Thursday, January 7, 2010

~MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH~

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebelum ana berangkat esok( macam nak pegi jauh je).. sukalah ana untuk meninggalkan sebuah kisah untuk tatapan pembaca yang setia dengan blog ana yang kosong ini.. syukran atas setiap sokongan yang kalian berikan kepada ana.. insyaAllah, dengan izinNya, ana akan terus menulis selepas pulang nanti.. insyaAllah.. ana harap sepanjang ana disana segala-galanya berjalan dengan lancar, biiznillah..





Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan dihadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi a.s berada dihadapannya maka dia pun berkata," Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari tuhanMu agar Dia memberi kepadaku seberat semut jarrah cintaku kepadaNya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat jarrah itu."


Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah setengah berat jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat jarrah cintanya kepadaMu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu lalang ditempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada diatas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T "Wahai tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada diantara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar , matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi a.s, lalu Nabi Isa a.s berkata," Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah jarrah cintanya kepadaKu. Demi keagungan dan keluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia
  2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
  3. Orang yang mengaku mencintai Allah yang menciptakannya, tetapi tidakberani merendahkan dirinya.. Rasulullah bersabda, akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:

  1. Mereka cinta kepada dunia, tetapi mereka lupa kepada akhirat
  2. Mereka cinta kepada harta benda, tetapi mereka lupa kepada hisab
  3. Mereka cinta kepada makhluk, tetapi mereka lupa kepada Al-Khalid
  4. Mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat
  5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur.


~Masihkah ada sekelumit cinta dan keampunan dariMu untukku??

Kullu am' wa antum/na bikhoir..
Doakan kejayaan ana dan sahabat-sahabat seperjuangan.. syukran jiddan ila antum/na..

Salam perjuangan..

Salam mujahadah..

Salam Ukhwah..

2 comments:

  1. salam ziarah..
    subhanalLah..
    betapa agunG dan besar cinta-NYA..
    betapa bersyukur kalangan yG dapat bercinta dengan-Nya..
    nice st0ry..syukran

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    syukran bagi komen yg membina..
    em, betul 2.. bkn calang2 org dpt bercinta denganNya.. dunia ni pahit, perlu lawan nafsu untuk mendapatkan kemanisannya..
    afwan..

    ReplyDelete