Friday, February 5, 2010

..Engkau Memang CanTik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Align Center

Baru-baru ini, ana bersama sahabat ana ke sekolah untuk mengambil nombor pin UPU, sekaligus ziarah guru-guru. Ada la lagi sahabat-sahabat ana yang lain yang duduk area terengganu join sekali..

Lepas saje selesai semuanya, sahabat ana ajak pergi bandar, katanya nak beli produk HPA kat kedai buku banggol. Ana pun setuju la, sebab ana pun memang nak cari buku. Lepas aje jumpa buku yang ana nak cari, ana terpandang satu buku ni, "em, cantiknya buku ni, tajuk pun cantik" . Lepas bace kat bahagian belakang buku, ana pun ambil nak bayar.

Sebuah buku yang ana kira bagus sebagai nasihat buat muslimah-muslimah sekalian..


Kata-kata pengantar:

>Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna sesama muslim.

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak memiliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segala-galanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk memberi kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik yang lainnya.

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan, bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.



Sekian, Selamat Membaca, Wallahua'lam..(",)




2 comments:

  1. salam ziarahh..
    banat Ganu ke?..
    hMm..cam menarik jG buku nie..
    agak2 banin cam ana sesuai tak mmbacanya?
    huhu..

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    rajinnya ziarah cni.. syukran2.

    em, banat Ganu..

    memang menarik pun buku ni, ana suke gaya penyampaian penulis.

    Buku ni memang tuju khas tuk muslimah,
    tp, kalau banin nak bace pon, rasenya xde masalah, sebagai persediaan mase hadapan..(",)
    dapat jgk mengenali bagaimana erti kata sebenar seorang muslimah tuE..

    lagipon penulis die lelaki jgk..

    ReplyDelete