Friday, May 21, 2010

.. Guru ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Rasanya dah lame ana tidak mengupdate blog ni, semenjak....
jadi cikgu ganti.. hehe. Kadang-kadang sibuk (mensibukkan diri pun termasuk,(^_^') dan tak sempat untuk buka internet, tunggu hari minggu, baru bukak.

Em, rasanya masih belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua tenaga pengajar yang mengajarku tak kire la masa pasti(pakai jubah hijau n jilbab putih, bukan tadika yang pakai baju petak-petak tu k..)Click Me~sampaila sekolahku yang terakhir, sek. men. agama atas sultan zainal abidin..


Hari Guru yang amat bermakna semasa di Kostaq kerana dah dekat nak kena tutup sekolah tu (tapi sambut lagi) kerana ada pihak yang tak senang dengannya.. Suasana cukup-cukup feeling (ana la.. yang lain tak tau..)Click Me~

Itu kisah zaman ana sekolah..





Hari Rabu, sekolah buat sambutan hari guru..
Hari hujan, tapi permainan untuk guru tetap berjalan..


" Selamat Hari Guru cikgu..nah, hadiah"

" Wa, untuk cikgu pun ade?, terima kasih.."

Berderet-deret anak muridku datang jumpe nak ucap Selamat Hari Guru.. Kalau dulu, diriku dan kawan-kawan yang mengucapkan hari guru dan memberi hadiah, skarang murid-muridku pula..

Patutla orang kate, kerja seorang guru adalah mulia.. sebab memang banyak kerenah murid-murid yang nak kena layan terutama darjah satu la..(ana dah pun merasainya,jadi kepada sesiapa yang tak tau menghargai guru, jadila cikgu..)Click Me~

Ada hari, diriku ini dapat bertahan dengan mereka, bila dah naik kepala..Click Me~ ini tak boleh dibiarkan!! Tinggikan suara anda, anak murid pasti diam dan terkedu..Click Me~. Kepada sesiapa yang mengenali ana, adakah percaya ana meninggikan suara??(bersabar adalah amat perlu dalam karier seorang guru, sekian. harap maklum)

Memang satu pengalaman yang sangat indah dirasakan sepanjang menjadi guru ganti ni.. Tempoh berkhidmat masih tinggal 2 minggu.. rasa sedih dan berat hati jugak. tapi bila kecewa dengan sikap murid-murid.. rasa macam nak berenti cepat (tak patut)Click Me~

Walau macammane pun, ana gembira kerana diberi peluang untuk merasai peranan or tugas sebagai seorang guru.

"Cikgu sayangkan kamu semua.."Diriku amat menyayangi semua anak-anak muridku kerana Allah. Jika bukan ketentuanNya, maka tidaklah berjumpa cikgu dan kamu semua...Click Me~

No comments:

Post a Comment