Wednesday, March 18, 2009

IDOLA REMAJA MASA KINI


Assalamualaikum buat para pembaca yang dikasihi Allah sekalian..
Apa pendapat anda mengenai entri ana di atas? tentu pelbagai pandangan dan pendapat yang dapat kita kongsi bersama.. Benarkan?
Golongan remaja masa kini.. Ana sebenarnya lebih menyukai sekiranya golongan ini digelar syabab yakni pemuda dan pemudi islam.Remaja hanya boleh dilabelkan kepada orang bukan islam.Sebut sahaja remaja, pastinya mereka dilabelkan mempunyai akhlak yang tidak elok. Mungkin terdapat segelintir yang berakhlak baik..segelintir bukankah jumlah yang sedikit?
Sekarang ana mahu berkongsi mengenai remaja masa kini. Remaja ini merupakan golongan yang pada usianya ini sedang berusaha mencari identiti sendiri. Remaja seringkali menjadikan insan lain untuk diteladani.Tidak kurang yang menjadikan artis sebagai idola mereka seperti Siti Nurhaliza,Mawi dan ramai lagi.. Sebahagian remaja pula menjadikan Pemimpin Negara seperti Tunku Abdul Rahman atau Tun Mahathir Mohamad sebagai idola mereka. Nur Amalina pula mungkin menjadi idola pelajar yang mengimpikan kecemerlangan akademik. Adakah perbuatan ini salah sama sekali?
Tidak...memang ia bukanlah satu perbuatan yang salah..sebaliknya siapa yang dipilih sebagai idola mereka itulah merupakan persoalan yang perlu diteliti dengan sewajarnya oleh remaja itu sendiri.ini kerana idola yang dipilih oleh remaja itu sendiri mestilah mampu menjadikan remaja itu seorang yang bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan.
Menerusi perkembangan semasa pula, pelbagai program hiburan disiarkan oleh media massa di negara kita, terutama televisyen dan bahan bacaan yang mudah diperolehi oleh remaja. Television merupakan alat yang memberikan impak yang besar kepada remaja2 masa kini. Jika kita lihat, bahan bacaan yang dihidangkan kepada remaja merupakan bahan yang tidak mampu membina peribadi mulia seseorang. Malah, ramai dikalangan pembaca, khususnya remaja, yang terpengaruh dengan perkara-perkara yang ditonjolkan.
Tak bolehkah nak berhibur? Em, berhibur bukanlah sesuatu yang dilarang dalam kehidupan manusia.Islam juga tidak melarang umatnya menikmati hiburan selagi tidak melampaui batas. Tapi, jika sekiranya menjadikan hiburan sebagai satu perkara yang wajib sehingga meninggalkan banyak perkara lain yang lebih baik, terutamanya pelajaran, merupakan perkara yang perlu dihindari oleh remaja.Akademi Fantasia, Malaysia Idol, drama luar yang dialihbahasakan dan sebagainya, adalah sebahagian daripada bentuk hiburan yang kadangkala menjadikan remaja lalai.Akibatnya remaja banyak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Selain itu, terdapat remaja yang begitu taksub dengan `bintang remaja' yang menyertai program realiti tv yang disiarkan dikaca televisyen. Yang amat mendukacitakan, terdapat juga segelintir remaja yang menyimpan koleksi gambar dan berita artis kesayangan mereka. Namun tiada pula usaha yang dibuat bagi membaca dan menyimpan artikel ilmiah sebagai rujukan pelajaran mereka. Menghabiskan novel dalam masa seminggu adalah satu perkara yang biasa bagi sesetengah remaja.Tapi, jika diberikan buku2 agama kepada mereka, berapa lamakah masa yang diambil untuk menghabiskannya? adakah sama??think about it......
Mereka juga masih tidak menyedari kehidupan kehidupan fantasi yang dibina oleh mereka sendiri.Pemilihan idola bukanlah berdasarkan populariti, minat, paras rupa, atau individu yang terlibat dengan hiburan sahaja. Tidak kurang yang meniru tingkah laku, cara berfesyen dan akhlak artis tanpa mengambil kira kesan baik dan buruknya. Jika kita lihat, artis2 tanah air sekarang, bagaimanakah personaliti dan pemakaian mereka sekarang?? mengalahkan artis2 barat bukan?? kemanakah hilangnya rasa malu mereka? mendedahkan ape yang tidak patut kepada umum, wajarkah mereka ini perlu dijadikan contoh? Tolonglah syabab agama Allah....
Jarang2 ada remaja yang menjadikan ibubapa mereka sebagai idola. Malangnya, ada pula yang menjadikan ibubapa mereka adalah insan yang perlu dijauhi. Ketahuilah bahawa ini merupakan satu kerugian yang besar bagi mereka yang gagal menilai jasa baik orang tua masing-masing yang banyak berkorban untuk membesarkan mereka.Tanpa mereka, wujudkan kita diatas dunia ini??

Selain menjadikan ibubapa sebagai idola, tokoh pendidikan dan ilmuan islam seperti Ibnu Sina, Al-khawarizmi dan ramai lagi, sangat sesuai dijadikan idola oleh pelajar.Jangan,jangan dan jangan sesekali memilih idola hanya bergantung kepada paras rupa, pakaian seksi dan kehidupan glamour mereka semata2. Menjadikan golongan ini sebagai idola merupakan perkara yang sia2 kerana kehidupan remaja hanya akan dipengaruhi oleh angan-angan dan khayalanyang sementara sifatnya.........

Bangkitlah syabab pewaris generasi Rabbani.. Jangan biarkan dirimu hanyut dalam kehidupan duniawi ini..
Kita hanyalah menumpang sahaja..


RasulAllah sebaik2 qudwah hasanah bagi kaum adam. Ummul Mukminin dan isteri2 nabi perlu dijadikan contoh bagi kaum hawa..

Peringatan untuk semua dan diri yang hina ini..Sebarang kekurangan harap dimaafkan...









No comments:

Post a Comment