Monday, January 4, 2010

Memori berputar kembali..

Bismillahirrahmanirrahim...


Setahun yang berlalu, bagaikan tak terasa... sebentar cuma.. kalau taun lepas, pagi2 lagi dah siap2 nak pegi sekolah.. hari sabtu 2 dah balik asrama.. sebelum balik hostel 2, besenya ckp kat mak cam nak demam je mak.. xyah balik lagi la... pas2, besenya dapat sepit ketam percuma daripada mak... (bes..)

Skarang pagi2 intai mak kat dapur, pah2 wat pape yang patut untuk umah.. pas2 tgk jalan, keta lalu lalang, tgk burung n ayam ayah.. (memang xde keja la..). pagi2 mak n ayah dah tinggal diriku sorang2 kat umah pegi ngaja.. nasib bek tok ade..

Memang nak cari keje, tp xdapat lagi.. hari jumaat ni nak pegi pondok pasir tumbuh kat Kelantan.. sebulan duk sana.. jadi blog ni akan sepi selama sebulan dan kalu panjang umur, lpas balik dari pondok ana akan terus menulis jika diizin olehNya..

Semalam jari jemariku mencapai album melihat gambar bersama teman2 seperjuangan ketika mengharungi liku2 kehidupan di asrama.. senyuman terukir.. teringat plak citer ni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Awal tahun lepas, heboh pasal histeria yang melanda aspuri.. ana pun nak cuba cari pengalaman dengan tgk mangsa2.. mule2 gerun jgk, tp wat biasa je la.. dah, yang paling tua kat asrama, 6atas la..

Ade satu hari 2, 3 orang histeria sekaligus.. ptg kat2 maghrib terjadi.. tunggu ustaz arab tuk selesaikan masalah ni.. ana dan sahabat2 buat la dulu ape2 yang patut sblm ustaz datang .. ana xreti ngat, tolong2 sahabat2 ana je.. sahabat ana suruh, ana wat..

Malam 2, ana xleh nak tido.. last2..

"em, kak nak tido tepi adik leh x??"
"bleh.. nape kak?"
"akak xleh tido la.."

lepas 2 elok plak ana tido kat tepi adik 2..mungkin fikirkan sgt kot pasal kejadian 2.. sebab 2 xleh tido..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rindu la kat sahabat2.. lame dah xgaduh..=)..

Biasenya, pagi 2 lepas solat subuh dan bacaan surah kahfi.. kami siap2 tuk riadah pagi.. (awal2 tahun je la ni..) main bola jaring, main wat peraturan sendiri.. lepas 2 makan ramai2..

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingat lagi mase mula2 sahabat ana yang pegang jawatan exco dakwah kate berkemungkinan 6atas ni sumer jadi naqibah..

Bulat mate ana.. ana tgk la sahabat tepi ana.. dia pun tengok ana.. xpenah jadi naqibah, takut xbleh handle la.. Sahabat ana pun kate, xpe la.. cuba..

Mase name naqibah dan anak buah keluar.. dup dap dup dap.. mintak2 form one...

~Hah, form 4?? alamak... caner ni... takut tak tertanggung la amanah ni.. mcm lemah je rase..
tiba2, airmata kuar... eh2, apasal air mata ni?? lebat plak 2...

Sahabat ana pun datang tanya..

"nape?"

"nape awk bagi saya pegang form4?? sy xnak la jadi naqibah, sy banyak kekurangan..ilmu belum cukup nak bimbing orang lain.."

"la... xsemestinya jadi naqibah kena perfect semua skali.. kita pun kena dan perlu cuba berubah kepada yang lebih baik la, dalam pada kita membawa diorang.. faham?"

"awak cakap senang la.. awak banyak ilmu.. saya xlayak..."

"MasyaAllah.. kita same je.. sebab tu, kita kena cari ilmu untukbimbing orang lain.. kalu awk xlayak, awak xterpilih pulak.. xpe, slow2 k... cuba... insyaAllah.."

"insyaAllah.."

"ha, macam tu la.."

Ana akur, besarnya amanah ini.. tp, insyaAllah dengan bantuan sahabat2 sekalian.. lepas tu, name naqibah dan anak buah bertukar lagi..ana kena pegang adik2 form5 plak.. xpe.. cuba, cuba, cuba.. ana memujuk hati, demi Allah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mase exam stam, hari kedua xsilap.. mase tu puasa.. tengah-tengah jawab kertas tauhid mantiq kertas 1..

Tiba-tiba...


~aduh... pedih dan sakitnye perut ni.. macam ade orang cucuk2 je usus aku ni... masyaAllah.. kenapa ni.. sakitnya... sejuk tangan2..

Ana pun genggam tangan pastu buka, ulang banyak kali gak..

~xsilap aku, pagi tadi dah sahur.. xkan gastrik kot..

Puas ana fikir kenapa perut ana ni.. mase 2, setengah jam lagi xsilap nak habis mase menjawab..
tahan.... tahan... tahan....

= MASA TAMAT= (Ketua yang jaga peperiksaan bagi arahan)

Ya Allah.. sakit lagi ni...

Keluar dewan, terus pegi kat sahabat ana.. mengadu sakit perut.. ana ajak dia balik hostel cepat..
Jalan dalam keadaan sakit perut, nak jatuh rasenya.. ana pegang tangan sahabat ana, kuat sangat.. kesian die..

Sampai bilik rehat.. sahabat ana yang lain plak tegur..

" Ya Allah, nape ni..pucatnya muka.."

Ana memang xlarat mase tu... sahabat ana tanya buke puase ehh... ana pun angguk jer... sahabat ana tolong ambil makanan.. terharu rase... nasib baik la jgk, kertas petang tu insya' mutolaah.. insya' pun, pakai otak gak nak fikir ayat... lepas makan 2, alhamdulillah dah baik.. (agaknya cuka kat ayam, 2 yang pedih perut cam gastrik) ana pun terus pg solat, sebab dah lambat.. debar la plak..

Lepas 2, ana siap usik g sahabat2 ana.. sahabat ana kate, aik, tadi sakit senyap je... ni duk ngacau orang plak??

Syukran kpada sahabat2 yang banyak menolongku sewaktu susah dan senang...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kite erti sahabat dan remaja,
Bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi....
Mase ini jua kita membawa haluan masing-masing,
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali dalam satu tempat sekecil satu bilik darjah,
blaja, bergurau, kenakan guru, kekantin, ketandas..
terbukti zaman sekolah adalah zaman remaja yang sukar dilupakan..
Mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman skolah yang sangat
indah....


No comments:

Post a Comment