Friday, May 28, 2010

..Saat bersama..

Nabila sedang mengemaskini buku rekod kehadiran mengaji anak buahnya.. Selepas itu, dia mengintai-ngintai ke luar menanti kedatangan anak buahnya untuk mengaji hari ini.


Ha, dah datang dah.. Dari luar bilik guru, aku ternampak kelibat si kecik tu.


Haiqal meluru ke dalam bilik guru..


"Cikgu, ais...hahaha". Kata si kecik itu..


Aku pun terus kakukan diri, iyela.. ais..


"Water.."ekeke.. tawa si kecik kerana aku melayannya..


"Ish, kamu ni haiqal, ngan cikgu pun nak main ais and water jugak.."


"Ala cikgu ni.. sekali sekala, dua kali dua kala..hehehe"


Aku hanya menggeleng..


Setiap kali aku mengajar anak-anak muridku, pasti ada sahaja yang akan mengingatkanku sewaktu aku sebaya dengan mereka.. Zaman kanak-kanak yang tidak tahu menahu tentang peranan sebenar hidup dan segala-galanya..


"Cikgu, tengok dia ambil pensil kiter"

"Cikgu, dia tak nak kawan dengan kiter"

"Cikgu, dia kacau saya"

Dan macam-macam lagi la.. Waktu kecik-kecik dulu, aku pun begitu.. tersenyum.


"Alif, lam, lam, ha, sape duduk die berdosa..". Aku tergelak masih ada yang buat begitu.. Ish,ish,ish....


"Cikgu, cikgu.. syaitan jahatkan??"

" Ye, sayang.. syaitan adalah musuh kiter yang sangat nyata. Amirul tahu musuh ape?"

"Em... musuh eh cikgu.. kalu musuh, kiter kena lawan la.."

"Haa, pandai pun.."



Psikologi budak-budak, aku pun kurang mahir dengannya.. yang pasti jika ingin menerangkan sesuatu, perlu menggunakan pendekatan yang baik. Jika tidak, lain jadinya.







Sebagai perkongsian sahaja, cerita kosong.. idea pun dah kering.. (^_^)v

Seminggu lagi untuk bersama dengan anak-anak muridku.. Sedih.











No comments:

Post a Comment