Saturday, September 4, 2010

..Dia, student KUIN..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

"Rumaisa nak pergi tak?tanya ibuku
"Tak sure la mak, samar-samar, tak nampak..
"Buat la keputusan cepat dah takde mase, kalau tak daftar kat Insaniah tu, nanti blacklist name tu, melepas pulak kalau universiti tak dapat.. fikir elok-elok..

Renung syiling, pusing kiri pusing kanan, solat sunat... samar............ tapi hati tenang..

Esoknya,
"Mak, nak pergi la..
"Betul?
''Em, insyaAllah.."Ok, kemas la dulu barang-barang nanti tanya ayah nak bertolak bile.. kemungkinan kite terus pergi besok sebab ayah susah nak dapat cuti, cuti ayah tak banyak..

Hah, esok??

---------------------------------------------------------------------
Hari pertama menjejakkan kaki ke Insaniah terasa begitu kekok, langkahku seperti tidak teratur. Dadaku cukup hebat bergetar. Sungguh asing tempat itu.. Namun aku tersenyum melihat pelajar-pelajar yang mengenakan tudung labuh, jubah, dan berbaju kurung.. Alhamdulillah, kerana aku tidak melihat perempuan yang pakai jeans, baju adik dan sebagainya yang berlaku di universiti-universiti tempatan sekarang ini.

Selepas register nama di pejabat Hal Ehwal Akademik, aku perlu menyiapkan beberapa kerja lain yang masih perlu aku bereskan. Pergi ke Hal Ehwal pelajar, kokurikulum, hostel, kad matrik, pusat bahasa.. Mak aih, tempatnya takde la dekat-dekat turun naik tangga juga.. Kesian mak ayah, lepas kepenatan ikut aku kesana kemari, mak suruh aku settlekan sendiri mak tunggu aje.. berdikari sikit ye, pesan mak.
Dalam hati, aku sorang?? huu.. takut, malu, tak kenal orang... tak berani...

Tekad, kena berani melangkah dengan pasti..

"Assalamualaikum, tumpang tanya, pusat bahasa kat mane?
"Assalamualaikum, nak buat kad matrik kat mane? nak pergi HEP kat mane? bla..bla..bla..
Habis semua orang yang lalu tepi aku, aku tanya..hehe

"I'm sorry" kataku yang hampir melanggar orang Somalia..
"It's ok.. new student?
''Ya, i'm new here..sambil memberikan senyuman..

Ramainya kaum die disini.. hehe.. Somalia, Nigeria, Thailand, China.. sumer ada..
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dah 2 bulan aku belajar di Insaniah.. semakin lama terasa semakin suka dan dapat sesuaikan diri disini.. Alhamdulillah, di Insaniah ni, Al-quran wajib dihafal. Sekurang-kurangnya aku boleh ulang balik hafalan yang pernah dihafal mase di Imtiaz dulu(Kostaq). Takut jugak, juzuk satu, dua takpe lagi... Aih, berdosanya aku tinggal hafalan.. Dulu, ustaz selalu pesan Al-quran ibarat unta, kena ikat kemas-kemas, kalau tak, terlepas susah nak tangkap balik..

Apepun, aku bersyukur kerana masuk disini, Kolej Universiti INSANIAH.. Di sini, biah solehah itu masih wujud walaupun dah sedikit suram suasana itu.. entah kenapa.. setiap kali aku masuk ke tempat yang orang selalu perkatakan yang islam gah disitu, pasti tempat itu mulai malap.. dan aku tak berharap Insaniah hilang suasana itu, semoga Allah merahmati Insaniah.. Mungkin perlu ade yang bangkitkan kembali suasana ini?

Disinilah segala ape yang aku pelajari dahulu perlu diamalkan..aku perlukan sahabat-sahabat seperti yang aku temui di Smaasza, aku tak kuat keseorangan menghadapi badai yang bergelora ini.. Ya Allah, berikan aku kekuatan.

-------------------------------------------------------------

Ada mase nanti nak snap picture suasana kolej dan upload dalam ni, sebagai tatapan tuk semua yang ingin mengenali INSANIAH..


Program TripleTtraining.. program usrah..(gelap kerana diedit)

~sekadar perkongsian insan kerdil.. sebarang perkara yang tidak sesuai dan sebarang kekurangan dalam penulisan, mohon kemaafan.. kerana diriku sedang belajar untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk ummah.. doakan diriku.. insyaAllah..

No comments:

Post a Comment