengan berganda..
Andai dirimu tahu ini adalah ramadhan terakhir buatmu,
Pasti dirimu mengajar lailatulqadar, bukannya lailatul kamdar..

Andai dirimu tahu...
Andai dirimu mengerti..
Andai Ramadhan ini bererti buatmu..
Andai Ramadhan ini bererti buat kita semua..
Ramadhan itu bakal meninggalkan kita...
Adakah kita dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang???


"Allahumma bariklana fi ramadhan...."