Saturday, April 3, 2010

.. Solat Malam Hadiah Terpilih dari ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bangun untuk menunaikan solat sunat pada tengah malam bukanlah perkara yang mudah, melainkan bagi orang yang telah diberi taufik..

Tahajjud berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu 'tahajja' yang membawa maksud maksud meninggalkan tempat tidur untuk menunaikan solat. Kebiasaanya solat tahajjud ini dilakukan pada waktu malam.


Friman Allah SWT: "Hai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah untuk solat malam hari, kecuali sedikit daripadanya. Iaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit." (al-Muzammil:1-3)


Melalui ayat ini, Allah SWT menjelaskan supaya tunaikan solat tahajjud walaupun satu rakaat itu sudah memadai daripada kita tidak menunaikannya langsung. Amalan ini merupakan amalan utama Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama' besar. Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Nabi SAW bersabda:" Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, merupakan Qurbah(mendekatkan diri) kepada Rabb kamu, merupakan keampunan bagi kesalahan-kesalahan dan pencegah daripada dosa."

(Riwayat at-Tirmizi)

Para sahabat melakukannya setiap malam selama dua belas bulan sehingga turunnya ayat al-quran, yang memberikan kelonggaran tentang ibadah mulia ini.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun (beribadat) kurang dari dua pertiga malam, dan seperduanya dan sepertiganya, dan(juga) orang-orang yang bersama-sama denganmu."

(al-muzammil:20)

Begitu kasihnya Allah SWT kepada umat nabi Muhammad SAW. Tidak mahu dijadikan tuntutan solat malam ini sebagai satu beban sebaliknya sebagai satu galakan, sebagai hadiah bagi hamba-hambaNya yang ingin mencapai tahap keistimewaan, terpilih dikalangan yang dipilih di sisi Allah SWT.





p/s: ana nak tulis cerita pendek, tapi tak dapat ilham lagi.. lagipun kepala tengah serabut..(?_?')

No comments:

Post a Comment