Monday, May 4, 2009
Untukmu....
HAWA...
ANDAI ENGKAU BELUM BERKAHWIN,
JANGAN KAU RISAU AKAN JODOHMU,
INGATLAH HAWA JANJI TUHAN KITA,
WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK.
WANITA YANG JAHAT ADALAH UNTUK LELAKI YANG JAHAT.
JANGAN MENGGADAIKAN MARUAHMU HANYA SEMATA-MATA KERANA SEORANG LELAKI,
JANGAN MEMAKAI PAKAIAN YANG MENAMPAKKAN SUSUK TUBUHMU HANYA UNTUK MENARIK PERHATIAN ATAU BERTUJUAN MEMIKAT SEORANG LELAKI,
KERANA KAU BUKAN MEMANCING HATINYA TAPI MERANGSANG NAFSUNYA.
JANGAN DIMULAKAN SEBUAH PERTEMUAN DENGAN LELAKI YANG BUKAN MUHRIM KERANA AKU KHUATIR DARI MATA TURUN KE HATI,
MAKA LAHIRNYA SENYUMAN MAKA TERCETUSNYA SALAM DAN SEKALI GUS DISUSULI DENGAN PERTEMUAN.... DAN DARI PERTEMUAN TAKUT LAHIRNYA NAFSU KEJAHATAN YANG MENGUASAI DIRI.
HAWA....
LELAKI YANG BAIK TIDAK MELIHAT PARAS RUPA,
LELAKI YANG SOLEH TIDAK MEMILIH WANITA MELALUI KESEKSIANNYA,
LELAKI YANG WARAK TIDAK MENILAI WANITA MELALUI KEAYUANNYA, KEMANJAANNYA SERTA KEMAMPUANNYA MENGGONCANG IMAN MEREKA.
TETAPI HAWA,
LELAKI YANG BAIK AKAN MENILAI WANITA MALALUI AKHLAKNYA, PERIBADINYA DAN YANG PENTING PEGANGAN AGAMANYA.
LELAKI YANG BAIK JUGA TIDAK MENGINGINKAN PERTEMUAN DENGAN WANITA YANG BUKAN MUHRIMNYA KERANA DIA TAKUT UNTUK MEMBERI KESEMPATAN KEPADA SYAITAN UNTUK MENGGODANYA.
LELAKI YANG WARAK JUGA TAK MAHU BEMAIN CINTA KERANA DIA TAHU APA MATLAMAT DALAM SEBUAH PERTEMUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment